Karen Buat Lagie, hari tu kat KLCC sekarang kat Bangsar pulak…

BARU-BARU ini kecoh tentang seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat membeli belah di KLCC.

Kini dia yang dikenali dengan nama Karen itu dikesan mengulangi adegan yang sama di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.

Rakaman pengguna Twitter @nabilaazzez yang mengesan kehadiran wanita itu sehingga kini mendapat lebih 80,000 jumlah tontonan.
Ketika ditemubual Malay Mail, dia mengakui yakin wanita berbaju biru muda itu adalah individu sama yang telah mencetuskan kekecohan di media sosial di cawangan Dior KLCC pada Rabu.

“Kali ini, dia mahu memasuki BSC (Bangsar Shopping Complex) tetapi dinafikan kerana tidak memakai topeng dan kelihatan seperti bertengkar dengan pengawal kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Dia kemudian meninggalkan pintu masuk selepas selesai merakamnya.

“Saya sempat merakam dia cuba memasuki pintu masuk BSC ketika sedang duduk di sebuah kafe Burrow KL, yang bertentangan dengan pintu masuk pusat beli-belah itu,” katanya.

Selepas kejadian di KLCC, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi respons dengan memaklumkan pihaknya akan mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu.

Susulan kejadian terkini di Bangsar, orang ramai meminta menteri berkenaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan.

Pada Rabu, wanita itu dirakam bertengkar dengan kakitangan di KLCC yang menghalangnya memasuki cawangan Dior di situ kerana dia tidak memakai pelitup muka.

 

Artikel terdahulu..

[Video] Wanita Asing B3rang Dihalang Dari Masuk Sebab Tak Pakai Mask Dan Mend4kwa Ada Keistimewaan Kerana Berkulit Putih

VIDEO seorang wanita mat salih bertengkar dengan beberapa pekerja di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur tular di media sosial.

Seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun memuatnaik dua video yang setakat ini telah menerima hampir 500,000 dan 200,000 tontonan.

Pengguna media sosial terbabit mendakwa kejadian tersebut berlaku di hadapan premis minyak wangi jenama terkemuka.

Katanya, wanita tersebut dikatakan dihalang untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dia juga did4kwa mengeluarkan kata-kata yang kvrang s0pan kepada pekerja yang menghalangnya daripada masuk ke dalam premis minyak wangi tersebut.

“Wanita ini mel4wan dan meny3lar semua orang yang memakai pelitup muka sebagai komvnis.

“(Dia) menggunakan “white entitlement” (keistimewaan kerana berkulit putih) di Malaysia,” katanya.

Dalam satu lagi video, wanita berkulit putih itu kedengaran berkata: “Awak tidak boleh hal4ng saya, ini negara demokrasi, ini bukan kedai awak!”

Pengguna tersebut turut meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari wanita tersebut serta mengeluarkan s4man terhadapnya.

Akibat tularnya video terbabit, #Karen dan juga #KLCC kini menjadi trending di Twitter.

Ketika dihubungi, pusat membeli belah terbabit memaklumkan bahawa satu kenyataan media dijangka akan dikeluarkan pada Rabu.

Berikut diantara komen2 pengguna twitter

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*