Janna Nick pandai pilih tarikh dan dah try pakai baju kahwin … ini rupanyer yg berlaku sebenarnya

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi foto mengenakan busana pengantin tradisional di Instagram.

Anggun mengenakan kebaya daripada fabrik songket, perkongsian Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir dengan kapsyen tarikh 1.11.21 bersama emoji cincin mengundang perhatian netizen.

Ruang komen juga dihujani dengan ratusan ucapan tahniah yang rata-ratanya menyangka pelakon berkenaan sudah berkahwin.

Bagaimanapun aktres berusia 26 tahun itu memberitahu foto tersebut diambil ketika menjayakan salah satu babak drama berjudul Shakira yang masih dalam penggambaran.

Janna 2

Janna bercinta dengan Dini sejak Jun 2019.

“Saya belum lagi bernikah atau berkahwin… foto itu hanya dalam salah satu babak drama yang sedang dalam penggambaran.

“Bukan saya sengaja nak beri bayangan atau teka-teki. Sekadar nak kongsi foto tengah shooting sahaja,” kata Janna ketika dihubungi mStar.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna berkata dia akan berkahwin selepas rambutnya panjang sehingga paras pinggang.

“Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami.”

JANNA NICK

PELAKON

Janna yang juga seorang penyanyi turut memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan berkaitan perkahwinan.

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita ini menegaskan dia akan berkongsi berita gembira berkaitan perkahwinan apabila sudah tiba masa yang sesuai.

“Insya-Allah soal jodoh… kahwin ini, saya tetap akan kongsikan dengan semua apabila sudah tiba masanya nanti.

Janna 1

Janna akan berkongsi berita gembira apabila tiba masa yang sesuai.

“Macam yang saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang perancangan ke arah itu belum lagi. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Dalam pada itu rata-rata peminat juga seperti sudah mengetahui niat Janna berkongsi foto berkenaan dengan ada antara mereka sudah dapat menghidu ia sekadar lakonan semata-mata.

“Nak prank kita ke ni? Aku takut shooting atau drama je ni.

“Ni Betul-betul ke cubaan? Tengok boleh, percaya lain kali… tapi baju cantik,” demikian antara komen peminat.

Untuk rekod, Janna kini menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kelahiran Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann sejak Jun 2019.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*