Guna PLKS palsu, warga Bangladesh dan isteri hidup mewah di Kuala Lumpur, Polis rampas wang tunai RM160k

Kuala Lumpur: Seorang warga Bangladesh dan isterinya warga Indonesia mampu hidup mewah dengan menjalankan perniagaan peralatan komputer serta tinggal di kondominium hasil penggunaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsv.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dit4han bersama isterinya berusia 44 tahun dalam serbvan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM di unit kondominium mewah, di sini, Rabu lalu.

“Operasi penguatkuasaan ini adalah siri operasi Op ID Hack bagi menghapuskan sepenuhnya saki-baki kumpulan itu yang masih beroperasi dan membvru warga asing yang menggunakan PLKS palsv daripada sindiket ID Hack.

“Lelaki terbabit adalah pemborong dan penjual peralatan komputer di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota ini.

“Dengan hanya menggunakan PLKS palsv ID Hack, dia mampu menyewa sebuah kedai dan berjaya meraih keuntungan berlipat ganda hasil perniagaan berkenaan selain menyewa sebuah unit kondominium mewah sebagai kediaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, hasil pemeriksaan dan soal siasat, lelaki berkenaan turut menyamar sebagai warga Pakistan bagi mengaburi mata pelanggan.

“Lelaki berkenaan dikenali sebagai Ali dalam kalangan warga Pakistan dan sebagai Munsi Jewel oleh warga Bangladesh di sekitar ibu kota ini.

“Pemeriksaan menemui wang tunai sebanyak RM162,077 di dalam kediaman lelaki terbabit dan isterinya,” katanya.

Beliau berkata, suami isteri itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1953/63 (Akta 155).

“Mereka ditah4n mengikut Seksyen 51(5) (b) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 51(3) akta sama.

“Mereka akan ditah4n di Depoh Tah4nan Imigresen Semenyih, Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu pada September lalu, media melaporkan seorang usahawan warga Bangladesh berusia 46 tahun dit4han selepas didapati menggunakan PLKS yang disyaki diperoleh melalui sindik3t untuk menubuhkan sebuah syarikat di negara ini.

Lelaki berkenaan yang mengusahakan kilang pakaian turut menggajikan pekerja dari kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia.

 

Sumber : HM/BH

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*