“Hidup saya memang rabak” Lelaki bertatu ini 3 kali masuk p3njara dan enggan ulangi kesil4pan dan ini kehidupan barunya

APA yang berlaku pada masa lalu, biarlah ia menjadi pengajaran untuk saya dan sebagai pedoman hidup.

Begitulah yang diuangkapkan seorang jejaka Melayu berusia 33 tahun yang tular gara-gara memiliki tatu pada tubuhnya.

Menurut Iskandar, dia pernah meringkuk di dalam p3njara sebanyak tiga kali, namun kini sudah berubah dan mahu fokus untuk mengejar impian dan masa depan.

“Saya sebenarnya bekas bandvan. Dulu saya pernah meny4mun, cvri motor dan banyak lagi kes jen4yah lain. Tiga kali saya masuk p3njara bermula tahun 2007, 2008 dan 2009.

“Saya masa tu budak lagi, tiada didikan agama, tiada siapa guide saya. Bila duduk dalam p3njara, saya buat tatu secara handmade. Bila keluar, saya tengok gambar tatu tu bvruk. Jadi saya touch up semula kat kedai tatu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tapi itu dulu. Sekarang dah tak ada lagi. Selain lengan, saya juga ada tatu pada badan depan dan belakang,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Iskandar yang berasal dari Johor, dia menyesal dengan apa yang dilakukan dan enggan lagi menoleh selain dihantui pengalaman lampau.

iskandar4

Iskandar kini bekerja di Bedok, Singapura.

Disebalik hukvman tersebut, Iskandar sempat mempelajari kemahiran dandanan ketika di dalam p3njara sehingga dia kini mampu mencari pendapatan dalam cabang kerja itu.

Malah, Iskandar juga ada berkongsi video-video menerusi TikTok sehingga viral, sekaligus membawa pelanggan baharu kepadanya.

“Janganlah cuba-cuba buat jen4yah. Sekali dah terjebak, susah nak patah balik.”

ISKANDAR

“Saya tiada sijil apa-apa. Saya belajar gunting rambut ketika di dalam p3njara. Lepas keluar p3njara, saya kerja bengkel motor. Kemudian tahun 2015 saya masuk Singapura, saya jadi hair stylist di sana.

“Hari tu saya cuba kongsi video di TikTok untuk promosi tempat saya gunting rambut. Tak sangka dapat pelanggan baharu dari TikTok. Sejak Covid-19, bisnes agak perlahan.

“Sejak viral di TikTok, ramai yang datang bagi sokongan. Tak sangka boleh berkembang jadi macam ni. Kalau bukan rezeki duit pun, saya bersyukur dapat kawan-kawan baharu. Itu pun rezeki juga,” ujarnya yang kini bekerja di Bedok, negara jiran di selatan tanahair.

iskandar3

Dedah Iskandar, dia dik3cam kerana memiliki tatu pada tangan.

Di sebalik perhatian ramai yang diterima, Iskandar juga tak terlepas menerima kec4man gara-gara memiliki tatu pada badan.

Ujar Iskandar, dia pada awalnya agak terkilan, namun menerima segala kata-kata itu dengan hati terbuka.

Jelas Iskandar, dia tiada sebarang niat melainkan mahu memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak terj3bak seperti masa lampaunya.

“Orang tak faham apa yang berlaku pada diri saya. Hidup saya memang rabak. Zaman muda memang tak pernah cari kerja, semua saya cvri. Satu masa, nasib tak baik, Allah nak tunjuk, sebab tu kena t4ngkap.

iskandar2

Iskandar berharap kisahnya jadi pengajaran buat orang ramai.

“Kalau saya nak cerita kisah duduk p3njara, menitis air mata. Tapi saya bersyukur, dalam p3njara saya belajar solat, belajar disiplin, belajar gunting rambut.

“Saya baru empat minggu main TikTok. Mula-mula saya stres kena kec4. Tapi ramai lagi yang doa baik-baik kepada saya. Sebenarnya saya dah biasa dengan benda macam ni, dengan orang sekeliling. Sebab tu saya tak cepat nak mar4h-mar4h.

“Saya dah tinggal dunia dulu. Saya dah bersih. Saya juga bersyukur keluarga bagi sokongan. Ini kisah benar, bukan saya reka cerita. Apa yang saya kongsi boleh jadi pengajaran.

“Nasihat saya kepada anak muda, janganlah cuba-cuba buat jen4yah. Sekali dah terj3bak, susah nak patah balik,” ujar Iskandar lagi.

 

Sumber : MSar / Tiktok

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*