Terbaru ! Makin Ramai Pelanggan Luahkan Pasal Ikan Siakap Harga Kayangan Siap Ader Tunjuk Bukti

SELEPAS kecoh dengan kisah seorang lelaki menularkan bil yang dikenakan kepadanya ketika menjamu selera di sebuah restoran di Langkawi, terbaharu tampil pula seorang wanita meluahkan rasa berang setelah bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1,738.70.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pengguna bernama Niena ZM menceritakan pengalamannya ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Niena berkata, kejadian berlaku pada Rabu (3 November) ketika sedang makan di restoran terapung selepas menaiki bot untuk melihat keindahan alam semula jadi di Kilim Geoforest Park.

“Secara logiknya, pemilik kedai akan memberitahu berapa harga ikan berdasarkan saiznya per gram supaya pelanggan dapat membuat keputusan untuk membuat pesanan atau tidak.

“Waktu kami nak order tu pun sepatutnya orang kedai boleh jelaskan dahulu berapa anggaran harga makanan yang dipesan kalau betul berniaga secara telus.

“Kedai tomyam di Kuala Lumpur pun bagitahu saiz makanan dan harga serta memberi cadangan yang sesuai untuk pelanggan,” katanya.

Menurut wanita itu, dia memesan makanan untuk 10 dewasa dan 11 kanak-kanak.

Dia mendakwa pekerja di restoran itu hanya mengambil pesanan hidangan tanpa memberitahu harga sebenar dan restoran berkenaan juga tidak menunjukkan saiz ikan ketika dia membuat pesanan.

“Kedai ada display harga segram, kami bukan argue ikan siakap tu RM160/kg. Kami mahu ketengahkan saiz ikan yang diberi itu adalah lebih besar sedikit daripada siakap biasa iaitu 5.2kg.

“Bila sampai, kami pun terpinga-pinga ikan itu boleh dibahagikan hidangannya kepada tiga pinggan. Masa tu dah rasa tak sedap hati tengok saiz ekor sahaja dapat agak saiz ikan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Niena juga menjelaskan bahawa mereka dikenakan caj 1kg masing-masing untuk udang dan sotong walaupun tidak memesan sebanyak itu.

“Udang dan sotong dicaj dalam resit 1kg walaupun kami tak minta sebanyak itu dan dihidangkan di dalam dua pinggan yang tidak sampai sekilo pun (boleh tengok video),” tulisnya.

Walaupun makanan laut yang dihidangkan oleh restoran itu segar, Niena berpendapat hidangan yang disediakan tidaklah sedap.

Jelas Niena lagi, tujuannya membuat hantaran di Facebook adalah kerana mahu berkongsi pengalaman supaya orang lain tidak menjadi mangsa.

“Kami terbayang kalau yang kena tu orang yang betul-betul tak mampu. Haih, macam mana lah kan.

“Untuk pemilik kedai yang bersubahat sekali menipu pengunjung tanpa rasa bersalah, semoga dibalas setimpal di dunia sebanyak orang-orang yang anda aniaya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook Muhammad Faris Zulkarnain telah melahirkan rasa terkejut kerana dikenakan bil berjumlah RM1,196.80 untuk hidangan ikan siakap di sebuah restoran terapung di pulau legenda tersebut.

Sumber : THE STAR

 

Viral Seekor Siakap Langkawi Berharga RM 1196.80! Memang Melampau Harga Y4hvdi Nie… Tapi ini penjelasan dari Pihak kedai…

 

SEEKOR SIAKAP LANGKAWI BERHARGA RM 1196.80!

Dengan pembukaan gelembung pelancongan dan kebenaran rentas negeri, nampaknya ramai yang tak nak lepaskan peluang melancong dan berjalan-jalan bersama keluarga. Antara tempat tumpuan pelancong adalah Langkawi. Memang tak dinafikan ada banyak tempat menarik di

Hari ini tular di media sosial tentang kisah harga ikan siakap di pusat pelancongan Langkawi mengenakan caj lebih RM1000 untuk seekor ikan siakap!

 

 

Setelah 24 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, akhirnya saya tiba juga pada Selasa, 2 November 2021. Saya dan keluarga serta beberapa orang lagi sahabat yang juga bersama-sama keluarga masing-masing datang untuk retreat salah sebuah syarikat kami.

Semalam kami berpeluang untuk mengisi masa kami di pulau ini dengan aktiviti menaiki bot mengelilingi beberapa pulau dan tempat menarik. Aktiviti ini jika tidak salah saya dikenali sebagai Mangrove Tour Langkawi. Saya dan Ustaz Syed bersama keluarga kami menaiki satu bot manakala Dr Azrul Azlan dan Ustaz Muiz bersama keluarga mereka menaiki satu bot. Untuk aktiviti Mangrove Tour yang lebih kurang 4-5 jam kami hanya perlu membayar RM 300 untuk sebuah bot.

Bagi saya yang kali pertama kali mengikuti aktiviti ini, ianya satu pengalaman yang menyeronokkan dan dengan harga RM 300.00 untuk sebuah bot yang boleh memuatkan 7 dewasa dan 3 kanak-kanak kecil ianya satu aktiviti yang berbaloi.

 

 

Apabila sudah 2/3 tour, kami dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran di salah satu checkpoint yang ada. Seperti kebiasaan, kami order menu yang biasa ditempah jika makan di mana-mana kedai seafood ataupun tomyam. Secara kebiasaannya untuk 7 orang dewasa makan dua ekor siakap sudah memadai bahkan mungkin akan terlebih sedikit. Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk 7 orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.

Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertanya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditunjuk saiz ikan tersebut dengan tangannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja. Sizenya pula ialah saiz yang besar sedikit daripada kebiasaan ikan siakap yang kita biasa makan.

Apabila sampai menu-menu yang sudah ditempah, kami terkejut seekor ikan siakap tadi dapat diisi di dalam pinggan besar (pinggan biasa letak ikan) sebanyak 5 pinggan. Kami pun cakap ini untuk bukan untuk 7 orang makan tetapi 30 orang makan. Pada masa itu saya sudah menjangka bahawa harga mungkin akan mahal. Saya membayangkan mungkin harganya lebih kurang RM 700.00 – RM 800.00.

Ikan yang sampai separuhnya kami suruh bungkus siap-siap. Itupun setelah kami habis makan masih banyak berbaki. Selesai makan saya menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Terkejut saya melihat bill yang diberi tertera nilai RM 1852.50

Nak bayar menggunakan cash tidak ada sebanyak itu. Ikutkan hati mahu sahaja saya bayar menggunakan kredit kad. Tapi dia maklumkan ada cas sebanyak 5%! Saya katakan ikutkan salah dan tidak boleh cas pada pelanggan. Ini peraturan yang disebutkan oleh BNM. Saya cuba bayar gunakan debit card. Masalahnya duit di dalam current akaun. Saya perlu login ke dalam Maybank dan pindahkan ke saving akaun. Line pula sangat slow. Maka tiada option yang lain melainkan membayar menggunakan kredit kad. Bayangkan berapa cas yang dia ambil jika 5% daripada hampir RM 2000.00.

Selesai pembayaran saya tegur dan nasihat, jangan meniaga macam ini. Ikan tu jangan bagi sampai 7KG sedangkan untuk 7 orang makan dan beberapa lagi nasihat dan teguran saya sampaikan.

Selepas itu saya lihat pelanggan dibelakang saya pun seolah-olah pasrah. Dia makan berdua dan bill yang dikenakan sebanyak RM 755.00

Kemudian saya tanya pula pada Dr Azrul berapa mereka bayar untuk makan tadi. Dr Azrul maklumkan yang beliau pun dicas sebanyak RM 800 lebih.

Kepada semua yang hadir dan bakal hati maka berhati-hatilah. Kepada para peniaga maka beringatlah di akhirat nanti akan ditanya tentang duit kita bagaimana kita dapatkan dan bagaimana dibelanjakan.

*Asalnya kami minta dua ekor. Untuk makan 7 orang. Kemudian dia datang dan maklumkan ikan besar. Kami beberapa orang yang ada tanya besar mana ikan tu. Dia tunjukkan anggaran saiz untuk seekor. Jadi kami tempah seekor. Ikan dalam bil ini seekor.
*Kami pun sedia maklum harga disini memang agak mahal.
*Ini status lain yang ditulis oleh orang Langkawi sendiri sebagai nasihat dan peringatan.

 

Pihak Kedai Tampil Jelaskan

Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg v.iral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg.

Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari keja.dian, berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni.

Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan ikan merah Dan kerapu, size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing.

Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.

Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memani.pulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.

Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan.

Point kedua berkenaan dgn cad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm 1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm 93.00 total untuk 2 bil tersebut rm 1852.50.

Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan pasrah dgn bill juga tu juga order lobster 950g hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.