
Perkongsian hidup dalam menempuh alam perkahwinan, pada jangkaan kebiasaanya suami-isteri dapat mengenal hati-budi masing-masing baik dari segi fizikal dan juga tingkah laku.
Namun berlainan pula kisahnya apabila setelah 19 tahun berkahwin, barulah suami mengetahuinya bahawa isterinya adalah bukannya wanita namun sebaliknya adalah lelaki.
Mengejutkan apabila jantina sebenar terbongkar
Rahsia penyamaran seorang ‘wanita’ warganegara Indonesia akhirnya terbongkar selepas suaminya menyedari identiti sebenar ‘isteri’nya, Monica yang juga merupakan seorang lelaki. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila penyamaran itu hanya diketahui si suami, Jan selepas 19 tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Menerusi laporan Tribun News, pada awalnya Jan yang merupakan seorang lelaki warga Belgium langsung tidak mengesyaki apa-apa terhadap Monica memandang penampilan dan gaya isterinya itu persis seperti seorang wanita tulen walaupun dia tidak pandai melakukan kerja seorang wanita. Menceritakan kisah itu, Jan memberitahu mereka mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 1993 sejak wanita itu berpindah ke Antwerp, Belgium.
Namun hubungan menjadi lebih akrab dan kemudian menjalinkan hubungan cinta. Tidak lama selepas itu, pasangan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin. Menurut Jan yang juga seorang duda anak dua itu, proses perkahwinan mereka terlalu sukar dan diuji dengan pelbagai dugaan dek kerana mempunyai masalah dalam urusan dokumen.
Keraguan pihak Berkuasa mengenai jantina isteri
Tambahnya lagi, pegawai yang bertugas seringkali menanyakan mengenai identiti sebenar Monica tetapi segala persoalan tersebut berjaya dielak wanita ini sehingga dia telah diterima untuk menetap di Belgium dalam satu jangka masa yang lama.
Selepas selesai urusan dokumen, mereka kemudian berkahwin dan memandangkan Jan sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu, pasangan ini bersepakat untuk tidak mempunyai zuriat lagi dan hanya menumpukan perhatian dengan menjaga dua orang anak Jan tersebut.
Perilaku sebagai isteri sangat baik dengan anak -anak tiri
Menceritakan kisah itu, Jan mengakui Monica merupakan seorang ‘isteri’ dan ‘ibu’ yang sangat baik kerana telah menjaga dan melayan kerenah kedua-dua anaknya seperti anak kandungnya sendiri.
Dia selalu menjadi ‘ibu’ yang baik untuk anak-anak saya, dia pandai memasak, bersihkan rumah dan pandai dalam hal pakaian.
Menurut Jan, keadaan tiba-tiba berubah sebaik sahaja Monica mendapat satu pekerjaan stabil di sana. Bermula sejak itu, dia mula berpakaian seksi dan memuatnaik gambar tersebut di media sosial sehingga anak-anak itu juga perasan akan perubahan sikap ‘ibu’ tiri mereka. Disebabkan itu, ketika Monica berpakaian seksi, dia telah melihat ke arah lutut ‘isteri’nya dan dia begitu terkejut apabila melihat bulu yang ada pada lutut Monica tidak kelihatan seperti lutut seorang wanita.
Sudah Kahwin 19 Tahun, Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita Tapi Lelaki – sajagempak.com
Bukan itu sahaja, Jan juga turut menemui beberapa mesej perbualan Monica bersama lelaki lain. Berikutan daripada beberapa ‘petunjuk’ yang ditemuinya itu, Jan dan kedua-dua anaknya mula mengesyaki identiti sebenar Monica ditambah pula dengan desas-desus yang mengatakan ‘isteri’nya itu sebenarnya seorang lelaki.
Pengakuan isteri
Jan kemudian bersemuka dengan Monica untuk mendengar sendiri kebenaran dari mulut Monica mengenai identiti sebenarnya. Selepas melakukan perbincangan, Monica akhirnya mengaku bahawa dia merupakan seorang transgender dan telah melakukan pembedahan aIat suIitnya.
Merasakan diri tertipu setelah hampir 2o tahun
Dia telah minum ubat selama bertahun tahun dan ketika kami melakukan hubungan lNTIM, saya tidak merasakan ada benda yang pelik, hanya biasa sahaja. Sekarang baru saya faham kenapa. Dunia saya hancur, tertipu selama hampir 20 tahun.
Selepas berbincang, Jan akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan Monica dan dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikologi.
SUMBER / KREDIT : Intisari Online, Sajagempak
Apa Pendapat Anda?
Jangan Lupa Komen Dan “Share” Ya . Terima Kasih!
PERHATIAN:
Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply