Pesanan Pelik Uncle Cina Ini Buat Aku Terpinga2 “Jangan Lupa Simpan Syiling Dalam Freezer” Dan Ini Sebabnya

Jangan Lupa Simpan Syiling Dalam “Freezer” Pesanan Pakcik Cina Ini Buat Aku Terpinga

Sekarang nie semua penduduk dah boleh balik kampung sebab kerajaan dah bagi kebenaran. Oleh itu sebelum kita balik kampung kita kena pastikan keaddan rumah kita selamat sebelum kita memulakan perjalanan samaada ke kampung atau pun bercuti. kalau nak bercuti ke langkawi jamgam pelik lak kalau ikon burung helang dah berubah ke ikan siakap….hahahahaha.

Dan ini ada satu pengalaman yang di kong si oleh pengguna Facebook  Rizal Abdullah yang di pesan oleh Uncle Chan semoga mendapat kebaikan untuk semua.

Bro, Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer. Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.

Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau. Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?

Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.

Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?

Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?

 

“Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.”

Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh maa ti.

Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..

Tapi apa kaitan syiling tu?

Ini tips untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;

  • Syiling
  • Gelas plastik yang lut sinar
  • Air

Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais. Lepas tu letak syiling atas ais tu. Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.

Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus! Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.

Sumber: Rizal Abdullah / akakpesan

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*