Ketika umur aku bru 2 thn, ibu dicerraikn sebab diftn4h. Tp cara ibu balas dndam buat aku teramat kagum dan ini sebabnya

Foto sekadar hiasan.

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua pembaca. Namaku Aina. Berumur 28 tahun. Bekerja sebagai dktor disebuah Hspital Kerajaan. Belum berkahwin. Masih single dan masih tidak bersedia untuk berkenalan dengan sesiapa pun. Ya, tiada istilah berkenalan dengan mana mana lelaki dalam hidup aku selama ini. Hidup aku cuma ada ibu, nenek dan wan.

Mungkin kerana rasa trauma yang aku hadapi kerana ditinggalkan ayah sewaktu masih kecil. Mungkin juga kerana hati sendiri yang tidak percaya tentang cinta seorang lelaki.

Banyak kemungkinan yang membelenggu diri ini dan aku berdoa agar suatu hari nanti Allah akan temukan aku dengan cinta yang membuatkan aku percaya bahawa lelaki yang baik itu memang wujud. Yg penting kita dahulu yang perlu berusaha menjadi orang yang baik.

Aku dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat cekal jiwanya. Yang kuat semangatnya, yang tidak kenal erti putus asa, yang tidak tahu mengalah dengan apa keadaan sekalipun.

Ibu lulusan universiti tempatan, memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan, punya perniagaan yang berjaya. Segala apa yang ibu ada hari ini adalah “Balas dndam” yang dipendam kerana apa yang telah dilakukan oleh arwh ayah dan keluarganya dulu sehingga ibu dicerraikan.

Tapi cara ibu membalas dndam benar benar buat aku kagum kerana ibu bangkit mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri bukan membalas kejahatan dengan kejahatan.

Ibu dan arwh ayah berpisah ketika umur aku 2 tahun dan bermula dari saat itu aku melihat segala usaha baik ibu untuk membesarkan aku.

Bagaimana ibu sedaya upaya untuk melengkapkan segala keperluan aku. Memastikan segalanya tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya.

Ayah, walaupun memegang jawatan yang agak tinggi dalam kerajaan, tapi ayah hanya memberi sejumlah wang atau nafkah yang sama sekali tidak cukup.

Sehinggakan ibu terpaksa menukar susu aku kepada susu yang paling murah ketika itu. Ibu tidak bekerja selepas berkahwin dengan ayah.

Walaupun ibu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat sebelum berkahwin tetapi selepas berkahwin ibu menjadi suri rumah atas permintaan ayah.

Jadi ibu akur dan saat ibu ditinggalkan, ibu hanya ada aku dan kereta yang dibeli sebelum berkahwin dengan arwh Ayah. Ibu menumpang dirumah nenek dan wan kerana ibu tidak ada wang untuk menyewa rumah.

Dari situ ibu memulakan perniagaan kecil kecilan sehinggalah ibu berjaya mengembangkan perniagaannya ke serata pelusuk semenanjung Malaysia.

Ketika umurku 4 tahun, ayah telah berkahwin dengan pilihan keluarganya. Walaupun ibu pernah memujuk Ayah untuk kembali bersama demi aku, tapi Ayah tetap memilih untuk tidak memperdulikan hati aku dan ibu.

Ayah setuju untuk berkahwin kerana dia percaya bahawa pilihan keluarganya adalah pilihan yang tepat, sedangkan ibu adalah pilihannya yang salah.

Walaupun ketika dia skit bertahun lamanya, ibu yang setia menjaga ayah. Ibu juga yang menjadi pendukung dia paling kuat sehingga dia berjaya memegang jawatan di sektor kerajaan.

Tapi segala kebaikan ibu dia lupa kerana termakan hasutan keluarga yang mengatakan ibu melakukan perbuatan jahat dibelakang ayah.

Selepas Ayah berkahwin lain, dia langsung tidak memperdulikan aku. Tidak pernah bertanya hal dan khabarku kepada ibu.

Hanya duit RM250 yang dikirim setiap bulan sedangkan ketika itu gaji Ayah mencecah 5k. Ibu langsung tidak marah dengan jumlah tersebut. Bagi ibu Itu adalah rezeki dari Allah.

Apabila ibu sudah stabil, ibu jadikan duit yang diberi oleh ayah sebagai simpanan aku. Sehingga hari ini aku terlalu tawar hati untuk menggunakan duit yang diberi oleh Ayah walaupun duit itu sempat Ayah beri pada aku sehingga umurku 12 tahun kerana selepas Itu Ayah pergi untuk selamanya.

Bagi aku, untuk apa Ayah beri duit tapi Tak pernah berusaha untuk mempertahankan aku sebagai anaknya semasa hayat beliau.

Isteri kedua aruwah Ayah semenangnya tidak pernah suka aku dan ibu. Ada saja yang dia akan lakukan untuk menyakiti hati ibu.

Selepas Ayah mngal dunia, habis saja edah, dia terus berkahwin lagi. Walaupun aku Baru berumur 12 tahun tetapi aku memahami banyak perkara yang berlaku.

Duit pencen dan duit hadiah Ayah dibolot oleh keluarga ayah dan isteri kedua Ayah. Walaupun dalam Duit yang Ayah tinggalkan ada hak aku, tapi hak tersebut tidak diberikan kepada aku bahkan mereka menghina ibu mengatakan ibu mahukan bahagian aku untuk berjoli.

Dan mereka juga menuduh ibu menjadi penyebab kematian Ayah memandangkan ayah mengidap penykit misteri selama berbulan lamanya. Aku lihat ibu tetap tenang.

Sepanjang ibu membesarkan aku, susah untuk aku lihat ibu membalas apa yang orang lain lakukan kepadanya.

Walau keluarga ayah berusaha menjatuhkan ibu, tapi ibu tetap meneruskan usahanya untuk berjaya. Dihina, dicaci, dimaki ibu tetapi diam dan meneruskan usahanya. Aku benar benar kagum dengan ibu.

Aku masih ingat, sebulan sebelum Ayah jatuh s4kit, Ayah datang bertemu ibu dan aku. Ayah meminta maaf kerana telah mengsia siakan kami selama ini dan dia juga mengaku bahawa dia sudah tahu bahawa segala apa yang diberitahu oleh keluarganya tentang ibu adalah fitnah semata mata.

Ayah ada memujuk ibu untuk bersatu kembali tapi mengenangkan status Ayah ialah suami orang, ibu meminta untuk Ayah melupakan hasrat hatinya.

Ibu tidak setuju apabila Ayah ingin mencerraikan isterinya. Walaupun Ayah ada memberitahu bahawa dia tidak bahagia. Namun ibu tetap bertegas dengan keputusan bahawa tidak akan kembali sebagai isteri Ayah.

Bagi ibu, Ayah telah membuang dirinya untuk selamanya dan dia juga hiilang rasa percaya dengan Ayah.

Ayah pernah memburukkan dirinya satu ketika dahulu dan Hari ini dia memburukkan pula isterinya sendiri walaupun apa yang dikatakan Ayah tentang isteri barunya adalah benar. Bagi ibu cukuplah sekali hatinya disiksa.

Sebulan selepas Itu, Ayah dikhabarkan telah jatuh skit. Aku tengok ibu sedih tapi ibu cuba sembunyikan rasa hatinya.

Ibu tidak membawa aku untuk melawat Ayah walaupun Ayah ada meminta bantuan rakanya untuk memaklumkan kepada ibu supaya membawa aku untuk berjumpa denganya. Memandangkan aku satu satunya anak Ayah.

Tapi disebabkan keluarga Ayah telah memberi amaran terlebih dahulu kepada ibu, ibu terpaksa akur. Ibu tidak mahu mengeruhkan keadaan memandangkan Ayah juga sedang saakit. Setiap hari ibu akan mengajak aku untuk melakukan solat hajat dan bacaan yassin untuk Ayah.

Ibu langsung tidak berdndam dengan Ayah. Ibu tidak bercerita kepada aku tentang apa yang pernah dia terima dari Ayah dan keluarga Ayah. Tapi ibu dan bapa saudara sebelah ibu, nek dan wan sebelah ibu pernah bercerita kepada aku tentang apa yang telah ibu lalui.

Aku Menangis mengenangkan segala penderitaan yang ibu terima. Mujurlah ada keluarga ibu yang selalu membantu ibu ketika itu.

Sikap ibu yang selalu berkongsi tentang kebaikan Ayah dan selalu berkongsi kenangan sewaktu kami bersama membuatkan aku sendiri tidak pernah berdndam dengan Ayah. Cuma aku sebagai anak rasa terkilan dengan apa yang berlaku.

Pada hari ayah mngal, ibu nekad membawa aku walaupun ketika sampai di depan rumah atok dan nenek ibu dimaki dihina dihadapan orang ramai.

Ibu tetap tenang dan membawa aku masuk untuk melihat Ayah buat kali terakhir. Tidak sampai 10minit kami disitu, kami ditolak keluar dengan kasar. Walaupun aku tidak sempat melihat jnazah dimandi dan dikafankan, tapi aku bersyukur dapat melihat Ayah buat kali terakhir.

Kejutan aku dan ibu dapat selepas kematian Ayah, rupanya Ayah ada mengambil insurance. Walaupun aku tidak mendapat satu sen pun dari Duit pencen dan hadiah Ayah, tapi duit insurance Ayah telah hibahkan kepada aku dan ibu ketika dia s4kit.

Ayah tidak menghibahkan wang tersebut kepada isterinya kerana ketika Itu Ayah sudah tahu bahawa isterinya berlaku cvrang.

Ayah juga tidak menghibahkan kepada keluarganya kerana Ayah tahu aku tidak akan berpeluang untuk merasa duit pencen dan hadiah Ayah kelak. Wang insurance sebanyak 200k, 100k untuk aku dan 100k untuk ibu.

Mengikut Surat yang ditulis oleh Ayah, hibah untuk ibu adalah hadiah kerana ibu berjaya menjadi isteri yang taat kepada Ayah dahulu dan sebagai tebusan keatas kesalahan yang dilakukan oleh Ayah kepada ibu.

Untuk bahagian ibu, ibu berikan 50k kepada nenek dan wan sebelah Ayah. Walaupun mereka melakukan bermacam macam perkara pada ibu, ibu tetap mengatakan bahawa nenek dan wan punya Hak kerana telah bersusah payah membesarkan Ayah.

Ibu mengambil sejumlah wang dari bahagian yang tinggal untuk diinfakkan kerumah anak yatim, orang miskin dan pusat tahfiz. Ibu sudah ada wang sendiri. Bagi ibu biarkan wang yang Ayah berikan kepada dia, dia gunakan sebagai bekalan Ayah di Alam Sana.

Kepada ibu, ibu adalah ibu yang hebat dunia akhirat. Ibu berjaya mendidik aku menjadi seorang doctor, menjadi seorang hafizah. Cita cita ibu ingin melihat aku menghafal alquran sudah tertunai.

Doa ibu supaya aku berjaya menjadi orang yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara telah Allah makbulkan kerana hari ini tugasku sebagai Dktor.

Semoga Allah sentiasa menjaga ibu. Untuk Aruwah ayah. Terima Kasih kerana pernah menjadi Ayah yang baik untuk Aina. Aina sedaya upaya akan menjaga ibu untuk Ayah.

Ini janji Aina pda Ayah. Semoga Kita semua bertemu di jannah Allah kelak. Ikhlas dari seorang anak, Nur Aina.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nur Eika, Alhamdulillah tahniah dr,moga bertemunjodoh dgn lelaki soleh,maafkan ayah, kita xtau keadaan sbnar,terimalah pemberian ayah,buatkan amal jariah utknya,arwh tlah menyesali apa yg berlaku,moga pengalaman jadi ibrah kehidupan.

Hasnah Ghani, Terima lah dgn penoh redha n jgn berdndam, tp klu cari pasngan jgn pandang yg indah je sampai sanggup berhenti kerja, cinta pd manusia ada pasang surut nya,

hina n susah manusia kerana x berharta, wpun kita tahu mulia d sisi allah tp dunia pun kena kejar utk melaksanakan ibadah menuju ke syurga.

Ekin Majid, Saakitnya hatiii baca.. Sebab tu ujian tu untuk doc aina dgn ibu dia, sebab Allah tahu ibu doc aina boleh hadapi, Kalau aku, matilanak family bapak tu aku kerja kan, geram nya baca.

Raya Ali, Hidup seperti roda..diwaktu sihat ada segalanya masih bertenaga boleh buat apa saja utk menyakiti mengkhianati orang..yg jahat yg dikhianati sama mcm orang lain bukannya tak pandai berdoa.

Bila sdh saakit org yg dibuang itu juga yg diingat yg disuruh sampai kan kabar.. Saat tu baru lah terbuka mata yg dianggap begitu begini itulah yg sebenarnya lebih ikhlas lebih ada perasaan perihatin berbanding org yg dlm hatinya takut kehiilangan duit duit duit.

begitulah kalau dihati ada perasaan tamak. akhirnya menyesal sendiri.. Tak heran ramai yg begitu. Tahniah buat ibu dan anak ini..yg membuktikan boleh hidup berdua tanpa pihak sebelah sana tu..

Org buat jaahat pun tetap sabar..bersyukur dgn kehidupan seadanya.. Biar org buat jaahat tak dibalas akhirnya pihak sana juga yg malu sendiri..

Nurul Ain, Tahniah ibu aina telah mendidik aina jadi yang baik dan solehah. Tahniah aina kerana takde dndam pada ayah n jadi anak yang baik untuk ibu. Semoga bertemu jodoh yang berbuat baik pada isterinya dan zuriatnya.

Cik Peah, Aina beruntung mempunyai ibu yg tabah dan hebat. Mampu mendidik Aina menjadi seorang hamba Allah yg berjaya, walaupun dia sendiri melalui pengalaman yg perit dan pedih.

Suhana Samad, Acik doakan awak bertemu jodoh yang akan membahagiakan awak sampai nafas yg terakhir. Semoga balasan syurga menanti utk seorang ibu dan isteri yang baik dan setia.

Siti Nur, Masyaa Allah hebatnya ibu awak..contoh ibu dan bekas isteri yg baik. Menjadi contoh yg sgt baik pd awak membesar mnjadi manusia yg positif dan berjaya.

Ummi Dhia, Alhamdulillah….terharu mendengar kisah ini…betullah janji Allah…kesabaran itu manis dipenghujungnya….good luck dctr Aina…anda mempunyai seorang ibu yg luar biasa..

 

sumber : informasiviral

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*