
Assalamualaikum semua.
Assalamualaikum semua. Aku luahkan perasaan hati ini dekat sini sebab aku hendak minta pandangan kot ada dikalangan followers page ni yang arif tentang masalah yang aku hadapi ini.
Tolong cadangkan dekat aku apa aku perlu buat. Sama ada pergi kaunseling rumah tangga atau minta fasakh.
Aku dah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum ada rezeki anak. Masih baru. Ya aku tahu. Masih dalam fasa mengenal hati budi dan tingkah laku orang2 tua kata. Tapi aku dilema sangat2.
Kenapalah ya Allah. Engkau jodohkan aku dengan suamiku yang sekarang ni. Kami berkahwin atas dasar cinta setelah setahun lebih perkenalan.
Masalah sebenarnya dah timbul masa kami dalam fasa bertunang lagi. Kami sering berga.duh. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja isu yang nak diga.duhkan. Kami ga.duh ke tahap fizikal pun ada. Tapi tidaklah teruk.
Ada pernah satu kejadian di mana kami tengah makan di satu kedai. Selepas itu ada salah faham. Dia melenting m4rah. Tinggi suara. Aku merajuk hati. Time dia tengah bayar aku keluar dulu dari kedai itu dan terus berjalan kaki ke petronas yang terletak tak jauh dari kedai itu.
Kemudian dia langsung tidak ada rasa bers4lah terus tinggalkan aku sendirian dekat situ. Dia ada telefon aku dan aku cakap aku nak balik jalan kaki ke rumah sewa aku. Dia tak ada rasa hendak pujuk. Terus balik.
Tapi aku ugvt kalau dia balik aku nak batalkan pertunangan. Kemudian baru dia datang pickup aku. Tu pun aku kena jalan seberang jalan ke kereta.
Aku tahu dekat situ dah nampak red flag. Tapi entahla kenapa aku masih teruskan pertunangan sampailah ke kahwin. Dalam fasa tunang banyak kali sangat bergadvhnya. Tinggi suara. C4ci m4ki. Itu benda biasa bagi aku.
Aku akan maafkan dia selepas dia pujuk aku. Mudahnya aku memaafkan. Lembutnya hati aku. Aku menyesal sebab tidak bertegas dengan dia masa itu. Aku macam bagi muka dekat dia untuk terus layan aku macam tu.
Short storynya kitaorang dah kahwin. Dan masalah yang sama masih berulang. Bila ga.duh dia akan mar.ah2 aku. Maki2 aku. Lepastu mintak maaf dan kami akan ok.
Tapi aku tertanya2 sampai bila keadaan ini akan jadi. Suami aku jenis yang keras hati sangat. Aku pernah ugut nak cerai. Sikit pun dia tidak peduli. Jenis yang panas bar.an. Apa sahaja yang tidak kena dengan cara dia. Memang akan jadi perga.duhanla.
Aku tak minta banyak pun. Cukupla layan aku selayaknya isteri dilayan. Aku usaha sabar jugak.. Tapi aku ada limit aku jugak. Sampai bila aku nak kena tindas ja.
Sebab aku bukan jenis yang suka orang bagi arahan dekat aku. Kalau cakap nada yang elok. Bahasa yang elok. Aku ok ja walaupun apa yang dia suruh tu aku tak rela..
Demi Allah, aku rasa macam dah tawar hati. Ada banyak kali jugak terjadi perga.duhan sampai ke tarik rambut aku dan banyak lagi.
Sedangkan punca perga.duhan itu kecil sahaja. Hanya sebab aku menjawab bila dia ma.rah. Aku jenis yang kalau nak ma.rah atas benda tak relevan memang aku menjawab jugak.
Sedangkan dia sendiri pun pernah buat kesalahan yang sama. Tapi bila aku buat. Aku dima.rahi. Ibu dan ayah aku pun dah tahu perangai suami aku. Sebab bila ga.duh yang teruk aku akan kol ibu aku untuk cerita. Sebab aku tak mampu tahan sorang…
Bila dia ma.rah dia suka nak cakap yang bukan2. Dia cakap aku isteri derhakala. Isteri b4bi la. Memang nerakala tempat aku. Kenapalah wahai suami kau sanggup cakap benda2 macam tu. Boleh bayang tak betapa kecewanya hati aku sebagai isteri.
Bila ga.duh aku hendak keluar tenangkan hati. Dia tak izinkan. Tapi aku paksa jugak cakap aku nak keluhttps://portal.mgjv.com.my/SitePages/Home.aspxar redakan kema.rahan.
Dia cakap kalau aku keluar dia doa aku accident. Kalau accident cacat pun dia tak mau jaga. Biar m4ti terus lagi senang dia kata. Ya Allah. Hancur lebur hati aku dengar. Mana ehsan mu suamiku..
Aku rasa cukupla kot setakat itu sahaja luahan hati aku. Aku sedih bila tengok kawan aku yang kawin kemudian selepas aku dah ada anak.
Tapi aku masih lagi struggle nak suaikan diri dengan sikap suami… Sepatutnya kami dalam fasa toleransi. Fasa bersabar.
Sabarkanlah hati ini ya Allah. Suami aku ada sisi baik dia. Tapi perangai bar.an dan ca.ci ma.ki itu mengaburi kebaikan2 yang dia pernah buat.
Tolong bagi pendapat apa aku perlu buat. Aku masih sayangkan suami aku. Tapi aku tak sanggup nak hadap ca.ci ma.ki dia lagi.
Maaf kalau cerita aku berterabur..
Yang kecewa,
– Isteri dilema, Zulaika (Bukan nama sebenar)
Tips – Tips Untuk mengatasi Suami Yg Panas Baraan
Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips untuk isteri-isteri yang mempunyai suami panas bar.an selepas banyak terbaca isu ini dalam IIUM Confession.
Walau ada ramai pembaca yang tidak selesa apabila ruang ini menjadi seperti KRT, saya percaya mereka yang meluah disini merasakan platform ini sebagai platform yang selamat untuk meluah rasa. Tak semua yang mengalami masalah ini kuat untuk bercerai.
Moga perkongsian ini membantu pihak yang memerlukan.
Penafian (disclaimer): Perkongsian ini mungkin tidak sesuai untuk semua memandangkan ia bergantung kepada situasi dan aspek lain juga. Saya juga tidak mahir menulis.
Mohon maaf jika ada beberapa terma yang tidak jelas. Saya cuba sampaikan/ bantu sebaik mungkin.
Bahagian pertama: Mulakan dengan diri sendiri.
1. Label perasaan dan kenali pencetus perasaan anda.
Anda perlu sedar dan tahu apakah yang menyebabkan anda merasakan sesuatu perasaan.
Contohnya selepas basuh kemas dapur tiba-tiba rasa mar.ah. Beritahu diri, “aku ma.rah”. Tarik nafas dalam. Berhenti sejenak fikirkan semula apakah yang menyebabkan anda ma.rah.
Apakah disebabkan letih? geram suami tak basuh pinggan sendiri? tak selesa baju basah?. Selepas sudah label perasaan dan tahu kenapa ia wujud, cuba tangani dengan cara tidak menyakitkan orang lain.
2. Kenali sempadan (boundaries) diri.
Mengetahui sempadan diri adalah pintu kepada membina perhubungan yang sihat. Sempadan (Boundaries) adalah jangkaan dan keperluan yang anda perlukan untuk anda berasa selamat dan selesa dalam perhubungan.
Jangkaan dalam perhubungan bantu mental dan emosi yang sihat dan membentuk hubungan yang saling menghormati dan kerangka iman kita sebagai muslim.
Contohnya, anda memberi ruang kepada diri setiap hari untuk minum kopi tanpa gangguan sesiapa untuk 10 minit dan pasangan anda sedia maklum dan menghormati sempadan peribadi anda.
3. Mencari bahagia sendiri.
Panas ba.ran adalah hasil dari kesan emosi yang tidak mampu diregulasi.
Maksudnya, seseorang yang panas ba.ran itu mengalami kesukaran untuk mengurus emosi daripada mengenal perasaan yang datang, melabel, kenali pencetus rasa tersebut dan cara yang sihat untuk mengendalikannya.
Regulasi emosi ini terbina sejak dari zaman kanak-kanak. Biasanya ibu bapa yang cekap regulasi emosi akan mempunyai anak yang tenang mengurus emosi juga. Apabila berhadapan dengan individu sebegini, jangan tunggu mereka bahagiakan anda.
Cari bahagia anda seolah anda tidak memerlukan dia untuk bahagia. Anda boleh fokus kepada menjaga diri sendiri seperti jaga kulit, kuruskan badan, makan makanan sihat dan sertai aktiviti pembangunan diri seperti kelas agama, tadabbur quran.
Mencari hobi yang menenangkan seperti bercucuk tanam, melukis/ mewarna, joging, berbasikal, membaca buku, membuat biskut dan lain-lain.
Pokoknya aktiviti tersebut mestilah anda sukai dan mengisi ruang kekosongan dalam hidup anda. Perkahwinan bukanlah untuk orang yang mencari bahagia, namun perkahwinan adalah wadah berkongsi bahagia.
Bahagian 2: Mengurus tindakan suami panas ba.ran.
Saya kongsikan pengalaman saya mengurus suami yang suka mengeluarkan kata-kata keja.m dan kurang berempati. Kejadian ini berlangsung selama 3 tahun pertama perkahwinan saya.
Saya mula sedar isu ini semakin teruk dan merendahkan martabat saya sebagai seorang isteri. Berikut adalah tip dan trik yang saya buat untuk perlahan-lahan menyokong suami saya menjadi seorang yang lebih baik.
Pertama sekali, saya menyantuni diri saya sendiri dahulu seperti yang saya kongsikan di bahagian pertama.
Ya, prosesnya panjang dan menyakitkan. Lama kelamaan tanpa saya sedari suami saya kurang agresif dengan saya. Apabila dia sudah nampak tenang, dia mula mengambil berat tentang saya.
saya menggunakan peluang itu beritahu yang saya memang ada masalah tapi saya tak nak kongsi sebab saya tahu ini akan timbulkan kerisauan dan akan buat dia ma.rah(perlahan-lahan saya cuba buat dia sedar perasaan itu wujud dan labelkan).
Kemudian dia akan cuba kawal dirinya. saya akan tanya, jika saya cerita, bagaimana dia akan kawal emosi dia dari ma.rah dan keluarkan kata-kata ke.jam ke saya.
Saya bukan tong sampah dia untuk dihamburkan sisa dengan ke.jam. Saya isterinya, seorang yang patut dia rasa damai bersama.
Saya mula perkenalkan sempadan peribadi. Saya juga maklumkan bahawa saya akan tunggu sampai dia bersedia. Dia mula menghormati saya.
Setelah itu, saya perlahan-lahan perkenalkan aktiviti bersama dari yang mudah hingga yang mencabar. Dari mengajak dia tanam sayur hingga berkhemah bersama.
Poin penting sepanjang aktiviti ini adalah co-regulation. Apabila dia mula risau dan ma.rah saya akan tetap tenang, beri ruang, bantu dia sedar emosi, dan hadir dengan solusi apabila difikirkan masa tersebut sesuai.
Tapi bila dia mula keluarkan kata-kata ke.jam, saya akan tahan, diam dan hanya katakan “yelah, saya salah, awak betul” (dengan tenang dan tulen).
Saya terus tutup mulut sampai dia pun keliru dan gugup. Saya tak melayan ego atau apa sahaja yang buat dia kenyang dengan reaksi saya. Sebagai seorang isteri yang mahu dihormati, saya perlu kental.
Cari kelebihan anda yang suami cari/suka. Suami saya suka berkongsi cerita dengan kawan dan perihal pejabat dengan saya.
Saya menggunakan peluang itu untuk tanya soalan seperti: apa yang awak rasa masa tu?, Apa awak cakap dengan kawan awak tu?, Awak tak ma.rah ke masa tu?
Macam mana awak boleh rileks je tak ma.rah?. Semua soalan berkisar tentang kesedaran emosi dan cara dia urus emosi dengan orang lain.
Dalam masa yang sama saya juga kongsikan cara saya urus emosi apabila berinteraksi dengan orang lain. Jadi kami sama-sama belajar dan tegur tanpa tegur secara terus atitud suami (dengan syarat kita perlu sembuh, heal dahulu).
Saya mula berhenti untuk berkongsi kisah rumahtangga saya dengan orang lain termasuk ibu bapa. Saya catat pencetus emosi saya dan suami dalam diari berbentuk apps siap password supaya tak ada siapa baca.
Saya luah semua di situ. Bahasa ke.jam juga disitu. Saya baca semula untuk kenal corak pencetus kema.rahan dan ba.ran saya dan suami. Ia membantu kawalan kendiri dan membentuk sempadan kendiri perlahan-lahan.
Saya cuba perhalusi apa yang mampu menundukkan ego suami.
Contohnya, saya belikan hadiah untuk ibu bapanya sempena hari jadi, saya berbuat baik dengan keluarganya secara berpada (perlu tahu sempadan), saya berbuat baik dengan kawannya (beri juadah berbuka puasa), saya tidak kongsikan perihal rumahtangga saya di media sosial,
Saya banyak diam dan senyum di hadapan keluarga dan kawan-kawannya namun masih mengekalkan hubungan baik.
Poinnya, banyakkan memberi khidmat dengan menghormati sempadan peribadi diri sendiri dan orang lain.
Proses ini ambil masa. Saya tiada jalan pintas untuk isu ini. Hasilnya Alhamdulillah. Saya dapat mengembalikan semula martabat saya sebagai seorang isteri dalam masa yang sama saya meletakkan semula martabat suami saya selari seperti yang saya impikan.
Bahagian 3: Frasa yang boleh bantu untuk mengurus individu panas ba.ran.
“Tone suara awak makin keras, awak ma.rah ni..”(label emosi)
“Awak tengah mar.ah ni, saya beri ruang untuk awak bertenang. Saya tak nak bercakap selagi awak tak sedia.”
“saya tahu awak mar.ah, tapi itu tak bermaksud awak boleh pu.kul dan ca.ci saya. Saya hanya akan bercakap bila awak bertenang”(co-regulation)
“Saya tengah ada kerja, boleh kita bincang kejap lagi?. Saya takut nanti saya overwhelm dan buat saya ma.rah”(set sempadan/kenal pencetus)
“Kita sama-sama tersilap kali ni, its okay. Its ok untuk rasa malu, ma.rah, kecewa..”(normalize emosi)
“Saya rasa ma.rah. Saya nak ambil masa untuk bertenang.”
” Sebelum awak ma.rah, saya minta awak cuba faham situasi saya dan tahan diri awak dari ca.ci saya”
Berikut adalah beberapa terma yang anda boleh kaji untuk membantu anda: co-regulation, sempadan(boundaries), kesejahteraan emosi/emotional intelligences.
Berikut adalah buku yang anda boleh baca: Solusi Stress(Dr Rozanizam Zakaria), buku daripada Yasmin Mogahed, Aku Terima Nikahnya atau mana-mana karya Hasrizal Abd Jamil, buku tentang sempadan (boundaries) – maaf saya tak jumpa tajuk penuhnya-boleh google dan lain-lain.
Boleh ikuti perkongsian di laman web atau media sosial: Aiman Azlan, Dr Harlina Siraj, Gottman Institute.
Sekadar menyebut sedikit sumber.
Jika masih buntu, jumpalah kaunselor yang mempunyai kelayakan dalam bidang psikologi, klinikal psikologi dan kaunseling. Berhati-hatilah mencari kaunselor. Pastikan kaunselor berdaftar. Siasatlah latar belakang pendidikan dan latihannya.
Ambil tahu juga pendekatan keunseling yang biasa yang digunakan supaya dapat membantu kita secara effektif. Itu juga hak anda sebagai klien. Jangan takut bertukar kaunselor jika anda rasa tidak serasi.
Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu isteri mahupun suami di luar sana.
Terima Kasih.
– Puan IJS (Bukan nama sebenar)
Sumber : iiumc
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply