Gadis tularkan nombor plat peronda dan dkwa kena ganggvan kotor oleh polis peronda tersebut. Sekali ini penjelasan Ketua Polis PJ

Masalah jny4h sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada anc4man tersebut. Pemilik akaun Twitter ‘Lord Pretty’ yang mendkwa anggota polis menaiki kereta peronda p0lis (MPV) melakukan ganggvan sk.sval terhadapnya diminta tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner MohamadFakhrudin Abdul Hamid berkata, ciapan Twitter di akaun @qhaishaaantsha itu tular semalam mendkwa anggota polis terbabit melakukan gangguan s3k.sval terhadapnya. Menurutnya, gambar kereta peronda polis H0nda Civic yang dimuatnaik disahkan adalah kereta peronda polis milik Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Berikutan itu, siasatan terperinci akan jalankan untuk mengesahkan kesahihan dakwaan itu. Pihak polis meminta pemilik akaun Twitter itu untuk tampil membuat laporan polis dan keterangan beliau dapat diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya wujud salah laku seperti yang didkwa. “Polis tidak akan sesekali berkompromi dalam apa jua isu berhubung kait dengan pelanggaran undang-undang membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di IPD Petaling Jaya. Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk tampil membuat pengaduan ke balai polis yang berhampiran sekiranya berlaku salah laku dan perlanggaran undang-undang yang membabitkan anggota polis,” katanya. Kredit: Hmetro/Twltter Lord Pretty

Tular Video Polis Kena Sondol Dengan Penunggang Motor Ketika Bertugas. Ini Kata Kata Anggota Tersebut Selepas Kejadian.

Baru baru ini tular di media sosial video dari dashcam kereta satu kejadian kemalangan kecil melibatkan seorang anggota polis dan penunggang motorsikal. Kejadian berlaku pada waktu jalan sedang sesak dan anggota tersebut sedang bertugas mengawal lalulintas.Penunggang motorsikal itu cuba memotong di antara kereta yang sesak dan tidak nampak ada anggota polis disitu.

Ini Komen Anggota Polis Terhadap Penunggang Motorsikal.

Seorang anggota polis trafik tidak membuat laporan atas dasar simpati terhadap seorang penunggang motosikal yang melanggarnya di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 pagi, seorang anggota trafik sedang menjalankan tugas di lokasi telah dilanggar oleh penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 yang hendak memasuki susur tersebut.“Kedua-dua individu itu tidak mengalami kecederaan dan tiada kerosakan pada kenderaan.

“Atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut dalam situasi yang dihadapi, maka anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap insiden yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Abd Khalid berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap kejadian yang menimpa anggota polis terlibat.

“Semoga hubungan ini mencerminkan silaturahim yang erat antara polis dan masyarakat, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat,” katanya.

Pada Khamis sebuah video tular berdurasi 28 saat memaparkan insiden melibatkan seorang anggota trafik dilanggar oleh penunggang sebuah motosikal. Sumber: TRENDING ALL MHI

Tular Lori Gesel Lebih 10 Kenderaan Yang Parking Di Bahu Jalan. Polis Tampil Dedah Jelaskan Apa Berlaku Sebelum Itu.

Sepuluh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks Kerajaan Parcel E di sini mengalami kerosakan akibat digesel sebuah lori pada Khamis.

Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dan tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

A. Asmadi tidak menolak kemungkinan kenderaan yang diparkir di bahagian kiri dan kanan jalan itu menghalang kelancaran laluan, sehingga menyebabkan kenderaan lain sukar untuk melepasi jalan berkenaan.

“Daripada rakaman CCTV, saya lihat laluan jadi sempit” – Polis.

“Mungkin pemandu lori itu telah lama menunggu untuk melepasi laluan namun pemilik kereta tidak muncul. Maka dia (pemandu lori) cuba melepasi laluan itu dengan merempuh kereta,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pemandu lori itu telah berjaya dikesan polis dan pihaknya akan mengambil keterangan daripada semua pihak yang terlibat.

“Apa pun kita akan siasat dahulu untuk dapatkan maklumat punca sebenar kejadian,” katanya dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi rakaman CCTV yang tular, sebuah lori berwarna putih dilihat melanggar sebuah kereta berwarna merah di bahagian kiri laluan sebelum mengundur dan melanggar sebuah kereta berwarna putih.

Lori terbabit kemudiannya kelihatan melanggar kereta berwarna putih itu sekali lagi dan meneruskan perjalanan dengan melanggar beberapa kereta lain yang turut diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kereta. Sumber : Astro Awani

Kanak-Kanak Menangis Teruk Selepas Melihat Rekaan Unik Helmet Ini Di Lampu Isyarat .

Keselamatan jalan raya perlu dipatuhi dengan mengenakan topi keledar atau helmet bagi yang menunggang motosikal. Sama juga seperti pemandu kereta, mereka juga perlu memakai tali pinggang keledar untuk mengelakkan sebarang insiden dan menjaga keselamatan jalan raya. Oleh itu, kita dinasihati supaya wajib mematuhi peraturan jalan raya.

Kanak-kanak yang masih kecil memang suci pemikirannya dan disebabkan ini jugalah gelagat mereka ni selalu buat kita terhibur. Baru-baru ini, tular video di Twitter yang memaparkan seorang budak kecil menangis ketakutan semasa menunggang motosikal dengan ayahnya apabila ternampak helmet yang menakutkan telah mencuri tumpuan.

Dia dilihat menangis sebab takut tengok tiba-tiba ada wajah manusia di belakang kepala seorang penunggang motosikal di hadapannya yang juga sedang menunggu isyarat lampu hijau.

Rupa-rupanya, ‘wajah’ manusia tu hanya lah rekaan unik sebuah helmet yang digunakan oleh penunggang motor tersebut.

Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila topeng penunggang motosikal yang berada di depan mereka itu mempunyai corak topeng muka yang mempunyai rambut dan cermin mata.

Video tersebut juga telah mendapat sejuta tontonan daripada warganet di media twitter yang kebanyakannya mengatakan mereka turut terhibur dengan gelagat adik itu. Min pun kesian tengok dia takut tapi tak tahan nak gelak sebab kelakar terutamanya bila tengok banyak kali.  Mana la brader tu dapat topi keledar unik ini. Kalau ternampak topi keledar ni pada waktu malam, tak cukup tanah la jawabnya tekan minyak sebab terkejut.  Sumber: Rumah IBS.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*