Ini penjelasan PDRM setelah pemandu van sekolah dibebaskan. Al Fatihah Untuk Arwah Adik Nur Alisha

Seorang pelajar perempuan berusia tujuh tahun pergi buat selamanya selepas kejadian menyedihkan sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, keja.dian berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari selepas pemandu wanita berusia 31 tahun itu selesai menurunkan penumpang.

“Pemandu van berkenaan telah memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melang.gar salah seorang pelajar perempuan yang juga penumpang van tersebut ketika individu tersebut sedang melintas di hadapan van terbabit. Sebelum kejadian, individu itu telah diambil oleh pemandu van terbabit dari sebuah sekolah berhampiran dan di hantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, ekoran kejadian, individu yang berusia tujuh tahun telah dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre pada bahagian kepala. “Individu itu disahkan pergi buat selamanya pada pukul 2.30 petang tadi. Pemandu van terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan sebuah video tular berdurasi satu minit 26 saat di media sosial Facebook yang memaparkan kejadian membabitkan kanak-kanak perempuan tersebut.

Kenyataan Terkini Dari PDRM

Pemandu van yang terbabit mer.3mpuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini tengah hari semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi hari ini. Md. Noor berkata, pemandu van wanita berusia 31 tahun itu terlebih dahulu dit.ahan polis semalam untuk diambil keterangan. “Pemandu van berkenaan telah diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. S.iasatan lanjut masih dijalankan dan satu kertas s.iasatan telah dibuka berhubung keja.dian itu,” katanya. Katanya, siasatan juga mendapati, pemandu van itu mempunyai lesen memandu yang sah dan van itu turut dilengkapi cukai jalan. Sumber : Online Malaya

Menantu Dedahkan Nur Alisha Pernah Bagitahu Ini. Tak Sangka Ia Pentanda Akan Meninggalkan Kami Selamanya.

SEPANG: “Menantu beritahu, arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” kata Mahani Hamid.

Mahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd, 7, murid Tahun Satu yang pergi menghadap ilahi selepas kejadian dig1lis van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, Nur Alisha Safiya cedera di kepala dan disahkan pergi ketika dirawat di sebuah hospital swasta.

Nur Alisha Safiya, anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan kakitangan kerajaan di Putrajaya, Mohd Azlin, 47, dan Mahani Saad, 43.

Mahani berkata, hujung minggu lalu, Nur Alisha Safiya pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya.

Menurutnya, ketika itu, semua lima anaknya bersama cucu berkumpul di kampung untuk menziarah suaminya,

Saad Hashim, 70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu.

“Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam. Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.

“Ketika mahu pulang, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya ditemui di kediaman keluarga arwah di Taman Intan Baiduri, Labu Lanjut, Salak Tinggi hari ini.

Sementara itu, abang sulung Nur Alisha Safiya, Muhammad Aiman Firdaus, 16, berkata ketika kejadian dia berada di rumah selepas tamat sesi persekolahan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Menurutnya, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh bapa saudaranya yang datang ke rumah.

“Nur Alisha Safiya sangat rapat dan manja dengan saya kerana saya sering membantunya menyiapkan kerja sekolah selain dijadikan rujukan jika dia berdepan masalah pembelajaran.

“Pemergian Nur Alisha Safiya cukup mengejutkan, rumah pasti sunyi selepas ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Tular Kejadian Pemandu Van Dan Budak Sekolah. Sekali Pihak Polis Beritahu Apa Yang Sebenarnya Berlaku.

Seorang pelajar perempuan berusia tujuh tahun kehilangan nyawa selepas kejadian dig1lis sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari selepas pemandu wanita berusia 31 tahun itu selesai menurunkan penumpang.

“Pemandu van berkenaan telah memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melangg4r salah seorang pelajar perempuan yang juga penumpang van tersebut ketika mangsa sedang melintas di hadapan van terbabit.

“Sebelum kejadian, mang.sa telah diambil oleh pemandu van terbabit dari sebuah sekolah berhampiran dan di hantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, ekoran kejadian, mangsa yang berusia tujuh tahun telah dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre akibat luka teruk pada bahagian kepala.

“Mang.sa disahkan pergi menghadap ilahi pada pukul 2.30 petang tadi.

“Pemandu van terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan sebuah video tular berdurasi satu minit 26 saat di media sosial Facebook yang memaparkan kejadian membabitkan kanak-kanak perempuan tersebut.

Antara komen komen warganet tentang apa yang telah terjadi.

Sumber : Kosmo Online!

Bapa Luah Kecewa Dengan Sikap Pemandu Vanessa Yang Jadi Punca Kejadian. Sekali Ini Yang Dia Buat Lepas Kejadian Sampai Bapa Vanessa Doakan Macam Ni.

Bapa kepada Allahyarham Vanessa Angel, Doddy Soedrajat meluahkan rasa kecewa terhadap pemandu kenderaan yang menyebabkan kejadian tersebut sehingga mengambil nyawa anak dan menantunya. Menurut Doddy, pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tubagus Joddy langsung tidak menghubunginya selepas kejadian itu berlaku. Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, Doddy berharap pemandu tersebut menerima hukuman yang setimpal.

“Tiada apa yang boleh saya katakan untuk dia. Biarlah dia mendapat hukuman yang sewajarnya nanti. Benda dah jadi, saya kena terima. Dia tidak pernah menghubungi saya… tapi saya tidak mahu fokus tentang perkara itu,” kata Doddy kepada media menerusi video rakaman di YouTube.

Sebelum ini, media melaporkan pemandu itu didakwa menggunakan telefon bimbit ketika memandu sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Vanessa dan Febri pergi buat selamanya dalam satu kejadian jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Anak kepada pasangan tersebut iaitu Gala Sky Andriansyah yang turut berada dalam kenderaan itu mengalami luka pada bahagian wajah dan keadaannya dilaporkan semakin baik. Sumber – Liputan6

Baru Je Tular Vanessa Dan Suami Telah Pergi Buat Selamanya. Kini Bapa Mentua Vanessa Tampil Dedahkan Keadaan Terkini Anaknya.

Jakarta: Anak lelaki 4rwh Vanessa Angel iaitu Gala Sky Ardiansyah yang berusia setahun, masih dirawat akibat mengalami lebam serta kelopak matanya perlu dijahit susulan nahas jalan raya, baru-baru ini.  Hal itu dimaklumkan bapa mentua Vanessa iaitu Faisal yang berkata Gala masih ditahan di sebuah hospital di Surabaya untuk rawatan selanjutnya.

“Masih terdapat kesan lebam pada bahagian wajah Gala dan belum sembuh sampai sekarang. Kelopak matanya juga mungkin akan perlu dijahit sedikit. Menurut doktor, bengkak itu boleh hilang dan rawatan lanjut akan diteruskan. Apapun, semuanya mengikut pertimbangan daripada pihak doktor juga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan pergi buat selamanya selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini jalan raya pada tengah hari, 4 November lalu. Menurut portal berita CNN Indonesia, kejadian itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Di Instagram Vanessa dan suaminya, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian mengejut pasangan berkenaan. Antaranya, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting, Ruben Onsu dan ramai lagi. Peminat-peminatnya juga turut meluahkan rasa kesedihan atas berita sedih itu dan ramai yang tidak percaya bahawa Vanessa sudah pergi buat selamanya. Sumber : Hmetro

Sebak Bila Ada Yang Kongsikan Pesanan Terakhir Suami Vanessa Angel Untuk Anaknya. Ini Pesanan Bibi Buat Hari Lahir Pertama Anaknya.

Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah pergi buat selamanya dalam satu kejadian yang tak diingini di Tol Jombang arah Surabaya, Khamis (4/11). Ambulans yang membawa jasad Vanessa dan Bibi telah tiba di rumah jasad di Jakarta Barat setelah menempuh perjalanan kurang lebih 11 jam dari Surabaya.

Vanessa dan Bibi diuruskan hari ini di Tempat Persemadian Melaka di kawasan Swadarma, Ulujami. Ketika kejadian itu berlaku, nama Vanessa dan Gala menjadi trending topik di Twitter. Orang ramai turut bersedih atas kehilangan Vanessa dan Bibi buat selama-lamanya dan tinggalkan Gala yang kini baru berusia 15 bulan.

Malah, salah satu klip video ketika Bibi dan Vanessa menjadi bintang jemputan di saluran YouTube CURHAT BANG Denny Sumargo kembali viral. Dalam video itu, Bibi nampaknya telah tinggalkan mesej untuk Gala pada hari lahirnya yang pertama. Mesej itu akhirnya disampaikan oleh Denny Sumargo kerana Bibi tidak dapat bercakap.

“Om Densu mewakili, ya. Dia kata, ‘Gala, nak, orang baik ada masa lalu, orang jahat ada masa depan. Hidup tak boleh berdasarkan apa yang selalu kita fikirkan’,” kata Denny mengikut kata-kata Bibi. Namun, yang lebih menyedihkan warganet apabila mendengar Denny berkata Bibi akan sentiasa ada untuk menemani Gala walaupun sudah tiada di dunia. “Tapi, Gala, kalau terjadi apa-apa dekat kamu, mungkin saya tak boleh ada dan mungkin saya tak akan sentiasa ada, tapi percayalah papa akan sentiasa menemani kamu walaupun papa sudah tiada di dunia ini,” kata Denny.

Seperti yang dilaporkan, terdapat lima orang dalam Pajero Sport berwarna putih ketika terlibat dalam kejadian yang tak diingini. Tiga orang termasuk Gala Sky Ardiansyah, anak tunggal Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah terselamat.
Dua lagi yang turut terselamat iaitu pengasuh bernama Siska Lorenza dan pemandu bernama Tubagus Joddy. Siska luka teruk, manakala Joddy dilaporkan tidak luka. Sumber : Murai.my

Terkejut tengok keadaan kereta Haneesya remuk terkena lori 3 tan. Sekali ini keadaan terkini Haneesya Hanee.

Kereta dinaiki Haneesya Hanee dirmpvh sebuah lori. Pelakon Haneesya Hanee berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kejadian yang tidak diingini di jalan raya ketika menuju ke Bukit Fraser, Pahang pada Sabtu.

Menurut Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, 21, kereta yang dinaikinya bersama beberapa individu lain dirempuh sebuah lori seberat tiga tan ketika melalui kawasan selekoh tajam.

“Kami dalam perjalanan ke Fraser Hill sebab ada penggambaran. Siapa yang pernah ke Bukit Fraser pasti tahu keadaan jalan nak ke sana. Kejadian tu berlaku ketika di selekoh tajam, jadi ada blind spot… tak nampak kenderaan dari depan,” katanya menerusi perkongsian dia Instagram.

Haneesya turut berkongsi foto keadaan kenderaan jenis Myvi dinaikinya yang remuk di bahagian sisi kanan hadapan. Bercerita lanjut tentang kejadian berkenaan, Haneesya mendkwa lori berkenaan dipandu dalam keadaan laju dan merbahaya. “Lori tu laju, jadi makan jalan ke laluan kami. Bukan sikit-sikit dia makan jalan,” katanya.

Tak ada luka teruk yang berlaku hanya sakit kaki sikit je tapi dah okay

Bagaimanapun Haneesya bersyukur kerana mereka yang turut sama berada di dalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang luka. Dalam pada itu dia turut menasihatkan orang ramai yang mahu melalui lokasi sama agar berhati-hati.

“Sekarang kami sewa kereta satu lagi sebab barang banyak nak bawa. Tak ada luka teruk yang berlaku hanya sakit kaki sikit je tapi dah okay. Kepada anda semua hati-hati kalau lalu kawasan ini sebab keadaan jalan yang tak berapa selamat. Terima kasih kepada yang ambil berat,” ujarnya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*