[VIDEO] Dapur Dirobohkan Suami Sebab Tak Suka Isteri Minat Pink Colour

Benarlah kata orang bahawa tempat paling bahagia untuk seorang isteri di dalam rumah adalah di dapur. Sebab itulah, penting untuk si isteri yang memilih segala jenis dekorasi dapur supaya memudahkan urusan mereka kelak. Tapi, berbeza pula dengan kes ini apabila si suami tidak suka dengan pemilihan warna dapur si isteri dan bertekad untuk merobohkannya!

SUAMI ROBOHKAN DAPUR SEBAB TAK SUKA WARNA PINK

Gara-gara tidak suka dengan warna merah jambu yang mendominasi dekorasi rumah, seorang lelaki tekad ‘menghancurkan’ dapurnya sendiri.

Memetik laporan Suara, aksi lelaki itu yang gigih menghancurkan jubin dapur berwarna merah jambu itu dirakam dan dimuat naik di akaun TikTok milik @Olinn21.

 

“Kenapa hancur ketika waktu aku tiada. Dia tak suka. Aku suka pink,”

Difahamkan, wanita bernama Olinn ini memang seorang yang sangat menggemari warna merah jambu. Berdasarkan video-video di TikTok, boleh dikatakan hampir kesemua barangan peribadi hinggalah ke peralatan rumahnya berwarna merah jambu.

Video  – klik link ini untuk melihat 

 

“NAK BUAT DAPUR BARU KOT”
Menjengah ke ruangan komen mengenai suaminya yang memecahkan dapur itu, rata-rata warganet bersimpati dengan nasibnya. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan ini mungkin ‘plot twist’ di mana suaminya ingin buat dapur baru untuknya.

sumber:siraplimau

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*