[VIDEO] “Masih tunggu Sarah hadir dalam mimpi dan tak peduli disindir belum ‘move on’” – Shuib Sepahtu

WhatsApp Image 2021-11-16 at 9.05.46 PM

USIKAN nakal segelintir pihak kononnya Shuib Sepahtu masih belum ‘move on’ dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah tidak menghalang pelawak itu untuk terus berkongsi perasaannya di media sosial.

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad, 37, sebagai suami yang kehilangan isteri secara mengejut, dia punya hak untuk berbuat demikian.

“Saya tak berani cakap bila akan move on. Malah saya tak hairan pun orang nak cakap apa.

“Masing-masing ada dia punya jalan cerita sendiri. Itu hak saya untuk mengingati dia.

WhatsApp Image 2021-11-16 at 9.05.46 PM

Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (kanan) ketika majlis tahlil untuk Siti Sarah.

“Semua ada kehidupan masing-masing,” katanya ketika ditemui mStar pada majlis tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah pada Selasa.

Turut diadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan yang kini berusia hampir tiga bulan.

Upacara diketuai pendakwah terkenal, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Sebelum ini muncul komen-komen tidak menarik di media sosial apabila Shuib dilihat kerap berkongsi status dan foto kenangan bersama Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

“Sampai hari ke-100 ni pun… minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia (dalam mimpi), rindu sangat.”
SHUIB
PELAWAK

Namun kata Shuib dia tidak perlu melatah dengan pandangan segelintir pihak berkenaan hal itu.

“Saya terfikir juga mungkin dengan posting di media sosial, boleh sampai lagi sedekah al-Fatihah untuk dia.

“Lagi pun media sosial ni bukanlah semata-mata tempat nak meluahkan perasaan. Ia juga menjadi tempat berkongsi sesuatu… mungkin orang nak baca dan kita just nak share,” katanya lagi.

WhatsApp Image 2021-11-16 at 9.05.44 PM

Shuib bersama anak-anaknya (dari kiri) Ariq Matin, Dzahira Talita Zahra, Ayash Affan dan Uwais Alqarni.

Dalam pada itu Shuib memberitahu sejak pemergian Sarah dia tidak pernah berhenti berharap semoga arwah muncul dalam mimpi.

“Dia tak pernah datang dalam mimpi saya, hanya datang dulu dalam mimpi Matin.

“Sampai hari ke-100 ni pun… minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia, rindu sangat,” katanya.

Sementara itu bercerita tentang anak-anak dan tanggungjawabnya sebagai bapa tunggal, Shuib berkata dia bersyukur apabila urusannya dipermudahkan.

WhatsApp Image 2021-11-16 at 9.05.41 PM

Shuib bersyukur perjalanannya sebagai bapa tunggal kepada empat cahaya mata sentiasa dipermudahkan.

“Alhamdulillah Ayash bayi yang sangat luar biasa.

“Terasa la kesusahan tu sikit tapi Alhamdulillah saya ada keluarga yang tak pernah tinggalkan saya. Selalu bantu jaga anak-anak,” ujarnya.

Untuk rekod Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011.

Selain Ayash, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Shuib jalani pemeriksaan m3ntal setiap minggu, bimbang kesihatan terjejas sebab rindukan Allahyarham Siti Sarah

HAMPIR tiga bulan pemergiaan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu mengakui masih sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal.

Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bersyukur melihat keadaan emosi anak-anaknya masih terkawal.

“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya.

“Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.

Shuib 2Shuib merindui isterinya, Siti Sarah.

“Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara.

“kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa,” katanya kepada mStar.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

“Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua”

SHUIB

PELAWAK

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan menziarahi kubur isterinya setiap Isnin dan Jumaat, untuk berkongsi perasaannya.

Dedah Shuib yang masih lagi mengambil tempoh berehat, dia sudah lima bulan tidak masuk ke pejabatnya dan dua bulan tidak bekerja.

Shuib 1Shuib bawa anak-anak ziarah kubur arwah ibu mereka.

“Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang, walaupun dengan mak atau mentua saya, saya hanya boleh pergi ke kubur dan berkongsi dengannya.

“Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.

“Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan m3ntal saya. Sebab kesihatan m3ntal ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

“Tapi saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*