Bby Shima

Kuala Lumpur: “Saya akui itu memang saya. Namun, saya minta maaf kerana tak dapat mengulas lanjut,” kata penyanyi dangdut, Bby Shima mengenai gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota yang tular.

Menerusi foto yang tersebar, penyanyi yang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang ini sedang berm3sra dengan seorang lelaki.

Gambar itu juga memperlihatkan Shima seperti sedang mencivmm lelaki terbabit yang sedang memegang gelas minuman.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 28, ketika dihubungi berkata, dia mengakui terkejut apabila ada pihak merakam gambarnya, namun enggan menjelaskan siapa lelaki terbabit.

“Tak perlulah saya beritahu siapa lelaki itu. Untuk apa kerana tiada kepentingan pun untuk diberitahu. Yang penting segala perbuatan saya bukan babitkan orang lain dan bukan g4nggu orang lain. Saya tak kacau orang.

“Saya juga tak pernah terlintas nak cetuskan kontr0versi. Saya hanya buat kerja sebagai penghibur dan netizen yang memandangnya dari sudut lain,” katanya.

Menurutnya, di dunia realiti dia tetap seperti orang lain yang mempunyai perasaan.

“Namun saya akui kadang-kadang s3dih kerana kec4man yang diterima agak keterlaluan sehingga membabitkan dosa dan pahala,” katanya.

Terdahulu, Shima mendedahkan ramai memb3nci dirinya yang sama sekali tidak mengetahui sebab dan punca sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Menurutnya, dia tidak pernah mengganggu, malah jauh sekali menyusahkan kehidupan orang lain. Sementara itu, menerusi hantaran terbaru Instagramnya, dia memuat naik gambar ubat penenang yang diambilnya bertujuan menenangkan diri dari kekusvtan.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*