
Sebelum ini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada mendedahkan beberapa perbuatan mistik yang ditujukan kepadanya sehingga menganggu kerja-kerja dakwah yang dijalankan.
Ini termasuklah, kaki dan perut membengkak, keluar jarum berkarat dan yang lebih teruk ada pihak yang sanggup menyimbah cuka getah kepadanya.
Terbaharu, Ustaz Kazim memkalumkan kini mukanya pula diserang rasa pedih yang melampau sehingga terpaksa tampil mengenakan bedak sejuk ketika sesi temu bual bersama Dai’ Ahmed Ibrahim menerusi akaun Facebooknya.
“Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan ni dah berhari-hari dah… Tapi, yang peliknya kalau alahan seluruh badan, tapi ni kat muka je dan tak berlaku ditempat lain.
“Dan, kalau alahan berlaku di muka selalunya seseorang itu akan alami kesukaran bernafas tapi saya boleh bernafas, boleh bercakap. Cuma rasa pedih sahaja sebab dia luka lepuh-lepuh,” katanya.
Menurutnya, bedak sejuk dan bedak geliga yang digunakan adalah untuk mengelakkan mukanya dari terkena air dan berasa panas kerana boleh menyebabkan kepedihan melampau dan luka.
“Sekarang luka lepuh ni kalau tarik dia luka pula. Bibir saya pula dulu merah sekarang dah bertukar jadi hitam dan pecah-pecah. Dah jumpa doktor pun tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal.
“Adalah tak bagi keluar televisyen atau media sosial ke… biarlah, InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh,” jelasnya.
Malah, sesi temubual yang dikongsikan oleh Dai’ Ahmed menerusi akaun TikTok miliknya kini meraih lebih 277,000 tontonan dan rata-rata peminat Ustaz Kazim mendoakan agar dugaan dan ujian yang dihadapi oleh pendakwah terkenal ini segera mendapat kesembuhan.
Apapun, semoga Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dan digantikan rasa sakit dengan kebahagian dan pahala yang berganda-ganda. Insya-Allah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Artikel Sebelum Ini
“Kaki & Perut Membengk4k, Keluar J4rum Berkarat” – Ustaz Kazim Elias Dedah Alami Ujian Ketika…
Baru-baru ini, kita dapat melihat perkembangan dan keadaan terkini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang dilihat sukar untuk berjalan sehingga memerlukan bantuan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak.
Terbaharu, menerusi Instagram Live program bual bicara Sembang Viral, TV9 dengan topik ‘Beratnya Ujian’, Ustaz Kazim dilihat mendedahkan bahawa sepanjang kariernya menjalankan dakwah, ini bukanlah kali pertama beliau diuji dengan sa.kit ataupun perbuatan mis.tik.
“Saya pernah ceramah, tapi semasa ceramah tu sebenarnya pad / ka.ntung air ken.cing saya ada dalam jubah saya. Sebab saya sukar untuk membuang air kecil dan saya tidak mahu orang tahu saya ada masalah. Memang sa.kit, tapi saya tetap ceramah.
“Balik dari ceramah, saya pula memang jenis yang tidak tidur malam. Dah bertahun saya tidak tidur malam dan rasa apa itu nikmat tidur, nikmat mimpi. Saya memang tidak pernah rasa. Mungkin ini ujian Allah untuk saya,” katanya.
View this post on Instagram
Selain itu, Ustaz Kazim juga berkongsi ujian yang dihadapinya ketika Ramadan tahun lalu apabila beliau terpa.ksa dita.han di wad selama tiga hari akib.at per.ut memb.en.gkak seperti orang sedang men.gan.dung.
“Ramadan tahun lepas, masa tu saya ada program televisyen, 10 minit sebelum live saya tak nampak apa, masa tu saya dapat rasa perut saya mem.beng.kak, mem.bun.cit.”
“Kemudian saya terus ke hos.pital Ipoh untuk check, tapi doktor cakap tidak ada apa-apa. Masa tu perut saya sudah saiz 39 betul-betul macam orang menga.ndung.”
“Bila doktor kata tak ada apa, saya minta pertolongan pelajar-pelajar saya, makcik-makcik pondok saya bacakan doa dan masa Maghrib tu, saya mandi dengan air bidara yang dah dibacakan doa kemudian saya gosok-gosok bahagian pe.rut dan kelu.ar ja.rum yang dah berk.arat,” jelasnya.
Selain Ustaz Kazim, Ali Putih juga turut dijemput sebagai tetamu jemputan bagi episod Sembang Viral yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.
Sumber : xtra
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply