
Kali ini aku ingin kongsi cerita yang masih berkisar dengan kehidupan atuk dan nenek aku di kampung.
Kampung nenek aku ni agak mendamaikan sebab memang terletak di dalam kawasan pendalaman.
Di belakang rumah nenek ada sebatang sungai yang muaranya sangat luas kerana terletak tidak jauh dari kawasan laut.
Sungai yang mana Atuk terserempak dengan jin laut yang naik ke daratan. (refer cerita aku yang lepas)
Dulu masa kecil aku dan sepupu sepupuku selalu lah terjun tiruk masuk ke dalam sungai sampai kena hambat sebab berendam sampai ke Maghrib.
Tapi itulah kehidupan budsak budak kampung zaman dulu. Walaupun aku duduk di bandar, tapi setiap kali aku berada di kampung aku sememangnya tidak melepaskan peluang untuk ikut aktiviti dengan sepupu yang lain.
Cuma zaman sekarang je dah sunyi. Alkisah melibatkan sungai ni, pada suatu hari raya lebih kurang 20 tahun yang lepas, nenek dan makcik aku sedang sibuk memasak di dapur.
Memandangkan dapur menghala ke arah sungai, memang mudah untuk melihat sesiapa yang lalu lalang atau menuju ke arah sungai belakang rumah.
Dalam ke sibukan memasak tu, nenek sempat melihat beberapa orang kanak kanak lelaki dan perempuan berlari untuk bermain di sungai belakang rumah
Bukanlah sesuatu yang menghairankan sebab memang belakang rumah nenek terdapat satu jeti yang sering digunakan oleh penduduk kampung atau nelayan.
Sesekali kedengaran suara budak budak gelak ketawa bergurau senda bermain. Bunyi air berkocak juga kedengaran. Jadi ternyata mereka mandi manda di situ.
Nenek dan makcikku meneruskan kerja rumah seperti biasa. Sesekali menjenguk ke arah mereka. Untuk beberapa ketika makin riuh rendah suara budak budak tu bergelak ketawa.
Dan diselangi suara menjerit meminta tolong.
“Tolong! Tolong!”
Nenek aku menjenguk lagi. Tapi tidak kelihatan pula bayang budak budak tu.
Kemudian kedengan lagi suara budak budak ketawa. Jadi nenek menyangka mereka bergurau dan bermain. lagipun selalu budak budak di situ bergurau konon lemas.
Tidak lama selepas itu, nenek dan makcikku terdengar suara budak perempuan menangis panjang. Nenek menjadi semakin pelik.
Permainan apa lah yang budak budak itu main. Seraya dengan itu juga kelihatan seorang lelaki dewasa muncul menuju ke jeti sungai.
Nenek sememangnya kenal. Iti Ahmad anak Pak Mat yang duduk di bandar. Rupa rupanya budak budak tadi adalah anak anaknya bersama sepupunya.
Mungkin kerana duduk di bandar bila balik ke kampung menjadi agak excited bila boleh bermain di sungai.
Keadaan menjadi agak riuh dan kelam kabut apabila si ayah budak tu berlari menjerit meminta tolong mengatakan anaknya lemas.
Petang itu, penduduk penduduk kampung bersama sama membuat search and rescue mencari kedudukan mngsa di dalam sungai.
Setelah beberapa jam berlalu sehingga tengah malam baru selesai pencarian. Dua orang kanak kanak ditemui mti lemas dan jnazah berada tidak jauh antara satu sama lain.
Hari raya kali itu agak suram apabila ada berita kematian yang menyayat hati. Lebih lebih lagi ia terjadi hanya beberapa meter dari belakang rumah nenekku, sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluargaku.
Untuk tempoh beberapa hari sejak peristiwa itu, nenek dan makcik seringkali mendengar suara budak budak bergelak ketawa diselangi dengan suara menangis meminta tolong dari arah jeti sungai belakang rumah.
Kadang kadang di siang hari, kadang kadang di malam hari. Bila dijenguk tiada siapa di jeti.
Sejak dari hari itu, tiada lagi budak – budak yang berani terjun mandi sungai. Sehinggalah beberapa tahun berlalu, semakin tiadda yang bermain di sungai dan yang tinggal hanyalah kenangan.
Mengenai peristiwa lemas itu, dari apa yang seorang budak perempuan itu cerita, mereka bermain di atas perahu yang diikat di jeti sungai.
Dan semakin lama semakin bermain di gigi air sehingga masuk ke dalam sungai. Dalam mereka bergelak ketawa, tiba tiba si abang terkapai kapai seperti ada yang menarik dan si sepupu yang seorang lagi cuba untuk menarik si abang.
Tetapi akhirnya masing masing lemas dan hilang. Budak perempuan itu pula menangis dan meminta tolong tapi tiada siapa yang mendengar.
Hakikatnya nenek dan makcik mendengar budak meminta tolong tetapi selepas itu masih kedengaran suara budak budak bergelak ketawa.
Kata nenek, mungkin ada benda lain bergelak ketawa melihat budak budak itu lemas di dalam air. Sebab itu nenek mendengar suara meminta tolong dan gelak ketawa bersilih ganti dan bertindih.
Pakcik aku juga memaklumkan bahawa kawasan sungai belakang rumah nenek agak keras. Seperti mana apa yang pernah diceritakan oleh arwah atuk dulu..
Sungai belakang rumah nenek aku ini memang menjadi tempat kenangan sejak kecil. Tapi tetap memberi rasa yang kurang enak setiap kali ke situ. Tenag tapi seram.
Semoga roh budak budak yang lemas situ dicucuri rahmat dan dijadikan pedoman buat semua untuk tidak cuai dalam mengawasi kanak kanak lebih lebih lagi di kawasan yang merbahaya seperti sungai atau laut.
Malang tidak berbau. Tetapi waspada masih boleh menjadi sempadan terakhir dalam pengawasan kanak kanak. Apapun semuanya asbab. Sesungguhnya ajal dan maut itu pasti.
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply