Betul Betul Wedding Of The Year Ni. Terkejut RM7 Juta Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli.

Laksana bulan dengan matahari… Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.40 petang, Jumaat. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka. Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka. Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah Rm100,000 dan selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas lima.

Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini. Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis. Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta. Sumber : mStar

Tampil Dedah Wajah Bakal Isteri Dan Bakal Langsungkan Majlis Pada 19 November. Sekali Haqiem Rusly Jawab Isu Nikah Gadis Umur 19 Tahun.
Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusly telah mengejutkan para peminat apabila mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya pada 19 November (Jumaat) ini.

Bakal bernikah pada 19 November

Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli bakal melangsungkan pernikahannya pada petang dan pada sebelah malam pula akan diadakan satu resepsi secara kecil-kecilan untuk keluarga serta beberapa rakan artis sahaja. Saya akan bernikah pada 19 November. Saya akan buat nikah petang tu dan malam kita akan buat resepsi secara kecil-kecilan. Saya hanya buat jemputan untuk keluarga dan rakan artis pun tak banyak yang boleh datang.

Setelah dua tahun bersulam cinta, pelantun lagu ‘Mimpi’ ini menyatakan bahawa dia ingin menjaga privasi hubungannya. Lebih menarik lagi apabila wanita yang berjaya memikat hati Haqiem adalah rakan kongsi dan bukan seorang artis. Saya jenis menjaga privasi sebab dahulunya saya bukan seorang yang menjaga privasi dan itu memakan diri saya.

Dia seorang rakan bisnes saya. Kami berjumpa dalam bisnes dia bukan seorang artis dan kenal-kenal dari situ lah. Dia sangat sempoi. Pada pandangan saya dia sangat lengkap untuk saya. Untuk menemani saya, hidup dengan saya selama-lamanya. Saya sangat happy. Kedatangan dia dalam hidup saya banyak mengubah saya.

Haqiem Rusly gatal nak kahwin?

Apabila ditanya mengenai dirinya ‘gatal’ hendak berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, Haqiem mengatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan tidak ada istilah ‘gatal’ untuk berkahwin bagi dirinya. Saya ni bukan buat benda yang salah. Saya war-warkan benda ni. Kalau saya senyap-senyap tu ye lah. Tak ada istilah gatal nak kahwin sebab saya rasa saya dah bersedia tapi dalam masa yang sama saya nak menjadi seorang suami ni saya masih belajar apa yang sedang buat.

Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu bahawa tema perkahwinannya adalah bertemakan sky glass, namun dia memberi bakal isterinya untuk memilih tema bagi resepsi mereka. Untuk baju pernikahan kita ada Razman Razmi. Malam tu respesi kita pakai baju dari Rizman Ruzaini. Sumber : Oh Bulan

Betul Ke Sarah Suhairi Yang Bakal Bergelar Isteri Haqiem Rusli. Ini Jawapan Haqiem Rusli.
Ramai yang tahu bahawa penyanyi Haqiem Rusli bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Macam-macam nama para peminat telah sebutkan tetapi pelantun lagu Tergantung Sepi itu masih lagi mengambil pendekatan untuk mengunci mulutnya dari mendedahkan identiti wanita itu.

Di sebalik keghairahan ramai mencari siapakah wanita bertuah itu, ada pula yang bertanya adakah penyanyi Sarah Suhairi yang bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka itu

Sarah ke yang akan kahwin dengan Haqiem?

Namun jawab penyanyi yang digilai ramai wanita terutamanya dikalangan remaja itu, Sarah Suhairi bukanlah gerangan identiti bakal isteri yang dirahsiakan olehnya. Apa-apa pun, harap peminat-peminat Haqiem dapat bersabar sikit ye. Nanti mesti Haqiem bagitahu punya! Sumber:Beautifulnara

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*