Wanita Sanggup Tak C3rai Sebab Suami Terlalu Handsome

Hanya kerana si suami memiliki wajah ‘tampan’, seorang wanita tidak sanggup bercerai meskipun si suami dipercayai sering menderanya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui perbuatan kejam itu dikatakan dilakukan si suami sejak tiga tahun lalu.

Memetik laporan Mirror Press, wanita yang dikenali dengan nama Li ini berasal dari China dan telah mendirikan rumah tangga bersama si suami sejak beberapa tahun lalu. Difahamkan, pasangan ini berkenalan melalui rakan mereka dan mereka mula jatuh cinta pada pandangan pertama.

Dua bulan kemudian, mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Namun tidak lama selepas menikah, pasangan ini mula bertengkar akibat perselisihan faham. Dakwa Li, pada awalnya si suami hanya mengeluarkan perkataan kesat sahaja tetapi lama kelamaan hubungan mereka semakin teruk bahkan si suami dikatakan mula ‘naik tangan’.

Saya tidak menyangka bahawa dia akan memukul dan menendang saya.

Setiap kali apabila si suami meminta maaf, Li pasti berlembut hati dan memafkan perbuatan si suami terhadap dirinya. Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga sudah menasihati Li untuk berpisah dengan si suami namun Li enggan berbuat demikian. Malah si suami juga mengaku sudah tidak tahan dengan sikap Li yang sering mengawal kehidupannya.

Dakwa lelaki ini lagi, dia perlu melaporkan segalanya kepada Li setiap kali dia keluar rumah. Jika tidak, Li akan menuduhnya curang dengan wanita lain. Oleh hal demikian, lelaki ini nekad mahu bercerai tetapi Li berkeras dan tidak mahu berpisah dengan alasan lelaki itu adalah cinta pertamanya dan disebabkan wajah suaminya yang kacak.

Suami saya sangat kacak. Jika saya bercerai, susah untuk jumpa suami yang kacak lagi.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

      

Difahamkan, Li kini sedang hamil dan si suami berjanji akan menjaga Li dan kandungannya dengan baik. Dalam kesempatan itu, dia berharap agar isterinya itu juga akan memberi kepercayaan dan tidak bersangka buruk terhadap dirinya.

 

Saya bersedia menyetujui semua syarat suami.

Sumber: Mirror Press

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*