Ini Sebabnya “Raja Sms” Kita , Mawi Menolak Dari Menyertai Gegar Vaganza, Memang Tak Sangka Puncanya [Video]

PERNAH bergelar “Raja SMS” sewaktu zaman Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi memberitahu dia ada menerima pelbagai tawaran untuk menyertai pertandingan nyanyian termasuk program realiti Gegar Vaganza.

Bagaimanapun, Mawi atau Asmawi Ani, 38, berkata, dia terpaksa menolak berikutan tidak mahu berdepan dengan tekanan yang tinggi.

“Pertandingan akan beri tekanan, itu pada sayalah kalau orang lain saya tak tahu.

“Setiap minggu kita akan dapat lagu baru, lepastu nak kena hafal lagu tu satu, nak kena hafal lirik dan melodi dengan dalam masa agak singkat sebenarnya,” katanya kepada mStar.

Tambahnya, persembahan di atas pentas pertandingan terlalu mendebarkan berbanding melakukan persembahan biasa di hadapan penonton.

“Bila kita buat show yang bukan pertandingan, enjoy dia lain,

“Walaupun dalam pertandingan kita nak buat macam… eh enjoy je macam show biasa, tetap tak boleh sebab kita tahu depan tu ada pengkritik,” ujarnya.

Jelas penyanyi berusia 38 tahun lagi, dia setakat ini belum bersedia untuk menyertai program mana-mana pertandingan nyanyian yang lain.

“Sejujurnya, buat masa sekarang saya tak mahu sertai apa-apa pertandingan nyanyian. Terdahulu GV ada tawarkan kepada saya untuk sertai program berkenaan. Malah sebelum GV pun, saya ada juga dapat tawaran untuk masuk Gema Gegar Vaganza.

“Akan tetapi saya pilih untuk menolak cara baik sekaligus tak sertainya,” kata Mawi.

Ini kerana, Mawi merasakan dia rasa bimbang sekiranya tidak mampu memberikan komitmen sebaiknya di dalam pertandingan yang disertai.

“Takut juga kalau tidak boleh nak beri komitmen yang penuh sebab fokus dalam pertandingan ni bukan biasa-biasa. Misal kata saya ambil tawaran tersebut, saya dah tak boleh nak buat benda lain.

“Misalnya saya sudah pernah lalui waktu dalam pertandingan zaman Akademi Fantasia sebelum terjun dalam bidang seni. Jadi sedikit sebanyak saya ambil pengalaman dan tahu macam mana ‘rasa’ dia dan komitmen bagaimana saya perlu berikan.

“Jadi, sekarang saya pilih untuk tidak masuk bertanding dalam apa-apa program seumpamanya dan selesa macam ini,” katanya lagi.

Mawi ditemui media pada sesi makan tengahari bersama barisan penyampai stesen radio Zayan FM di The Lembah Grillerz, Seri Kembangan pada Selasa.

Majlis tersebut dianjurkan bersempena dengan ulang tahun penubuhan stesen radio berkenaan yang ke-4 di samping memperkenalkan pendakwah bebas, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin sebagai penyampai baru di dalam segmen Zayan Hujung Minggu.

Dalam pada itu, Mawi berkata, pertandingan nyanyian memerlukan dia untuk memberi komitmen yang tinggi yang menghalangnya untuk memberi fokus kepada kerjaya sebagai penyampai radio Zayan FM.

Untuk rekod Mawi pernah menjadi juara Akademi Fantasia musim ketiga dan memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABP) selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2005, 2006 dan 2007.

Sedikit Trivia Mawi

Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, beliau telah tersingkir daripada konsert prelud namun diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Mawi memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua.

Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

MAWI - ADUH SALIHA (LIVE FINAL) - YouTube

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti M. Nasir . Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa “World” dan seringkali disahut oleh peminatnya, “Mawi World!”. Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Ina .

Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Ina tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor.

Saya Masih Pakai Kereta Ni Sampai Sekarang" - Mawi Imbas Detik Kemenangan Akademi Fantasia 3 | Gempak

Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Sedikit Flashback

Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat dari negeri Johor juga .Majlis pernikahan akan diadakan di masjid Johor Bahru .

Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari 2008, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.

Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF). Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.

Beliau kini banyak terlibat dalam bidang pengarahan dan perfileman.

Sumber Mstar/Mediahiburan

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*