Waris mangsa MH370 masih mengharap pesawat ditemui

SELEPAS lapan tahun kehilangan pesawat MH370 masih menjadi misteri, namun dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey bahawa telah mengesan kedudukan pesawat malang yang kini berada di barat Perth, Australia mendapat perhatian netizen.

Biarpun masih menjadi teori, namun wakil waris kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 Anne Nathan iaitu Grace S. Nathan, 34, berharap ada sinar harapan kepada mereka untuk mengetahui di mana pesawat itu sebenarnya berada.

“Mengenai dakwaan itu pihak kami sudah meminta pakar dari negara kita menyemak kembali sama ada betul atau tidak.

“Kami juga berharap penemuan yang baharu ini akna membolehkan pencarian pesawat yang hilang itu dimulakan kembali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Grace berkata, biarpun sudah lapan tahun berlalu, dia tidak pernah berasa putus asa dalam usaha mencari jejak terakhir ibunya.

Malah, katanya, selagi tidak mempunyai bukti dan kapal itu tidak dijumpai, dia masih menganggap ibunya masih hidup.

“Walau sudah lapan tahun berlalu saya memang tidak boleh cakap pasal ibu saya dalam past tense, saya cakap mengenai ibu saya dalam present tense,

“Saya tidak pernah boleh sebut dari mulut saya sendiri bahawa ibu saya sudah tidak ada saya tak pernah sebut,

“Saya percaya benda ni boleh dijawab jika kapal terbang itu dijumpai,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod seramai 227 penumpang dan 12 orang krew yang terlbat dalam misteri kehilangan MH370.

Misteri kehilangan pesawat MH370 berlaku pada 8 Mac 2014.

MH370 ‘trending’ selepas jurutera British d4kwa temui lokasi sebenar pesawat terhempas – “Masihkah ada harapan”

KISAH pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tujuh tahun lalu menjadi trending di media sosial selepas seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan bangkai pesawat itu.

Menurut BBC, Richard Godfrey percaya dia telah berjaya mencari lokasi terakhir pesawat itu terhempas.

Beliau mendakwa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, iaitu 2,000km di barat Perth, Australia.

Laporan itu menyatakan bahawa Godfrey telah menggabungkan set data yang berbeza daripada domain yang berasingan.

“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat dengan data prestasi Boeing, data oseanografi, dengan data yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR).

“Serpihan itu boleh terletak sejauh pada kedalaman 4,000 meter,” katanya kepada BBC.

Dalam temu bual berasingan dengan program rancangan sarapan pagi Australia Sunrise, Godfrey juga berkata bahawa dia ‘sangat yakin’ telah menemui pesawat itu.

Beliau juga mendakwa bahawa pesawat yang terhempas itu adalah ‘tindakan keg4nasan dan ramp4san’ tetapi terbuka kepada teori lain jika pihak berkuasa berkongsi maklumat lanjut.

Pada 2014, pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 individu termasuk 227 penumpang dan 12 anak kapal, sebelum ia hilang daripada radar.

Pencarian awal yang diketuai Australia di Lautan Hindi gagal mengesan pesawat yang hilang itu, menyebabkan misi pencariannya ditamatkan pada Januari 2017.

Pencarian diteruskan oleh Ocean Infinity pada 2018, namun tetap gagal menemui petunjuk. – THE STAR

 

MH370 kekal misteri selepas hilang 7 tahun lalu

Pada 8 Mac 2021, genap tujuh tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Walaupun lama telah berlalu, dunia masih buntu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu.

Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.

Malah penemuan beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselaj pesawat di Lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai bagaimana pesawat berkenaan boleh menyimpang jauh dari laluan asalnya.

Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang yang berada di dalam pesawat itu, enam tahun merupakan tempoh penantian yang menyeksakan bagi mendapatkan jawapan dan setiap kali ulang tahun kehilangan pesawat itu, keluarga dan sahabat akan mengenang nasib mereka yang hilang itu.

Pencarian secara meluas oleh pelbagai negara dijalankan sejurus selepas pesawat hilang dan pencarian khusus kemudiannya menggunakan peralatan laut dalam yang canggih selama berbulan-bulan juga gagal untuk menemui bukti yang mencukupi untuk merungkai teka-teki.

Bagaimanapun, terdapat ura-ura pada awal tahun ini, usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula beberapa bulan lagi.

Mengulas mengenai perkembangan terkini itu, pakar penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, sebarang penyambungan semula pencarian perlu berdasarkan kepada petunjuk baharu yang boleh dipercayai, yang kini belum wujud.

“Kita perlu merancang pencarian bukannya memperkatakan (mengenai sentimen) dan terlibat dalam kerja sia-sia. Kita tidak boleh memberi harapan palsu yang boleh mendatangkan lebih banyak rasa tidak puas hati kepada waris,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Setiap tahun, ada sahaja teori baharu muncul mengenai MH370 dan akan dipatahkan oleh pihak berkuasa, sama ada daripada Malaysia, China atau Australia, pihak yang terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga belum membuat sebarang keputusan untuk memulakan kembali pencarian memandangkan tiada petunjuk baharu. Kementerian juga perlu berunding dengan China dan Australia sekiranya keputusan dibuat untuk melancarkan semula pencarian.

Penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, Kementerian Pengangkutan tepat dalam keputusan tidak menjalankan pencarian tanpa bukti baharu.

Abdul Rahmat Omar, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia, mencadangkan dalam keadaan semasa, mungkin Kementerian Luar boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya di Madagascar, La Reunion dan negara-negara barat daya Afrika.

“Kerajaan negara-negara yang terlibat boleh diminta untuk mengeluarkan notis memberitahu pihak berkuasa tempatan masing-masing di kawasan pantai sekiranya mereka menjumpai sebarang benda yang mungkin dikaitkan dengan pesawat malang itu.

“Ini mungkin membantu mengecilkan kawasan lokasi terakhir pesawat,” katanya.

Sementara itu, Geostrategis Azmi Hassan berkata sebarang usaha pencarian akan melibatkan kos tinggi dan dengan itu perlu ada bukti baharu yang cukup kuat untuk membolehkan pencarian semula dilakukan.

“Bukti baharu yang diuar-uarkan baru-baru ini sebenarnya banyak berlandaskan model arus laut berbeza yang juga digunakan sebelum ini,” katanya.

Ringkasnya, tanpa sebarang bukti baharu, misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia ini akan kekal tidak terungkai. – Bernama

Video Terdahulu

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*