[Video] Ibu Muda Jual Air Tebu Tepi Jalan Sambil Gendong Bayi 3 Bulan tapi ini yg buat kami lebih terharu ….

Semalam tular gambar seorang ibu muda yang menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan. Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar Tawau, Sabah.

Kisah ibu muda yang dikongsikan di laman Facebook Vitaminbae ini mendapat hampir 1,500 perkongsian.

air tebu

Cuba Nasib Jual Air Tebu Segar

Menurut Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama 3 hari. Air tebu yang dijual juga semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya. Mereka akan menggiling tebu pada awal pagi untuk dijual pada tengah hari. Air tebu tersebut dibotolkan dan dijual dengan harga RM5 bagi sebotol bersaiz 1.5liter.

air tebu

Berikut perkongsian Vitaminbae :

“Semalam, ramai kawan² di Fb ni tag kami berkenaan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan² yang prihatin, jazakumullah kheir..

Alkisahnya, perancangannya ingin mencari akak ni petang hari. Sekitar jam 2 kami melalui tempat ini, rezeki berjumpa dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya. Alhamdulillah.

Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!

Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan² semua dengan memborong semua air tebunya.

Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi² dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yg diuji dengan s4kit lumpuh. Allahu akbar..

Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan. Amin. Terima kasih.”

air tebu

Alhamdulillah, jualan ibu ini mendapat sambutan orang ramai. Malahan ramai yang ingin memborong jualannya. Hebatnya semangat seorang ibu.

Kisah ibu muda ini juga telah dikongsikan di Facebook 8channel.

?????? ??????? ???????? ????? ??????? ?????
Saudara Ismail Sabran di Tawau hari ini berjumpa dengan ibu yang diviralkan menjual air tebu di kawasan Amber Park dengan niat ingin membeli jualan ibu ini.
Tapi beliau diberitahu jualannya untuk hari ini telah habis diborong oleh ustaz Mr Bie dan sedang menunggu orang ramai untuk singgah mendapatkannya secara percuma. Sebab itulah saudara Ismail Sabran pula ambil keputusan terus membayar jualannya pada esok.
Warga Tawau selalunya murah hati dan penyayang !! Semogalah anda yang sentiasa menyantuni golongan kurang mampu dikurniakan rezeki seluas lautan atas kebaikan yang dilakukan.

air tebu

Lihat video penuh kisah ibu ini di : Youtube

Semoga ramai yang terinspirasi dengan semangat ibu ini. Semoga urusan ibu ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat beliau dan keluarganya.

Sumber : mypendidik

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*