Dipercayai Suami Panas B4ran Pec4hkan Cermin Kereta lsteri Dan Ini Penjelasan Dari Wanita Tersebut…

Masalah rumah tangga dalam kalangan orang muda ketika ini semakin kerap berlaku.

Benarlah orang kata ujian dalam perkahwinan memang berat dan hanya mereka yang sabar dan matang mampu menghadapinya.

Semalam tersebar video menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta seorang wanita yang ada dalam kereta bersama anak-anaknya. Lelaki itu dipercayai suami kepada wanita terbabit dan difahamkan dalam proses penceraian.

Video yang tersebar itu mendapat perhatian netizen selepas tindakan lelaki itu membahayakan anak-anaknya sendiri. Ini apabila dia bertindak memecahkan cermin kereta dan netizen bimbang kaca cermin yang pecah terkena anaknya yang duduk di depan.

Berhati-hati sebab suami ugut nak rampas dan bakar kereta

Mangsa yang dikenali sebagai Amira Nabila menceritakan perkara sebenar di Facebook miliknya sebelum ada mana-mana pihak mereka cerita. Mangsa turut mendakwa mereka sudah lama tidak duduk sebumbung sejak bulan April 2021 dan dalam proses penceraian.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

         

       

Melihat pada ruangan komen, ramai yang geram dengan tindakan suami yang tergamak melakukan perbuatan itu di depan anak-anak. Ada juga yang mencadangkan agar wanita terbabit membuat laporan polis kerana takut diapa-apakan.

Wanita itu menjelaskan yang dia berbuat demikian kerana sebelum ini dia pernah membuka tingkap penuh namun dokumen penting dirinya telah dibawa lari.

Beberapa ‘drama’ dan ugutan yang diperoleh daripada suaminya ini membuatkan dia lebih berhati-hati dan tidak sangka kali ini tingkap keretanya diperlakukan sedemikian.

Nasib menyebelahinya dan anak-anak kerana tidak ada sebarang kecederaan beraku.

Untuk mengelakkan daripada salah faham orang ramai, Amira menyatakan yang dia dan suami dalam proses bercerai dan sudah berbulan tidak tingga sebumbung.

“Kami dalam proses penceraian , dan sudah tak duduk skali sejak april 2021.

Jadi statmnt ni aq bawa kluaq sesiap sebelum ada orang lain dok plotwist certa jadi kot lain lepas tu dok claim aku putaq belit bagi caca merba keadaan ka apa ka aku ada video ni sbagai bukti.” tulisnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen dengan mengakui ‘seram’ melihat tindakan lelaki berkenaan.

Mereka juga berasa geram apabila suami yang diharap menjadi pelindung keluarga berperangai biadap seperti itu lebih-lebih lagi dihadapan anak-anak yang masih kecil.

Komen warganet,

Sumber: Facebook Amira Nabila

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*