Tiada Ribut ! Penyampai Radio Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri berc3rai tetapi janji sepakat jaga anak

TIADA angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali pada Rabu memaklumkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama. Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, yang berkongsi berita duka itu di Instagram berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua… Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” ujarnya.

fizi ali kila dedah tarikh nikah

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018.

Dalam pada itu Fizi berkata, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena, 2, bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

fizi

“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini

Pasangan ini dikurnia seorang anak perempuan Ameena yang berusia dua tahun.

“Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda.

“Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” ujarnya.

Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Biodata Fizi Ali

Nama Penuh: Muhd Hafizudin Alimudin

Nama Komersil: Fizi Ali

Tarikh Lahir: 1989

Umur: 32 Tahun (2021)

Asal: Kota Tinggi, Johor

Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara dan Pelakon

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Kurma Ajwa dan Tuty Polkadot

TV Host: iPopular, Selfie Stailo dan Dr. Siber

Facebook: facebook.com/fizi.ali.56

Twitter: twitter.com/fizi_ali

Instagram: instagram.com/fizialisuria

E-mail: fizi@suriafm.com.my

Biodata Shakilla Khoriri

Nama Penuh : Nur Shakilla binti Mohamad Khoriri

Nama Popular : Shakilla Khoriri

Tarikh Lahir : 28 June 1989

Asal : W.P Kuala Lumpur

Keluarga : Anak pertama daripada dua adik-beradik

Agama : Islam

Umur : 32 tahun (2021)

Warganegara : Malaysia

Hobi : Bersukan dan mengembara

Kerjaya : Pelakon

Populariti : Sebagai pelakon drama TV

Drama / Telemovie : Seteguh Impian, Bagi Balik Jandaku, Akademi Polis, Adnan Sempit The Series, Duyung Aridinata, Rumi & Juli, Bicara Hati, Cinta Kau Dan Aku, Kerana Sarah, Lembayung Kasihmu, Kusinero Cinta, Kristal maya, Cinta Ilahi, Orang Gaji IQ, Bidadari, Kasih Malisa, Maris Terindah, Alif Imani, Kasih Jasmin, Anakku Diva, Aku Bukan Bimbo, Udan Dan Dara, Jasmine, Cinta Gila, Cempaka Padang Lerek, Andai Itu Takdirnya, Dari Pintu NerakaAlim-alim Kucing, Berhantunya Raya, Aku Isterinya, Delina, Erna Shuraya, Nasi Minyak Kuah Cinta, Kapur Kuning Buat Puteh.

sumber:mstar

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*