Selepas Diselar Mak Sendiri , Aliff Syukri Tampil Tunjuk Dokumen “mak sy tu dia x faham sy” Dan Terbaru Isterinya Pulak +ve Covid

PETALING JAYA – “Minta maaf dengan netizen tetapi dengan mak sendiri kau tak buat.”

Demikian respons usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim mengenai tindakan anaknya iaitu ahli perniagaan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang memohon maaf kepada netizen selepas disahkan positif C00vid-19 tahap tiga semalam.

Menurut Rozita dalam satu hantaran Instagram, dia mempertikaikan tindakan Aliff yang terlalu menjaja tentang keadaan kesihatan dirinya bagi meraih simpati ramai.

“Kau memang raja viral dan tak ada kerja di sana. Wasiatkan semua harta kau kepada Datin Shahida dan anak-anak, beri sedikit kepada mak juga.

“Kau janganlah nak poyo sangat, tangan gatal menaip bagai nak rak. Hadis dan doa mana entah yang kau muat naik,” katanya.

Tambah pengasas jenama Sendayu Tinggi itu, disebabkan tindakan Aliff, dia dan beberapa ahli keluarga lain menjadi mangsa kecaman netizen.

“Sekarang yang jadi mangsa kecaman netizen ialah mak, Shahida dan ahli keluarga lain. Kau jangan cari pasal, mak serang kau di sana nanti.

“Sejak balik (dari Turki) memang kau dah sakit dan sekarang sudah sihat. Duduk di hospital seorang diri jangan beri orang lain risau dan jika sudah sembuh pun tak perlu nampak nazak.

“Mak menangis suruh kau periksa kesihatan sebelum ini tetapi kau tak mahu dengar. Kau seorang saja yang sakit, sudah sembuh tetapi janganlah kongsi seperti sedang nazak sangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu telah memberi amaran kepada Aliff tetapi tidak dibalas sehingga hari ini.

“Mak ‘sound’ Shahida tetapi kau tak balas mesej dan jawab panggilan mak. Ini mak tegur terus, biar kau rasa. Nak sangat viral kan? Mak pula yang kecam kau.

“Muat naik hantaran minta maaf dengan netizen tetapi dengan mak sendiri tidak. Sebelum neyizen, lebih baik mohon ampun dengan mak dulu,” ujarnya lagi.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Aliff mengesahkan dirinya dijangkiti C00vid-19 tahap tiga yang menyerang bahagian paru-parunya.

Lebih menyentuh jiwa ramai, akibat risau pendek umur, pelakon filem Badang itu turut memohon maaf sekiranya pernah menyakiti hati mana-mana netizen atau individu sebelum ini.

Untuk rekod, sekitar Mac lalu, Rozita pernah menyelar mutu vokal dan muzik video untuk lagu berjudul Asal Bahagia dan menegur anaknya kerana suka membuat gimik murahan.

Mak saya tak faham saya”

Tidak berdiam diri, Dato Aliff tampil memuat naik dokumen bukti yang menunjukkan yang beliau memang di jangkiti C0vid peringkat ketiga

“Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih yang telah mendoakan kesihatan saya.. Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital 4-5 hari yang lepas dan skrg masih di wad hospital damansara bukan sekadar gimik ya .. sy memang x nak infom sesiapa waktu sy tengah lemah sgt sbb sy pitam terlalu sakit.. bila sy dah sedar dan beransur pulih baru sy posting bedio tu… sebab ramai juga yang ingatkan saya sengaja atau demam biasa..lgi2 mak sy tu dia x faham sy sebab tu saya posting sekali dengan surat pengesahan sy C00VID stge 3..”

“ramai juga yang cakap kenapa saya punya tempat hospital cantik sebab saya duduk hospital swasta sy pilih bilik yg cantiklah… bukan kerajaan yg ditanggung insuran ( innsyuran akan bayar bila u stage 3 keatas sahaja ya) .. soalan kenapa sy boleh makan buah2 sedap ( sbb sy dah recover) bukan masa nazak sakit tu sy makan… Okkk apa lagi nak tanya? Byk sgtt makcik bawang kurang kerja di siniterima kasih kpd puan @norhidayatimahali wakil insurans saya yang menguruskan kos rawatan saya kalau nak bayar mahu keluar kereta Viva sebiji”

Rata-rata pengikut beliau terus mendoakan Dato Aliff

“Rehat dato.. Cepat sembuh bagi kami gembira.. Takde soalan.. Doa je ada”

“Adoii soalan knp hospital cntik dh sah2 laa golongan dato aliff akan pilih swasta”

“Insurance akan bayar stage 3 and above WITH active in-patient treatment such as ventilation support, oxygen support, intubation or intravenous medication. If takde treatment ni, doc diagnosed u stage 3 pon u cannot claim.”

“Geram tengok ada yang posting cakap dato tipu , tak kena kat batang hidung sendiri takpe .. ingat orang nak sangat ke dapat peny4kit macam ni ..”

 

Selepas ibu Aliff Syukri ‘sound’ berlakon nazak, isteri pula positif Covid-19

BERITA usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri yang dijangkiti Covid-19 setelah pulang dari Turki mengundang persoalan ramai tentang kesahihannya kerana dianggap hanya gimik.

Enggan berdiam diri tentang isu kesihatannya, Aliff akhirnya berkongsi salinan laporan perubatan daripada sebuah hospital di Damansara.

Lebih menguatkan dakwaan dia sememangnya positif virus maut itu, isterinya pula iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut mengaku dia dijangkiti Covid-19 pada lewat petang Khamis.

“Ramai menanti. Baru dapat result petang ni. Kontak rapat, saya pun positif. Alhamdulillah anak-anak semua sihat.

“Doakan saya cepat sembuh,” kata Nur Shahida menerusi perkongsian di Instagram.

270150075_140362665054686_62753184607418034_n

Shahida memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya.

Pada Rabu Aliff mengundang simpati dan keresahan ramai apabila memaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 tahap tiga selain memohon maaf kerana bimbang usianya tak panjang.

Namun ibu Aliff yang juga usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu yang dilabel sebagai ‘raja viral’ kerana menjaja tentang isu kesihatan bagi meraih simpati ramai.

“Ramai menanti. Baru dapat result petang ni. Kontak rapat, saya pun positif. Alhamdulillah anak-anak semua sihat”

NUR SHAHIDA

ISTERI ALIFF SYUKRI

“Mak geram dengan kau Kri (Syukri), memang Covid-19 tahap 3 tapi dah sembuh.

“Dok sana (hospital) seorang diri jangan bagi orang risau. Dah sembuh pun, tak payah nampak nazak sangat. Dah sihat pun post macam nazak,” katanya.

Tambah Rozita yang turut sama dalam percutian ke Turki pada 15 Disember lalu, dia tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

 

“Posting minta maaf kat netizen. Habis kat mak tak nak minta maaf? Sebelum minta maaf kat netizen, baik minta maaf kat mak dulu.

“Kau jangan nak poyo sangat Syukri, kau jangan cari masalah,” luahnya lagi.

Dalam pada itu Aliff turut membalas bebelan Rozita dan berkata hatinya terluka dengan tindakan ibunya itu.

“Sampai hati mak cakap macam tu, mak tak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka,” katanya.

 

Sumber : Trendingsangat / Mstar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*