
Sejak semalam, tular berkenaan pengakuan mengejutkan seorang pendakwah yang dikenali di media sosial apabila mengaku tidak mengambil suntikan vaksin dan membawa para jemaah yang turut tidak divaksin menunaikan umrah.
Pengakuan jujur ini telah dibuat menerusi akaun rasmi Instagramnya baru ini, dan ustaz yang dimaksudkan adalah Abu Syafiq.
“Saya mengaku saya tidak menerima vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Arab Saudi. Vaksin MM, sebab vaksin ni sudah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni.
“Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian utk mereka bergelar ‘pakar’,” tulisnya menerusi Instagram.
Macam2 hal
Dia juga menuduh bahawa vaksin itu merupakan salah satu mata pencarian golongan ‘pakar’ dalam kesihatan dan suntikan tersebut mempunyai tamat tempoh.
Susulan daripada ‘keberaniannya’ dengan pengakuan tersebut, ramai warganet yang mulai berang kerana merasakan tindakannya boleh membuatkan nama baik Malaysia tercemar.
Peh. pic.twitter.com/yQEYZmxpu8
— Mag (@magmalaya) January 10, 2022
Melihat perkongsian yang menerusi tangkap layar tersebut, pelbagai persepsi telah dibuat oleh pengguna media sosial, malah tidak kurang ada yang mengecam tindakan berkenaan.
“Jangan disebabkan ustaz, Malaysia kena banned dari menunaikan Haji,” komen Akhmal_Zainudin.
“Tergamak kau menipu, kau ni manusia ke bala tentera d*jj*l,” komen Nonimin2307.
Lapar perhatian je ni
Mana tidaknya, jika berita tersebut sampai ke Arab Saudi, bimbang pihak mereka akan menyekat kehadiran jemaah dari Malaysia untuk beribadah ke sana susulan vaksin merupakan salah satu syarat untuk membolehkan masuk ke negara itu.
Bimbang kuota haji/umrah diturunkan
Kalau beramal tapi menipu macam mana tu?
Sememangnya ramai yang pelik bagaimana pendakwah tersebut boleh membawa jemaah umrah sedangkan Arab Saudi mewajibkan orang luar untuk melengkapkan suntikan vaksin untuk pergi ke sana.
Walau bagaimanapun, diharap orang ramai dapat bersabar dan membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas tindakan tersebut kerana bimbang ada salah faham daripada mana-mana pihak.
Apa-apapun, kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar tiada sebarang penularan wabak berjangkit yang lebih serius di dalam negara.
Sumber: Instagram ustazabusyafiq, Twitter @magmalaya
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply