Sijil vaksin p4lsu: 5 pembeli sedia jadi saksi

LIMA individu sedia menjadi saksi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes sijil vaksinasi palsu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kesemua mereka dikenal pasti pernah berurusan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 dengan seorang doktor klinik swasta di Marang yang ditahan polis, pada Sabtu lalu.

“Buat masa sekarang lima individu sudah bersetuju untuk menjadi saksi dan mereka akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes.

“Semua mereka mengaku tidak divaksin tapi telah menerima kad vaksin mengesahkan mereka sudah disuntik dos pertama vaksin Covid-19, mereka juga sudah membuat bayaran kepada suspek,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor berusia 51 tahun ditahan jual sijil vaksin palsu kepada golongan antivaksin

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu di Dewan Redang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kuala Terengganu, pada Rabu.

Pada majlis itu, Senior Asisten Komisioner Norhalid Kimi yang bersara wajib pada Rabu menyerahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Terengganu kepada Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Menurut Rohaimi, polis sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk mengenal pasti lebih ramai individu mendapat sijil vaksinasi tanpa suntikan di klinik swasta berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang mendapat vaksin Covid-19 di klinik swasta itu tampil secara sukarela bagi membantu siasatan kerana jumlah individu mengisi surat kebenaran vaksin melebihi 1,900 orang.

Rohaimi berkata, setakat ini siasatan berjalan lancar dan suspek utama berusia 51 tahun akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis sementara menunggu arahan pihak pendakwa raya selepas tempoh reman berakhir.

Sumber – Sinar Harian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*