Kedai Femes Kat KL Buat Hal… “Pengotor”

Menerusi perkongsian video yang dipercayai milik pekerja restoran tersebut, restoran berkenaan telah mengabaikan kebersihan di dapur termasuk melenyek kentang menggunakan botol.

Video berdurasi 21 saat itu memaparkan pekerja restoran menggunakan air di dalam bekas kotor dan merenjis ke dalam kuali.

Lebih menggelikan, ayam yang telah digoreng diletakkan di atas dapur memasak tanpa beralaskan pinggan dan dibiarkan terdedah tidak bertutup.

Malah, pekerja yang memasak juga dilihat tidak memakai apron mahupun hairnet ketika memasak. Lantai di restoran itu juga basah dan terdapat pekerja yang membuat kerja di atas lantai.

Ini sudah melanggar etika penyediaan makanan. Tolonglah tutup restoran ini. Kembang tekak lepas tengok. Hairan juga sebab setiap malam ramai orang datang, siap kena beratur, tulis seorang lagi warganet.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen turut berasa geli kerana restoran tersebut selalu dikunjung ramai dan boleh dikatakan tumpuan orang ramai apabila ke ibu kota.

 

 

 

 

Sumber : OM / twitter

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*