[VIDEO] Pengeluaran RM10,000 Secara One-Off xBoleh Tapi Bagi RM2.5b pinjaman tanpa cagaran Syarikat Judi Genting HK Tengku Zafrul digesa jelas isu pinjaman kepada Genting Hong Kong “Tengku Zafrul digesa jelas isu tersebut”

Masyarakat nampaknya masih rancak dengan perdebatan dan berharap agar kelulusan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off dilakukan segera.

Namun, menurut Perunding Kewangan, Ieza Yusuf, kurangnya kesedaran dari segi pengurusan wang dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini merupakan faktor utama mengapa pihak terlibat gagal bangkit dari kemiskinan.

Bagaimanapun, Ieza bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa ramai ahli KWSP akan bersara pada garis kemiskinan jika pengeluaran tambahan dilaksanakan.

Namun, itu tidak bermakna pengeluaran KWSP secara one-off tidak boleh dilakukan.

“Pendapat saya sebagai perancang kewangan, dalam keadaan semasa berlakunya wabak pandemik C0VID-19 dan bncana banjir, rakyat berada dalam fasa gngguan emosi. Sebab itu, solusi yang ada hanya (pengeluaran) KWSP.

“Saya bersetuju untuk orang yang ada jumlah wang RM10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki emosi itu dahulu. Tetapi dengan syarat, kita mesti tahu ilmu cara mengurus,” jelasnya.

Tegasnya lagi, adalah lebih baik sekiranya bakal pengeluar wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang mereka agar wang tersebut dapat diurus dengan baik dan teratur.

Terbaharu, Tengku Zafrul menerusi hantaran dilaman Facebook miliknya, tampil menjelaskan mengenai isu Pengeluaran Khas i-Citra dan implikasinya terhadap keluarga Malaysia, perniagaan dan ekonomi negara.

VIDEO:- Sila Click link

Bagi penjelasan Isu Pengeluaran Khas i-Citra Bahagian Kedua ini, saya akan menjelaskan implikasinya terhadap #KeluargaMalaysia, perniagaan dan ekonomi negara. ⠀


InsyaAllah, menerusi penjelasan ini, anda akan lebih maklum mengenai impak

– Sumber dipetik dari Xtra, Awani, Facebook

RM2.5b tanpa cagaran: Mana pejuang Melayu-Isle, tiba-tiba mereka jadi pekak, bisu?

Isu pinjaman syarikat judi tanpa cagaran yang menjejaskan KWSP, PNB dan KWAP bukan lagi fitnah tetapi satu skandal memalukan dengan nilai dana sebesar 1MDB iaitu RM2.6 bilion.

Bagaimanapun timbul persoalan bagaimana amalan memberi pinjaman tidak mewajibkan cagaran sebagai kolateral dengan nilai pinjaman RM2.5 bilion dibenarkan.

Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata amalan ini bercanggah dengan prosedur pinjaman yang mendedahkan bahaya kepentingan pemegang taruh dari KWSP, PNB dan KWAP yang dimiliki kerajaan.

Siapakah yang bertanggungjawab sehingga amalan tanpa cagaran ini membawa risiko besar kepada dana kepentingan negara yang sepatutnya diperlukan pada fasa pemulihan yang sedang dilalui negara.

“Mereka perlu dipertanggungjawabkan di hadapan sebuah Inkuiri Siasatan Bebas Diraja demi mengembalikan kepercayaan institusi perbankan kepada orang ramai dan demi kepentingan dana awam yang diamanahkan,” kata beliau dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkakta, Rakyat Malaysia khususnya pengundi Johor sepatutnya menjadikan kes ini sebagai iktibar dan menerima kenyataan bahawa Kerajaan Melayu-Islam Tanpa Mandat yang terbentuk atas pengkhianatan politik membawa semua bala ini.

Mujahid juga berkata, kerajaan BN ditolak kerana soal integriti dan hari ini mereka kembali tanpa mandat bersekongkol dengan para pengkhianat atas kewajaran perkauman agama yang sempit.

“Sememangnya pengkhianatan membawa bala demi bala kepada negara, hentikan rantaian dengan menolak parti perosak negara, para pengkhianat serta para penunggang agama.

“Mana suara para pejuang Melayu-Isle? Beranikah mereka sama-sama menuntut satu Suruhanjaya Bebas?

“…tiba-tiba mereka jadi pekak, bisu dan buta-tuli serta tidak berakal!”soalnya.

Beliau turut mempersoalkan di manakah Pematuhan Syariah dalam pelaburan KWSP, PNB dan KWAP sedangkan dana ini dipinjamkan kepada syarikat judi yang jelas bertentangan dengan piawaian pematuhan syariah.

Memburukkan lagi katanya, pinjaman tanpa cagaran juga tidak mematuhi kehendak syariah kerana amalan ini tidak menjaga kemaslahatan kedua belah pihak serta menjejaskan kepentingan dana awam.

“Kepatuhan Syariah dalam pelaburan bukan sekadar retorik tetapi perlu menjadi rujukan asas demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

“Kerajaan Melayu-Isle dituntut membuat penjelasan bilakah diluluskan dan adakah benar Menteri Kewangan hari ini adalah pihak yang bertanggungjawab mengepalai projek pinjaman ini atas nama pulangan beruntung pelaburan.

“Menteri Kewangan hari ini perlu meletak jawatan sehingga sisasatan bebas dilakukan kerana jika tidak, Menteri Kewangan hari ini punya kepentingan bercanggah dan beliau berpotensi salahguna kedudukannya untuk menutup kes,” ujarnya lagi.

Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan secara bermandat, fitnah pembohongan ke atas Tabung Haji (TH) dicanang sebagai kempen keji kononnya kami tidak memelihara kepentingan Islam walaupun terbukti kami berjaya pulihkan TH yang dirosakkan oleh BN sebelumnya.

KWSP, PNB dan KWAP adalah dari dana awam kerajaan berstatus Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mempunyai kepentingan rakyat.

GLC ini adalah pemegang taruh utama dalam skandal yang dikaitkan dengan pinjaman RM2.5 bilion tanpa cagaran kepada Syarikat Judi Genting HK milik rakyat Malaysia di mana tiga bank yang bertanggungjawab adalah Maybank, RHB dan CIMB.

Di atas kepentingan awam rakyat perlu penjelasan dari Kerajaan Melayu-Isle kenapa episod malang ini boleh berlaku.

Terbaru Penjelasan Dari Tengku Zafrul 

 

SHAH ALAM – Pemberian pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong bukan ditentukan oleh Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebaliknya menjelaskan keputusan itu ditentukan oleh bank-bank yang terlibat.

Beliau berkata, setiap bank mempunyai proses usaha wajar (due diligence) dan penilaian kredit oleh Jawatankuasa Kredit masing-masing bagi menilai keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.

“Dari segi dasar, Bank Negara Malaysia telah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi, dan selagi bank-bank ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka bebas untuk memberi pinjaman mengikut budi bicara mereka,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Penjelasan yang dibuat Tengku Zafrul itu bagi menjawab isu yang dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan Genting Hong Kong yang hangat diperkatakan ketika ini.

Tambah Tengku Zafrul, menyentuh mengenai peranan Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemegang saham dalam bank-bank yang terlibat, katanya, pemegang saham tidak terlibat di dalam operasi harian sesuatu syarikat.

Katanya, operasi harian bank diserahkan kepada pengurusan bank itu sendiri.

“Jika Menteri Kewangan atau pemegang saham campur tangan di dalam urusan harian bank-bank di Malaysia, jelas sekali ini tidak betul dari sudut governans dan tadbir urus.

Sumber : SH

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*