Terkini! Kanak-kanak 5 tahun jatuh perigi sedalam 32 meter disahkan meninggal dunia

ISTANA Diraja Maghribi mengesahkan kanak-kanak yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Awram, telah meninggal dunia.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tragis kanak-kanak tersebut, kata pihak istana dalam satu kenyataan.

Raja Mohammed juga menzahirkan penghargaannya atas usaha gigih yang dilakukan oleh pasukan penyelamat sejak Selasa.

Kanak-kanak lelaki tersebut dibalut dalam selimut kuning selepas dia dibawa keluar dari terowong yang digali khusus untuk operasi menyelamat.

Dia segera dikejarkan dengan ambulans ke helikopter untuk diterbangkan ke hospital terdekat, sejurus sebelum pihak istana mengeluarkan kenyataan mengesahkan kematiannya.

Dilaporkan, Rayan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi.

rayan 1

Rayan terjatuh ke dalam perigi sejak Selasa.

Terdahulu, seorang doktor yang menyertai pasukan penyelamat turut memasuki terowong untuk memeriksa keadaannya, sebelum dia dibawa keluar.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

rayan 3

Penduduk setempat tidak mahu ketinggalan menyaksikan secara dekat operasi menyelamat Rayan. Foto: Anadolu agency

Pasukan penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkannya termasuk membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Rakyat Maghribi dan seluruh penduduk di serata dunia tidak ketinggalan menyaksikan perkembangan operasi menyelamat Rayan dari masa ke semasa.

Malah tanda pagar #SaveRayan turut menjadi trending nombor satu di Twitter ketika ini.

Sumber- Arabnews via Mstar

Kisah Kejadian yang mendapat liputan seluruh dunia

Seorang budak lelaki berusia 5 tahun di Morocco mendapat liputan global selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sempit sedalam 30-35 meter (100 kaki) sejak Selasa lalu. Masih lagi kecil dan tidak berdaya menyelamatkan diri sendiri, kini tapak kejadian itu dipenuhi ramai orang yang berdebar-debar menantikan Ryan dikeluarkan dari situ.

Keadaan lubang yang amat sempit sukarkan misi menyelamat

Difahamkan, usaha menyelamat menjadi amat sukar kerana orang dewasa tidak muat untuk masuk ke dalam lubang kecil bersaiz 45cm terbabit. Manakala campuran jenis tanah berpasir dan berbatu juga dikhuatiri mengundang kejadian gelongsoran tanah yang akan membuatkan Rayan ibarat tertanam hidup-hidup jika tersilap langkah menggali.

[VIDEO] 1 Dunia Berduka, Budak 5 Tahun Terperangkap 5 Hari Dalam Perigi Sempit 3

[VIDEO] 1 Dunia Berduka, Budak 5 Tahun Terperangkap 5 Hari Dalam Perigi Sempit 4

[VIDEO] 1 Dunia Berduka, Budak 5 Tahun Terperangkap 5 Hari Dalam Perigi Sempit 5

[VIDEO] 1 Dunia Berduka, Budak 5 Tahun Terperangkap 5 Hari Dalam Perigi Sempit 6

Sayu hati lihat Rayan..Menggigil seorang diri dalam kesejukan

Mujur sahaja setelah lebih 40 jam terperangkap, bekalan oksigen dan makanan berjaya disampaikan sementara misi menyelamat diteruskan ke peringkat terakhir. Melalui rakaman kamera, terlihat anak kecil itu berada dalam keadaan lemah, sukar bernafas dan mula menggigil kesejukan.

Mari doakan dia sampai dia selamat dikeluarkan

Menyorot kronologi awal, semua ahli keluarga mula risau setelah menyedari ketiadaan Rayan di rumah pada petang Selasa. Apabila cuba dicari, barulah mereka mendapati bahawa kanak-kanak itu sudah termasuk ke dalam pergi terbabit tatkala seronok bermain. Masa kian suntuk, sejak 5 hari lalu media sosial penuh dengan #SaveRayan dan masyarakat dunia berharap akan mendengar berita baik kelak.

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*