
Kuala Lumpur – Bekas isteri kepada pendakwah media sosial Da’i Farhan, Dr Erin khabarnya sudah pun mendirikan rumah tangga selepas berpisah dengan bekas suaminya itu pada 27 April 2020. Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi memberi bayangan tersebut menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya.
Ujarnya, dia berasa sangat bersyukur kerana sudah merasai erti kebahagiaan sebenar sambil memaparkan foto pasangannya itu di Instagram. Alhamdulillah Ya Rabb sang pemilik hati yang meminjamkan hari seorang hambaMu yang bernama ‘Dia’ Tak pernah rasa obses dengan seseorang macam ni aih.
Tambah Dr Erin lagi, dia juga bertuah kerana memiliki seorang suami yang banyak membantu dalam kehidupannya kini. Menjengah ke ruangan komen pula, ramai peminat serta pengikut wanita itu tampil mengucapkan tahniah di atas berita gembira itu.
Terdahulu, nama Dr Erin menjadi sebutan ramai berikutan kisah pernikahannya bersama Da’i Farhan di Tanah Suci Mekah sebagai isteri kedua sebelum bercerai beberapa bulan kemudiannya.
Ramai Terkejut Penampilan Baru Terbaru, Dr Erin ada memuat naik satu foto di Instagram yang membuatkan ramai pengikut terkejut melihatnya. Kelihatan dirinya sudah tidak lagi bertudung apabila berada di Tawau, Sabah baru-baru ini.
Melalui laporan, ramai warganet yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut serta ingin mendapatkan kepastian darinya, jadi Dr Erin memberitahu dia tidak membuka tudung sepenuhnya. Beliau turut menegaskan bahawa dirinya masih sama seperti dahulu dan juga tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam.
Biarpun ramai yang masih mengkritik tindakan wanita terbabit, Dr Erin menjelaskan bahawa orang lain tidak berada di tempatnya, jadi mereka tidak tahu apa yang dirinya diuji. Walaupun ramai yang mengkritik, namun masih ada juga sesetengah warganet memberikan kata-kata semangat buat Dr Erin agar kekal menjadi dirinya dan lakukan apa yang disukai olehnya.
Walaupun ramai yang mengecam, namun masih ada juga sesetengah warganet memberikan kata-kata semangat buat Dr Erin agar kekal menjadi dirinya dan lakukan apa yang disukai olehnya.
Kredit : IG/BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Dah berpuluh tahun kahwin terkejut bila isteri Amy Search mula bongkarkan cerita sebenar pasal suaminya. Tak sangka ini yang dia ceritakan.
Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search merupakan seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Malaysia, terkenal sebagai vokalis utama kumpulan rock Malaysia.
Isteri kepada penyanyi rock, Amy Search iaitu Norhasniza Hassan telah mengimbas detik pahit dan manis ketika di awal perkahwinan mereka sekitar tahun 2003. Hasniza atau mesra disapa Nourish bagaimanapun kini bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada keluarganya.
“Bersyukur dgn apa yg kita ada , kerja , gaji besar , ada suami , ada anak , ada rumah , ada kereta masih boleh makan sedap , boleh shopping , boleh melancong apa lagi yg kita nk ? … Asyik complain sahaja . “When i look back 16tahun dulu kami berkahwin tkder apa2 simple sahaja ada Mas Kahwin dan sebentuk cincin time tu dihadiri dgn kawan n saudara mara rapat )
“Alhamdullilah kami bahagia, kami kereta pun tkder time tu rumah pun menyewa Alhamdullilah kami bahagia waktu tu lepas dpt Alexander sewa rumah rm600 sahaja di Bandar Seri Putra then beli kereta Kia Spectra lepas tu upgrade Alphard , alhamdullilah bahagia sgt ..
“Selepas tu Allah bg rezeki lagi Alhamdullilah rezeki tkder lah kaya raya sgt tp Alhamdullilah . . suatu ketika Allah ambil balik dan Allah ganti benda lain Alhamdulillah kami bahagia,” tulisnya. Dalam pada itu, Nourish juga mendedahkan sikap sebenar suaminya itu.
“Time kami kahwin tu we both hv nothing but Alhamdullilah sy bahagia saja dgn Asam Pedas , Ikan masin n Kopi ( sejak kahwin dgn dia pandai makan itu semua ). “I bukan kahwin Amy dia kaya raya , kereta menjalar ( walaupun nama dia besar Frankly speaking after i kahwin tu baru dpt rasakan Oh my god Im married to Amy Search ? Demi Allah lillahitallah ) dan Kira kami time tu cukup2 makan sahaja ök .
“Org tk tahu dia tkder duit tp dia relax sahaja. tp org ingat i control duit dia. Hahaa. tkper Alhamdullilah bersyukur sgt2 . . But now i MOF . @aku.amysearch we start from O . Thanks Sayang krn kasih sayang dan kesabaran u n i jgk hahaa . We’hv made it untill this far . InsyAllah sampai Syurga Firdaus aminnn,” tulisnya lagi.
Malah, Nourish bersyukur kerana Allah telah mengurniakan seorang suami yang bersifat rendah diri. “Ayat pertama dia dulu Amy selalu cakap i ni org kg i’ve nothing .. ? . He is so humble i tk rasa pun i kahwin dgn Rockstar. “Selamat membaca semua .. nk bgtau sini kalau dh jumpa jodoh kahwin saja tk payah nk tunggu kaya raya rezeki tu Allah yg aturkan,” akhirinya.
Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain,15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun. Bagaimanapun, pasangan ini tidak berkesempatan menimang cahaya mata keempat apabila Nourish mengalami kegugurn pada tahun lalu.
Terdahulu, penyanyi rock legenda, Amy membuat kejutan apabila mengumumkan secara rasmi keluar daripada kumpulan Search. Ia sekali gus mengakhiri teka-teki yang bermain di fikiran peminat berkenaan hubungannya dengan anggota Search iaitu Nasir (bass), Nordin (gitar) dan Kid (gitar).
Amy dipetik sebagai berkata, pengunduran itu adalah untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain untuk mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya.
Amy turut mengakui dirinya yang kini sudah melewati usia 62 tahun tidak lagi mempunyai kualiti vokal seperti pada usia 26 tahun. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber :IG Qasander
Nabila Huda Teruja Masuk Universiti. Bakal Ikuti Kursus Ini Di Salah Sebuah Universiti Terkemuka Di Malaysia.
PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara berkaliber Nabila Huda berkongsi rasa gembira apabila diterima untuk mengikuti kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaysia (UM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya semalam, Nabila atau mesra disapa Abil berkongsi mesej yang diterima daripada Ketua Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM yang mengalukannya untuk mengikuti kursus Bahasa Itali tahap satu dan dua di fakulti tersebut.
Abil ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia memang telah merancang untuk mengikuti kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Linguistik di UM dengan kerjasama pihak Kedutaan Itali memandangkan pelakon itu aktif membuat vlog ke negara tersebut selama tiga tahun berturut-turut sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.
“Bukan ditawarkan (mengikuti kursus Bahasa Itali), sebaliknya memang saya dah merancang dengan Kedutaan Itali untuk mengikuti kursus bahasa di UM. “Sudah tiga tahun berturut-turut saya ke Itali bersama produksi Libero untuk melakukan penggambaran vlog dengan melawat beberapa tempat yang jarang diketahui di Itali,” jelasnya kepada Kosmo! Online.
Ujar anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu lagi, kerana kerap ke negara tersebut, dia telah menjalinkan hubungan baik dengan pihak Kedutaan Itali di Malaysia. “Jadi ini adalah sebahagian daripada projek saya pada masa akan datang apabila saya mendaftar untuik mengikuti kursus Bahasa Itali dengan sokongan Kedutaan Itali di Malaysia,” jelasnya.
Disoal tentang perasaannya, pelakon yang kini turut bergelar pengacara itu tidak dapat menyembunyikan rasa gembira kerana bakal mengikuti kursus tersebut lebih-lebih lagi di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.
“Universiti Malaya adalah universiti pertama saya. Jadi sudah tentu saya berasa teruja, lebih-lebih lagi kelas akan dibuat secara bersemuka di dalam kelas dan bukannya secara dalam talian,” katanya. Tambah Abil lagi, dia akan memulakan kelas pada 18 Oktober ini dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.
“Setakat ini saya hanya mengikuti kursus jangka pendek sahaja iaitu peringkat satu dan dua. Apa-apa pun tengok pada jadual saya. Bila saya ada masa terluang nanti, mungkin saya akan sambung ke peringkat seterusnya,” jelas Abil.
Dalam pada itu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu turut mengakui sangat sukakan Bahasa Itali dan faham beberapa perkataan asas bahasa tersebut. – K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Pernah Mempelajari Bahasa Sepanyol Dan Mandarin. Nabila Huda Kongsi Keterujaan Bila Belajar Iqra Bersama Anak
Baru baru ini,Nabila Huda berkongsi keterujaannya belajar mengaji Iqra bersama anaknya,Keissha Laila bagi memenuhi masa eskoran PKP dijalankan semula. Yang menarik sekali, ini kali pertama aktres itu belajar membaca Iqra seumur hidupnya.
Kata pelakon berusia 37 tahun itu,bahkan sebelum ini dia pernah mempelajari bahasa Sepanyol dan Mandarin dan berasa sangat teruja kerana dapat menyertai kelas mengaji bersama anaknya.“Assalamualaikum. Selain daripada belajar bahasa Sepanyol dan Mandarin, hari ini merupakan hari pertama kami belajar Iqra bersama,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.
Menurut aktres filem Munafik itu lagi, sebelum ini dia bersama Keisha selalu berentap untuk menang dalam apa sahaja pertandingan dan bersetuju untuk sama-sama mengikuti kelas mengaji bersama anaknya.“Semestinya saya teruja sebab tidak pernah belajar Iqra seumur hidup. Masa dahulu kita belajar Muqaddam sahaja. Jadi kita lawn tengok siapa paling handal ,okey?” kata Nabila yang turutmemuat naik sekeping foto mengenakan hijab bersama anaknya dalam Instagram.
Perkongsian tersebut turut mendapat respons dalam kalangan rakan-rakan selebriti. Masing-masing memuji usaha anak kepada penyanyi legenda, Amy Search itu.“Hanya doa yang baik untuk awak dan seisi keluarga. Allah SWT memberkati awak dan orang yang awak sayangi selalu,” kata penyanyi Faizal Tahir. – K! ONLINE
Sekali Lagi Alami Kehilangan Kandungan. Nabila Huda Luah Rasa Sedih Dan Cerita Punca Dia Disahkan Kehilangan Kandungannya Buat Kali Kedua
Pelakon Nabila Huda berkongsi khabar sedih bayi yang dikandungnya gugu kali kedua pada Isnin.Dedah Nabila, dia mengalami pengeluaran cecair merah sebelum disahkan kehilangan kandungan.”Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya kehilangan kandungan lagi buat kali kedua.”Masa pertama kali tahu saya macamtu, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.
“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.”Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paran0id. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatvh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Stories pada Rabu.
Nabila yang merupakan salah satu juri The Masked Singer Malaysia yang kini hangat ditayangkan di Astro Warna setiap Jumaat pukul 9 malam mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.”Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….
“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” tambahnya.Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah kehilangan kandungan pada April tahun lalu.Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.
Tak Terlintas Untuk Cetuskan Kontroversi Bila Muat Foto Kurang Sopan. Nabila Huda Ulas Lebih Lanjut Mengenai Kritikan Yang Sering Dia Terkena Bila Melibatkan Pakaian
KUALA LUMPUR: Aktres, Nabila Huda, 36, tidak terlintas mahu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto berkemban menerusi laman sosial, Instagram, baru-baru ini.Sebaliknya, pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Munafik itu melihat foto yang diambil ketika menjalani penggambaran di Terengganu mempunyai nilai seni.
“Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen.Saya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu.
”Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu. Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga. Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik.
“Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin warganet tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak. Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban,” katanya kepada BH Online.
Nabila berkata, tidak nafikan ada kemungkinan warganet takut nak komen negatif disebabkan dirinya sering membidas sesiapa sahaja yang mengkritik tanpa usul periksa.”Jika warganet takut baguslah (ketawa). Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban.
“Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilmparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengkritik adalah budak sekolah.”Sebenarnya, ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi sasaran. Jadi, janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati,” katanya.
Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu berkata, perasaan bersalah menghantui dirinya apabila perkongsian video dalam situasi cemas selepas kediamannya dikatakan dicer0bohi seorang individu mencurigakn menimbulkan kebimbangan kepada keluarga dan rakan selebriti.
Bagaimanapun, katanya, itu hanyalah teaser awal program The Masked Singer Malaysia yang menampilkannya sebagai salah seorang juri tetap bersama lapan selebriti lain.
“Sejujurnya, timbul rasa kasihan terutama kepada rakan artis yang menyangkakan kejadian ini memang terjadi. Saya pula mana pernah bergurau dengan cara begini.”Mereka tahu apabila membabitkan soal kerja, saya akan serius.
Tetapi, apabila melihat reaksi mereka pan1k, sampai ada yang nak datang rumah dan membuat laporan polis, saya pula cuak. Terfikir apakah lakonan saya keterlaluan hingga mereka percaya saya dalam bahaya.”
Apabila keadaan menjadi kecoh, rasa bersalah pula menghantui diri. Tak tahu nak buat apa untuk meredakan keadaan. Apa yang mampu dilakukan hanyalah meminta maaf pada mereka,” katanya.-metro
Bakal Menggalas Tanggungjawab Sebagai Juri Dalam Sebuah Program. Nabila Huda Dedahkan Dia Sanggup Habiskan 70 Peratus Daripada Gaji Dia Untuk Semata Sesuatu Ini
Nabila membuat persiapan sebulan awal untuk jadi juri program terbaharu. MENGALAS tanggungjawab sebagai juri tetap program The Masked Singer Malaysia, pelakon Nabila Huda memberitahu dia sudah membuat persiapan sejak sebulan lalu.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 36, dia sanggup menghabiskan 70 peratus bayaran yang diterima untuk tampil bersesuaian dengan konsep program nyanyian itu.”Semua orang tahu Abil kalau kat drama atau filem memang tak suka make up dan kebanyakkan karekter Abil mesti nkd face saja. Tapi bila Abil jadi pengacara atau juri, Abil mesti go all out dan saya akan cipta stail sendiri.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.“Buat research dan sepakat dengan team yang Abil percaya mereka boleh tunaikan setiap permintaan. untuk #themaskedsingermalaysia special sikit kali ni, me and my team dah buat persiapan sebulan awal.
“Baju Abil custom dan dah siap dengan mood board. Jadi, semua dah rancang dan tersusun dengan baik sebab I’m very fussy (cerewet) dan bnci kena fikir last minute sebab boleh jadi marah.”Abil sanggup habiskan duit untuk pastikan Abil selesa dengan apa yang Abil mahukan.
Tak kiralah kerja apa pun Abil mesti bagi sepenuh hati, jiwa, duit dan komitmen sebab ini karier Abil.
“Dari baju shooting sampailah apa saja Abil akan habiskan selalunya 70 peratus daripada gaji Abil. Gila kan? Tapi itulah kebenaran mengenai Abil, ” ujarnya.Anak kepada penyanyi rock Amy Search itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.Nabila menjadi juri tetap program itu bersama selebriti lain iaitu Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Program The Masked Singer Malaysia akan bermula pada 19 September ini di Astro Warna.Dalam pada itu, Nabila berkata, kesanggupannya berbelanja besar itu disebabkan minat yang mendalam terhadap kerjayannya sebagai anak seni.”Tak kiralah kerja apa pun Abil mesti bagi sepenuh hati, jiwa, duit dan komitmen sebab ini karier Abil. I chose this and I really love my job so much, ” ujarnya.-mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply