Terbaru ! Kisah Puan Diwiyana Mengenai Bantuan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak Dan Ini Pencerahan Pula Dari MAIWP

FAKTA LAGI DARI KES TULAR PUAN DIWIYANA 

Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan Zakat buat apa? Sampai gereja pun naik nama.

Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.

Semasa Puan Diwiyana Binti Mohamed tinggal di Cheras dahulu beralamat DA-01-09, Blok Delima Persiaran Baiduri Cheras, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP :

Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2000 one off

Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3000 untuk setahun(pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin)

Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun(bantuan atas nama suami Mohd Ashraf bin Adam)

Kemudian telah berkahwin baru dengan Taufiq Iqmal bin Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di Blok 3-4-13 Jalan 2144A, Taman Bukit Cheras. Suami bekerja Mydin dengan pendapatan RM1758.65 sebulan.

Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan topup ebill dengan pendapatan bersih RM2053 sebulan. Ibunya masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 dan mendapat rawatan di HUKM.

Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2000 one off (atas nama suami)

Bantuan Am Persekolahan anak Nur Balqis Alia tahun 2019 RM500, tahun2020 RM600, tahun 2021 RM800, tahun 2022 RM800(tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak anak beliau berpindah sekolah) Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.

Bantuan Peralatan Persekolahan anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak)

Ibunya juga Puan Selamah binti Hamid, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012(tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3000

Apabila pindah ke Perak, Puan Diwiyana memohon bantuan daripada Zakat Perak-MAIPk pula dengan mengisi borang pada 03/02/2022 dan permohonannya telah diluluskan. Boleh rujuk ruangan komen.
Team Kisah Zakat Malaysia terus mencari kesahihan

Semalam viral di media sosial luahan kecewa seorang wanita yang mendakwa sudah dua tahun memohon bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ibu terlantar sakit namun tak dapat perhatian sewajarnya.

Wanita yang dikenali sebagai Diwiyana Mohammed terpaksa berkongsi kisah di media sosial kerana buntu wang simpanan sudah habis.

Terbaru, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM500 bermula Mac depan.

Selain itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) juga telah menyalurkan bantuan segera sebanyak RM300.

Difahamkan, permohonan bantuan bulanan daripada suami pengadu telah diterima pada 3 Februari dan MAIPk sedang memproses permohonan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Pendakwah bebas, Ebit Lew dilihat turut sama turun padang melawat ibu pengadu yang terlantar sakit. Dia bersyukur JKM, pusat zakat dan banyak pihak menghulurkan bantuan serta sokongan.

“Sabar ye kak.. Ujian kerana kasih sayang Allah pada akak. Besar nilai menjaga seorang mak yang terlantar bertahun. Doa akak makbul. Doakan saya yer.”

Semua ni doa akak. Jangan sedih ye kak. Bila stress sedih ingat dia sayang kita. Banyak nikmat pada kita. Maknya tadi senyum je. Allahukabar.

Diwiyana turut berterima kasih di atas sumbangan pampers, susu dan alas katil daripada tim Ebit Lew.

Kredit: Ebit Lew

“Dua Tahun Berjuang” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Rayu Bantuan Zakat Untuk Ibu OKU Terlantar

Di TikTok, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak dan Lembaga Zakat Perak. Menurutnya, dia terpaksa berjuang selama dua tahun untuk mendapatkan bantuan zakat ibu yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam rakaman video itu, wanita ini menunjukkan keadaan ibunya yang terlantar di atas katil akibat serangan strok. Dakwanya, dia telah menghantar borang permohonan sebanyak dua kali. Kali pertama, borang yang dihantar dikatakan hilang, tapi dia usaha mohon kali kedua.

Ini digunakan untuk pampers, susu dan barang kelengkapan pembersihan. Betapa susahnya kami penjaga OKU nak minta bantuan dengan kerajaan.

Wanita ini berkata dia sudah berusaha melengkapkan dokumen yang diminta namun permohonan masih tidak lulus. Tambah wanita yang dikenali sebagai Dyana ini lagi, pendapatannya hanyalah dengan menjual burger.

Klik link dibawah untuk melihat video tersebut

tiktok luahan hati Dyana

 

Menurutnya lagi, bantuan itu amat penting kerana ianya untuk membiayai enam orang anaknya bersama ibu OKU yang sudah terlantar.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati atas apa yang telah terjadi kepada wanita tersebut. Mereka berdoa semoga urusan wanita ini dipermudahkan.

Kredit: TikTok Dyana Mohammed

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini y

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*