
BARU sahaja negara digemparkan dengan kisah budak darjah tiga dapat surat cinta lukisan adegan r4njang.
Kali ini, masyarakat dikejutkan pula dengan satu mesej tentang kanak-kanak berusia lima tahun diajak ‘main jilat-jilat’ di tadika.
Malah, mesej tersebut turut menyatakan murid berkenaan diajak dan diajar oleh rakan-rakannya yang berumur empat tahun.
Lebih mengejutkan lagi apabila kanak-kanak yang membuat ajakan itu memberitahu pernah melihat aksi tidak sen0noh seperti itu di telefon milik ibunya sendiri.
Netizen terkejut dengan mesej yang diterima Adlil Rajiah.
Menerusi mesej yang didedahkan Adlil Rajiah, kanak-kanak pra sekolah itu menyatakan ibunya tidak menyebut tentang ‘jilat’ semasa diajar tentang bahagian-bahagian s3nsitif pada tubuh.
“Anak saya lima tahun. Baru-baru ini di sekolah diajak main jilat-jilat kem4luan depan dan belakang oleh kawannya umur empat tahun. Selepas disi4sat, kawannya tengok aksi tersebut dalam telefon ibunya.
“Saya travma mendengar cerita anak. Perkara telah terjadi dan saya nak check psikologi anak saya tanpa dia rasa orang tengah periksa.
“Sebab bila dia cerita dan saya dah terangkan (m4rah pukvl 3enda sebab saya dah ajar bahagian s3nsititif tapi katanya saya tak sebut jilat) benda tu berd0sa, kami sama-sama travma.
“Dia menangis berdoa selepas solat ‘Ya Allah maafkan aku main jilat-jilat. Aku tak nak buat lagi, aku janji. Masukkanlah aku ke syurga‘. Doa dia berbisik tapi saya boleh dengar, luluh hati ini dan saya b3nci keluarga budak itu, tadika anak saya yang berlaku peng4baian serta kecvaian.”
Rata-rata netizen meminta ibu bapa berhenti menonton video lvcah.
Menurut Adlil Rajiah yang juga pakar psikologi, mesej yang diterimanya berkenaan salah laku, perbuatan lvcah dan porn0grafi sedemikian amat banyak.
Namun katanya, dia tidak sanggup mendedahkan kesemuanya yang disifatkan terlalu ‘menakvtkan’.
“Kita tidak akan mampu kawal sesiapa pun, termasuk diri sendiri. Kita tidak akan mampu kawal sekecil-kecil kerdipan mata, apatah lagi anggota-anggota lain yang lebih kompleks. Kita takkan mampu jaga diri, kalau Allah tak jaga kita.
“Semoga Allah jaga diri kita, pasangan kita, anak-anak kita, dan seluruh keluarga kita, sepertimana Dia menjaga orang-orang soleh. Amin,” coretnya ringkas.
Sejak fokus menulis tentang pendidikan s3ksvaliti, banyak juga mesej masuk bercerita kisah seakan begini… yang umur lima dan enam tahun sehinggalah sekolah menengah, macam-macam kisah ada.
WAN NUR SYAKIRA
Kenyataan yang dimuat naik itu mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ia dikongsikan lebih 2,400 pelayar Facebook selepas dikongsi pada 27 Februari lalu.
Ada antara netizen memaklumkan, mereka juga banyak menerima mesej dan aduan seumpama itu selepas menulis tentang topik berkaitan s3ksvaliti serta pron0grafi kanak-kanak.
“Ya Puan. Bila menulis atau berkongsi isu ini, maka bersedialah menerima selonggok kisah yang menyedihkan serta menyayat hati yang tidak terjangkau dek akal fikiran,” ujar Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Perkara itu turut diakui seorang lagi netizen yang menggunakan nama Wan Nur Syakira.
Katanya: ‘Begitulah. Saya pun sejak fokus menulis tentang pendidikan seksualiti, banyak juga mesej masuk bercerita kisah seakan begini… yang umur lima dan enam tahun sehinggalah sekolah menengah, macam-macam kisah ada’.
Antara mesej yang diterima Adlil Rajiah.
Semestinya perkara seumpama itu mengejutkan ramai pihak dan ada yang menyatakan ia berlaku disebabkan ibu bapa jahil tentang ilmu.
“Ker0sakan daripada ibu bapa yang jahil. Marilah ibu ayah belajar lepaskan ilmu fardu ain, kadang ramai ibu bapa ingat dalam rumah boleh pakai s3ksi-s3ksi padahal aurat sesama anak dan mak ayah ada batasnya,” ujar Nina Mohdzam.
Bagi seorang lagi netizen, dia merasakan remaja dan kanak-kanak ‘r0sak’ disebabkan pendedahan yang teramat sangat kepada gajet.
Nor Hayati Jamaludin pula meminta ibu dan ayah supaya tidak menyimpan video tidak sen0noh di dalam telefon kerana anak-anak sudah bijak untuk ‘menyelongkar’.
“Allahu… berderau jantung baca. Semoga anak-anak kita terlindung daripada perkara-perkara macam ni. Mak ayah jangan la simpan video yang bukan-bukan dalam telefon. Anak-anak ni memang pandai explore,” tulisnya.
Sementara itu, Nurul Fare mencadangkan supaya, Adlil Rajiah mengadakan sesi ceramah bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat atau unit kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan peguam bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang menjadi m4ngsa kel4laian penjaga dan tadika.
“Apa yang berlaku kemudian juga penting untuk dibincangkan supaya ibu bapa tahu apa hak mereka bila jadi isu begini, tak kan nak berdiam. Tak kan tiada legal action,” jelasnya.
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply