
KEWUJUDAN aplikasi WhatsApp menjadi pemudah cara dalam komunikasi harian kita pada hari ini.
Namun, wujud kebimbangan apabila WhatsApp sering digunakan dalam penyebaran berita palsu sehingga mencetuskan kekeliruan, khususnya bagi individu yang lebih berusia.
Di Twitter, seorang wanita turut berkongsi cerita mengenai ibunya yang menerima satu kiriman WhatsApp palsu, berkaitan status halal satu produk makanan sejuk beku (frozen).
Dalam tangkap layar tersebut, individu yang mengirim mesej WhatsApp berkongsi foto hidangan calamari ring ataupun sotong yang dipotong bulat seperti cincin.
Dakwa individu tersebut, produk berkenaan tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubvr khinzir.
“Assalamualaikum sahabat, nak share info, ni adalah dubvr babi. Nampak macam sotong, ring dia besar dan putih.
Tangkap layar mesej WhatsApp yang sedang tular.
“Kalau sotong ada titik-titik. Takut terbeli. Sekilo kat Perlis RM7.90. Kat KL RM11. Tapi dalam plastik.
“So, kawan-kawan tak berani beli. Tapi pandai depa letak tanda halal,” dakwa individu itu lagi.
Perkongsian @qeels88 menerusi Twitter ternyata meraih perhatian netizen apabila posting itu meraih lebih 4,500 ulang kicau (Retweet).
Juadah berasaskan sotong tiba-tiba menjadi perbualan netizen di media sosial.
Babi pun dah cukup mahal, jadi kenapa mereka nak perdaya Muslim dengan menjual produk ini dengan logo Halal?
“Amenda (apa benda) la info bukan-bukan orang share kat mak aku ni?” tulis @qeels88 menerusi Twitter.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama, mendakwa ahli keluarga mereka turut menerima kiriman mesej sama.
Selain berang dengan penyebaran maklumat palsu yang mengelirukan orang tua, ramai netizen turut berjenaka mengenai isu tersebut.
“Kesian babi susah nak berak. Mana tak nya, ambil dubvr je. Berapa ekor babi lah untuk dapat sepaket ni?
Juadah berasaskan sotong tiba-tiba menjadi perbualan netizen di media sosial.
“Babi pun dah cukup mahal, jadi kenapa mereka nak perdaya Muslim dengan menjual produk ini dengan logo Halal?
“Hey, korang ingat murah ke nak jual dubvr babi?
“Sama la, mak hantar kat WhatsApp famili. Saya sebagai student kulinari membangkang ya. Pelik-pelik je fitnah sotong.
“Baru semalam ibu bapa saya hantar dalam group WhatsApp famili,” tulis beberapa netizen lagi.
Jakim siasat sotong ring didakwa diperbuat daripada dubvr babi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih menyiasat isu tular di media sosial berhubung gambar gegelang sotong (sotong ring) yang didakwa diperbuat daripada dvbur atau usus babi.
Timbalan Ketua Pengarahnya (Dasar), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu tular berkenaan dan sedang menyiasat lanjut.
“Untuk makluman, perkara ini sedang dalam siasatan Jakim bersama beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkenaan.
Sebelum ini, kecoh di media sosial susulan gambar tular mengenai gegelang sotong yang didakwa dihasilkan daripada bahagian babi.
Dakwa individu itu, produk berkenaan tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dvbur khinzir.
Sumber: mstar | kosmo
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Leave a Reply