“Jgnlah T4mak, Org Lain Nak Juga”- Wanita Rela Tolak Motor, Angkut Susu Nelofa Percuma Terima Kec4man

Tindakan seorang wanita yang sanggup menolak motosikalnya gara-gara tidak mempunyai ruang duduk selepas membawa berkotak-kotak susu percuma untuk dibawa pulang telah mencuri

tumpuan orang ramai.

Terdahulu, sejak 2 Mac lalu, susu durian jenama Nilofa telah diedarkan secara percuma buat semua orang dan mereka boleh mengambilnya di gudang Nilofa Group yang terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang, Selangor.

Sehubungan itu, ramai penduduk sekitar mengambil peluang untuk mendapatkannya sehingga pihak pengedar terpaksa memberhentikan proses pemberian tersebut seketika atas sebab yang tidak dapat

dielakkan dan akan memaklumkan tarikh serta lokasi yang baharu secepat mungkin.

 

Ambik Sebanyak Mungkin

 

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farrafareez_ di media sosial memaparkan kegigihan wanita berkenaan sehingga terpaksa dibantu seorang lelaki untuk menolak motorsikalnya

sambil memegang kota-kotak tersebut bagi mengelak daripada terjatuh.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai terkejut melihat kuantiti susu yang diambil wanita berkenaan dan ada yang mempersoalkan tindakannya itu.

“Kenapa akak ambil banyak sangat susu, nanti takut orang lain yang datang tak dapat merasa,” ujar Anne.

“Dah tahu datang naik motor, ambil ikut mana yang perlu, kalau banyak macam ini, dan susahkan diri, mungkin ada keperluan lain wanita itu, cuma kenderaan yang diguna tidak

sesuai untuk kuantiti tersebut,” kata Abu Zarif.

 

 

Selain itu, ada seorang pengguna meninggalkan komen memaklumkan tujuan wanita tersebut berbuat demikian adalah kerana ingin membantu mengagihkan kepada orang lain yang tidak

dapat hadir untuk mengambil susu tersebut.

“Dia ambil sebenarnya nak sedekah dekat orang lain yang tak sempat datang, bukan tamak,” kongsi @user586207.

 

Neelofa henti beri susu durian percuma elak langgar SOP

 

Mengambil kira beberapa faktor, pemberian susu durian secara percuma jenama Nilofa yang bermula sejak 2 Mac lalu terpaksa dihentikan.

Pengasas jenama berkenaan yang juga merupakan selebriti popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, pemberian susu percuma terpaksa dihentikan

atas sebab tidak dapat dielakkan.

“Kami akan umum tarikh dan tempat baharu pemberian susu durian percuma untuk semua orang secepat mungkin,” katanya menerusi Instastory.

 

 

Sementara itu, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram rasmi Nilofa, dua sebab dikenal pasti mengapa pemberian susu perisa berkenaan secara percuma dihentikan.

“Dengan rendah diri, kami dari pihak Nilofa ingin memohon maaf atas penangguhan pengambilan susu durian percuma kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Pertamanya, keadaan lalu lintas yang tidak terkawal dan keduanya, demi tujuan memperkasakan lagi prosedur operasi standard (SOP) pengambilan susu,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, bermula 2 Mac lalu, Nilofa Group mengumumkan susu durian secara percuma buat semua orang yang boleh diambil di gudang mereka terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang, Selangor.

Masih lagi dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari, usaha murni memberikan susu durian percuma dipuji dan ramai mendoakan agar rezekinya berlipat ganda.

Sumber: Konline

 

“Susu dah nak expired” – Kena Kec4m Bagi Susu Hampir Expired Percuma, Ini Jawapan Wakil Nilofa

 

Sudah sedia maklum satu Malaysia amat mengenali selebriti yang bernama Neelofa, dia bukan saja pakar dalam bidang hiburan, malah turut mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang perniagaan.

Salah satu perniagaannya yang dikenali ramai adalah Nilofa iaitu produk yang menjual susu minuman yang mula dikenali sekitar tahun 2019.

Terdapat beberapa perisa yang dikeluarkan oleh beliau seperti pisang, durian, kurma dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial memaparkan beberapa buah kereta sedang beratur panjang di gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang dan difahamkan, sesiapa saja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.

 

“Tak Rasa Apa Langsung!” – Berkotak Kotak Netizen Ambil, Rupanya Susu Nilofa Dah Nak ‘Expired’?

 

“Tak Rasa Apa Langsung!” – Berkotak Kotak Netizen Ambil, Rupanya Susu Nilofa Dah Nak ‘Expired’?

Namun, apabila meninjau di setiap ruangan komen hantaran yang memaparkan video terbabit, ada yang memberitahu sebab susu tersebut dibenarkan untuk ambil secara percuma berkotak-kotak kerana sudah menghampiri tarikh luputnya.

KOMEN NETIZEN:

 

komen tentang susu Nilofa

 

komen tentang susu Nilofa

Dalam pada itu, ada juga yang memberitahu susu terbabit boleh didapati secara atas talian dan hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

Susu dah nak expired

Berdasarkan video yang tular, korang boleh tengok sendiri betapa panjangnya barisan orang beratur nak ambil susu Nilofa! Yela, barang percuma, siapa tak nak kan?

 

 

Tapi, ada yang mengatakan susu yang diberikan secara percuma itu dah hampir dengan tarikh expired dan rata-rata mengecam tindakan yang dilakukan oleh syarikat tersebut yang beri percuma susu yang dah nak ‘expired’.

Menerusi laporan TheVocket, yang telah menghubungi wakil dari Nilofa, sumber memberitahu bahawa susu itu memang sengaja diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Menurutnya, perkara ini menjadi isu apabila ada pihak yang mengambil susu tersebut dengan kuantiti yang banyak dan menimbulkan isu ‘susu dah nak expired’.

Kalau setiap orang mengambil susu tersebut dalam bilangan yang sedikit, ianya tidak menjadi masalah kerana boleh habis sebelum tarikh luput.

Sepatutnya dihantar ke China

 


 

Susu yang diagihkan secara percuma itu difahamkan mahu dihantar ke China tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku kerana pandemik Covid-19, perjalanan ke sana terbantut.

Demi mengelakkan pembaziran, Nilofa membuat keputusan untuk menyumbangkan semua susu tersebut kepada orang ramai.

Semoga murah rezeki bagi susu secara percuma kepada orang ramai. Harap netizen dapat bertenang, orang dah bagi percuma tu, korang janganlah nak kecam-kecam. Betul tak?

Sumber: OhMedia

Kredit: TheVocket

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*