Kisah Benar ! 2 Branak Tersadai Di Highway .. Ini yang berlaku sebenarnya dan tindakan hamba Allah ini membuat netizen sebak….

Cuma nak share sedikit pengalaman yang dialami malam tadi. ?

Pada jam 11 ​​++ malam tadi, seperti biasa saya memandu ballik rumah. Tiba-tiba, saya terjumpa seorang ayah & anak perempuan di highway sedang menolak motosikalnya yg telah rosak.

Disebabkan saya memandu pada fast lane di highway, saya tak dapat berhenti secara tiba-tiba masa tu. Secara tidak langsung, saya fikirkan..

“Berapa lama mereka perlu ambil dengan berjalan kaki sahaja untuk sampai di lokasi mereka kat highway yg sangat panjang ini? “

So, saya pun decide untuk membuat U-turn & tengoklah apa yg boleh saya bantu.

Selepas anggaran 8 minit, saya pun terjumpa mereka masih berjalan kaki seperti apa yg saya jumpa tadi ? Selepas bertanya, baru saya tahu minyak motor dah habis, so motor takleh start.

Perbualan diantara saya dan pakcik tersebut

Saya: “Oh! Saya boleh drive pakcik pergi stesen minyak utk beli minyak. Lepastu kita balik sini utk isi”

Pakcik: “Terima kasih, tak apa, saya boleh pergi sendiri”

Saya: “Tak apa! Walaupun pakcik boleh jalan, tapi anak pakcik pun dah letihkan. Jom naik kereta, kita pergi cari stesen minyak yang masih buka”

Pakcik: “Terima kasih, tapi.. Saya takda duit.. Tak apa”

Saya: “Tak apa pakcik, saya ada!”

Pakcik: “Terima kasih. Awak boleh balik dulu, saya boleh settle”

Disebabkan pakcik tersebut tak ada duit, dia berterima kasih & menolak bantuan saya.

Perbualan diteruskan

Saya: “Sepanjang perjalanan ini tak ada orang yg tolong pakcik ke?

Pakcik: “Ada.. Ada., tetapi saya tak ada duit… Saya bagitahu mereka saya ok je, saya jalan sikit, enjin motor dah panas nanti bolehlah start motor”

Saya: “Oh… Apa kata saya pinjamkan duit kepada pakcik untuk beli minyak dulu?”

Berderai Air Mata

Dia pandang kat saya dan tiba-tiba menangis.. Dia mengelap air matanya dia & terus mengucapkan terima kasih.. terima kasih.

Akhirnya dia pun sanggup naik kereta saya utk pergi ke stesen minyak yang masih beroperasi⛽️

Dalam perjalanan, saya bertanya, “Dah tengah malam ni pakcik & anak plan nak ke mana?”?

Rupanya mereka nak balik ke Melaka. Ada ahli keluarganya di sini telah meninggal, jadi lepas settle hal sini, sekarang dah nak balik ke Melaka.

Saya fikir.. Pada masa ini, pakcik mesti rasa sangat tertekan kan? ? Banyak tanggungjawab & beban dipikul olehnya, serta membawa anak travel sangat jauh dengan motosikal sahaja.

Mungkin pada permulaan pakcik reject bantuan saya disebabakan dia nak bagitahu anaknya kita tak boleh terima duit org sewenang-wenangnya; atau nak menunjuk contoh yg baik kpd anak, kena tabah?

Sekarang saya baru faham kenapa kata-kata tadi boleh membuat seorang lelaki mengalir air matanya. Mungkin dia rasa pemberi & penerima bantuan pun boleh ada maruah.

Berbalik Kepada Cerita Tadi

Akhirnya, kita pun jumpa stesen minyak yg masih operasi. Apabila nampak motor pakcik dapat dihidupkan semula, saya rasa YES! akhirnya boleh balik mandi dan tidur! haha?
Ini adalah malam yang sangat bermakna. Saya harap semua orang dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan cara yang sesuai ??

Kredit Penulis Asal: Alessandra Ng
#kongsikebaikan #sharethelove

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*