
TERNYATA bukan mudah untuk menerima pemergian insan tersayang kerana dijemput Ilahi.
Apatah lagi kanak-kanak yang masih muda dan semangatnya belum cukup kuat untuk menerima hakikat.
Namun situasi yang dilalui seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan dengan jen4zah bapanya di luar jangka.
Ia disaksikan sendiri oleh pasukan Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJM) yang menguruskan jenaz4h lelaki berusia 47 tahun.
Pengerusi Eksekutif SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, beliau dimaklumkan oleh skuadnya bahawa arw4h meninggal dunia selepas terlibat dalam kemal4ngan kerana serangan jantung pada Jumaat.
Menurutnya, ketika skuad sedang menyiapkan kain untuk mengkafankan jenazah, mereka didatangi dua anak arw4h yang menawarkan diri untuk membantu.
Salah seorang daripadanya berusia 10 tahun yang kemudiannya memberanikan untuk bersuara.
“Bang, boleh tak saya nak tolong?” kata Muhammad Rafieudin mengimbas kembali pertanyaan anak arwah.
Beberapa kanak-kanak melihat jen4zah diuruskan. foto SPJM
Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, katanya, kanak-kanak itu merupakan anak kedua daripada tiga beradik termasuk dua adik-beradik lelaki berusia 23 tahun dan sembilan tahun.
“Anak arw4h berusia 10 tahun bantu bentangkan ‘baju terakhir’ (kain kafan) buat ayahnya.
“Masya-Allah, beruntungnya arw4h mempunyai anak yang begitu menyayanginya dan berani tidak seperti kanak kanak yang seusia dengannya tidak mengerti apa apa.
“Berdepan hari kem4tian ibu bapa bagaikan satu mimpi ng3ri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa mampu menghalang ketentuan itu,” katanya sambil menambah arw4h menetap di Ampang, Selangor.
Pengurusan jenazah sebelum dikebumikan. foto SPJM
Menurut Ustaz Rafie, kesemua anak arw4h membantu menguruskan jen4zah, dari menuntut jen4zah, mandi dan mengkafankan sehingga mengebumikannya.
Tambah beliau, arw4h yang merupakan pemandu kenderaan e-hailing Grab sepenuh masa dan pernah berkhidmat sebagai pengurus bangunan sebelum menghidap penyakit jantung.
“Berdepan hari kematian ibu bapa bagaikan satu mimpi ngeri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa mampu menghalang ketentuan itu.”
MUHAMMAD RAFIEUDIN ZAINAL RASID
“Arwah terlibat dalam satu kemal4ngan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Hospital Ampang pada Khamis malam dan disahkan meninggal dunia setelah hampir tiga jam diberi rawatan di hospital.
“Jenaz4h telah diuruskan di Forensik Hospital Ampang oleh skuad dan dibantu waris sebelum dibawa ke kampung di Pekan Nanas, Johor untuk dikebumikan,” katanya mengenai jen4zah selamat dikebumikan kira-kira 9 pukul pagi Sabtu lalu.
Ustaz Rafie.
Mengenai kisah jen4zah yang turut dikongsikan di Facebook SPJM, Ustaz Rafie berkata, anak sulung lelaki arwah berusia 23 tahun yang dipanggil Along menetap di Johor bersama abang arw4h.
Seperti mengetahui ajalnya semakin hampir, arw4h memberi ‘pesanan’ kepada anak sulungnya supaya membatalkan hasrat untuk ke Kuala Lumpur, pada minggu lalu.
“Along tak payah balik, tunggu kat kampung. Minggu depan ayah balik,”
kata Ustaz Rafie yang memetik perbualan arwah bersama anak sulungnya yang bakal melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply