
PETALING JAYA- Insiden kematian pelakon popular Thailand, Nida Tangmo Patcharaveerapong yang mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Chao Phraya bukan sahaja hangat diperkatakan di bumi Gajah Putih itu sebaliknya turut mencuri tumpuan rakyat negara ini.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! di beberapa platfrom media sosial termasuk aplikasi Tiktok, netizen Malaysia dilihat terus cuba merungkai misteri kematian itu menerusi pelbagai teori yang diwujudkan.
Difahamkan, tindakan itu sebagai tanda solidariti netizen Malaysia terhadap kematian pelakon cantik terbabit selain mahukan pembelaan wajar diputuskan kerajaan Thailand terhadap insiden tersebut.
Menerusi video Tiktok dimuat naik individu bernama Yuyueaziz, dia mengucapkan terima kasih kepada netizen Malaysia kerana membantu memberi pembelaan kepada kematian Tangmo.
“Tahniah netizen Malaysia yang tidak bergaji, pasal kalian, pihak polis Thailand semak balik video-video bukti, kalian memang hebat,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen Malaysia turut memberi reaksi kepada video tersebut dengan menyifatkan perjuangan itu sebagai satu semangat serumpun.
“Bukan setakat Malaysia sahaja, Indonesia pun sama, kitakan satu rumpun,” kata Usernamebaikhati.
“Jangan main-main dengan netizen Malaysia, Israel pun boleh koyak, dibuat pula kes macam ini,” jelas Ummie Wawa.
“Netizen Malaysia memang penyayang dan risau akan Tangmonida,” ujar DanielRaff.
Sebelum ini, netizen Malaysia pernah menggemparkan dunia apabila bertindak mengecam tindakan Israel menggunakan #IsraelKoyak hingga menyebabkan ia menjadi sohor dengan lebih 43 ribu kali ciapan.
Sumber -KOSMO! ONLINE
Ini 5 Filem & Drama Lakonannya Yang Hebat Dan Viral
Kem4tian bintang terkenal Thailand, Tangmo mendapat perhatian ramai kerana kisah pemergiannya itu dikatakan penuh misteri dan bukannya terjatuh daripada bot. Sehingga kini, kes pelakon wanita ini masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.
Tangmo Nida atau nama sebenarnya Pataratida Patcharawirapong dilahirkan pada 13 September 1984 di Thailand. Pelakon ini terkenal dengan watak utamanya dalam beberapa drama dan filem Thai. Tangmo membuat penampilan sulungnya pada tahun 2003.
Mungkin ada diantara kita yang sedar akan kemunculan Tangmo di kaca televisyen, berikut kami senaraikan antara drama dan filem yang pernah dibintangi olehnya.
1. Ghost of Mae Nak
Ghost of Mae Nak adalah sebuah filem seram Thailand yang telah dibintangi oleh Tangmo Nida, Siwat Chotchaicharin dan Porntip Papanai. Berlatar belakangkan Bangkok moden, kehidupan pengantin lelaki Tid Mak terganggu oleh mimpi buruk berturut-turut dengan seorang hantu wanita, Mae Nak lagenda Thailand kuno.
2. Nak Soo Maha Gaan
Drama bersiri ini mengisahkan tentang Ratravee, seorang ejen yang bersara daripada kerjaya pembunuhan dan kembali ke kampung halamannya untuk membuka sekolah seni mempertahankan diri. Tetapi, apabila ada misi rahsia dia menerima pekerjaan itu namun Ritravee telah dicederakan. Makmal biokimia meletup dan ubat ghaib meresap ke dalam lukanya menyebabkan dia memperoleh kuasa luar biasa.
3. The Extra
Siri ini menceritakan tentang kehidupan seorang pelakon ekstra yang akhirnya menjadi selebriti terkenal.
4. It’s Complicated
Mengisahkan tentang empat jenis hubungan yang dipertemukan dalam satu alur cerita yang rumit. Siri ini memberi sudut pandang lain tentang makna cinta yang sangat rumit. Tangmo Nida memegang watak utama dalam drama ini.
5. The Fallen Leaf
Drama ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang berjiwa gadis kecil bernama Nira. Nira hancur kerana dia tidak diterima oleh sesiapa pun kecuali ibunya yang menyanyanginya sepenuh hati.
Semoga kematian Tangmo mendapat keadilan dan jika memang dia dibunuh, semoga individu yang terlibat menerima hukuman setimpal.
View this post on Instagram
Sumber : IG tangmo
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply