Penerima pertama jantung babi akhirnya meninggal dunia selepas 2 bulan pembedahan eksperimen

LELAKI warga emas dari Maryland, Amerika Syarikat yang menjadi manusia pertama yang hidup dengan jantung babi, dilaporkan meninggal dunia.

 

Berita kem4tian David Bennett Sr, 57, disahkan oleh pihak hospital yang melakukan pembedahan transplan tersebut, Pusat Perubatan University of Maryland.

 

Pihak hospital bagaimanapun tidak menyatakan punca sebenar kem4tian Bennett, tetapi berkata keadaan kesihatannya semakin memburuk sejak beberapa hari lalu.

 

Lelaki itu menghembuskan nafas terakhir di pusat perubatan tersebut, kira-kira dua bulan selepas menjalani pembedahan transplan berkenaan.

 

“Kami sangat sedih dengan kehilangan Bennett. Dia terbukti sebagai seorang pesakit yang berani dan cekal berjuang sehingga ke akhirnya,” kata Dr Bartley Griffith dalam satu kenyataan.

 

Dr Bartley merupakan pengarah program pemindahan jantung di pusat perubatan berkenaan dan bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas BennetT.

 

Sementara itu anak lelaki Bennett, David Bennett Jr, mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan hospital berkenaan kerana melakukan segala usaha untuk merawat bapanya.

 

Untuk rekod, BenneTt menjadi manusia pertama yang hidup dengan jantung babi yang diubah suai secara genetik dan digunakan sebagai organ pengganti.

 

Menerusi pembedahan selama sembilan jam itu, pakar bedah menggunakan jantung babi berusia setahun seberat 108 kilogram yang diternak khusus untuk tujuan ini.

 

Pada awalnya, BennetT enggan menjalani pembedahan eksperimen ini memandangkan risiko dan peluang kejayaan yang tipis dan tidak mahu menemui ajal di atas katil bedah.

 

Namun selepas itu, BennetT mula berubah fikiran dan menyedari bahawa pembedahan adalah pilihan terbaik untuknya dan berharap sekiranya pembedahan itu berjaya dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama sepertinya.

 

Warga emas kini hidup dengan jantung babi walau pada awalnya bimbang mati di katil bedah

 

 

JUMAAT lalu seorang lelaki warga emas dari Maryland, Amerika Syarikat menjadi manusia pertama yang hidup dengan jantung babi yang diubah suai secara genetik dan digunakan sebagai organ pengganti.

 

David Bennet, 57, berjaya mengharungi pembedahan berisiko itu selama sembilan jam yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Maryland.

Menerusi pembedahan itu, pakar bedah menggunakan jantung babi berusia setahun seberat 108 kilogram yang diternak khusus untuk tujuan ini.

Pada awalnya, David enggan menjalani pembedahan eksperimen ini memandangkan risiko dan peluang kejayaan yang tipis dan tidak mahu menemui ajal di atas katil bedah.

Jantung babi yang telah dikawal sedia untuk diberikan kepada penerima untuk pertama kali.

Namun selepas itu, David mula berubah fikiran dan menyedari bahawa pembedahan adalah pilihan terbaik untuknya dan berharap sekiranya pembedahan itu berjaya dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama sepertinya.

 

“Tidak kira apa yang berlaku, saya mahu menjalani eksperimen ini agar dapat membantu orang lain,” katanya yang kini masih dalam pemantauan doktor meskipun sudah mampu bernafas tanpa bantuan alat pernafasan ataupun ventilator.

 

USA Today melaporkan lelaki itu masih perlu menggunakan mesin ECMO untuk membantunya mengepam darah ke seluruh badan.

 

Secara teorinya, pemindahan organ daripada spesies lain kepada manusia (xenotransplants) bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi kebanyakan penyelidik mendakwa eksperimen yang dilakukan jarang sekali menemui kejayaan.

 

Gambar David Bennett (tengah) bersama keluarga yang memberikan dorongan kepada David untuk menjalani pembedahan.

 

Ini termasuk percubaan ke atas seorang bayi dikenali sebagai Baby Fae pada 1984 yang menerima jantung babi di dalam badannya. Malangnya organ baharu itu hanya mampu membuatkan bayi malang itu hidup selama 21 hari.

 

ia berlainan dengan pembedahan David yang melibatkan teknologi yang disebut sebagai pengubahsuaian gen agar sepadan dengan tubuh manusia.

 

Terdapat 10 gen yang diubah suai, setiap satu daripadanya bertanggungjawab untuk mengelak pertumbuhan berlebihan dalam tisu jantung babi yang telah dikeluarkan.

 

Tiga gen lain yang menyebabkan penolakan organ turut dikeluarkan manakala enam gen mengawal penerimaan organ dalam tubuh manusia pula ditambah masuk.

 

Sesi bedah pemindahan jantung babi ke dalam tubuh David buat pertama kali di dunia.

 

Proses itu telah dilakukan oleh syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat.

 

Semasa pembedahan, David menggunakan imunosupresan standard untuk memastikan sistem imunisasinya tidak menyerang organ baharu itu.

 

“Prosedur yang berjaya memberikan maklumat berharga untuk membantu komuniti perubatan menambah baik kaedah yang berpotensi menyelamatkan nyawa pesakit pada masa hadapan,” kata Dr Muhammad Mohiuddin.

 

Mohiuddin ialah salah seorang pengasas program xenotransplantasi Universiti Maryland, serta orang yang membangunkan ubat eksperimen yang dihasilkan.

Selaras dengan itu, Dr Bartley Griffith, doktor yang membedah Bennett berkata beliau optimis bahawa pembedahan pertama di dunia ini akan memberikan pilihan baharu yang penting untuk pesakit pada masa hadapan.

 

Lelaki hidup dengan jantung babi pernah disabit kesal4han, tik4m m4ngsa hingga lumpuh

 

SEORANG lelaki yang menjadi manusia pertama hidup menerusi pemindahan jantung babi, pernah menik4m seorang lelaki tujuh kali sehingga menyebabkan m4ngsa lumpuh.

Perkara itu didedahkan oleh keluarga m4ngsa.

Bercakap kepada rancangan Radio 4’s Today, kakak m4ngsa berkata, David Bennett, 57, disabitkan atas kes4lahan menik4m adiknya, Edward Shumaker pada 1988.

Leslie Shumaker Downey berkata, adiknya meninggal dunia pada 2007 selepas hampir dua dekad mengalami komplikasi perubatan yang dikaitkan dengan serangan itu.

Dia mendakwa Bennett tidak layak menjadi penerima menerusi pembedahan perintis tersebut.

Bagaimanapun, pasukan yang menjalankan pembedahan itu menjelaskan bahawa rekod jen4yah seseorang bukan faktor untuk menolak rawatan mereka.

Menurut Downey, s​​erangan itu berlaku pada April 1988 apabila isteri Bennett duduk di pangkuan Shumaker, yang berusia 22 tahun, kata Downey.

david bennett 2

Pembedahan dilakukan di Baltimore. foto University Of Maryland School Of Medicine

Downey berkata, ser4ngan berlaku pada April 1988 apabila isteri Bennett duduk di pangkuan Shumaker, yang ketika itu berusia 22 tahun.

Ber4ng kerana cembvru, Bennett bertindak menik4m belakang Shumaker berulang kali.

Bennett didapati bers4lah atas perbuatan itu termasuk kes4lahan menggunakan senj4ta, dijatuhi hukvman penj4ra 10 tahun.

Downey berkata, tiada pihak menghubunginya mengenai Bennett menerima jantung babi, dan hanya mendengar berita itu menerusi mesej yang dihantar anak perempuannya.

Bennett semakin pulih selepas pembedahan eksperimen selama tujuh jam di Baltimore.

Pemindahan tersebut dianggap sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan nyawa Bennett, walaupun masih belum jelas apakah peluang jangka panjangnya untuk terus hidup.

Namun kata Downey, dia tidak percaya Bennett layak menerima jantung itu.

Sumber- Independent.co.uk via Mstar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*