Atuk Nie Tolong Cari Adik Yg 3Hari Hilang , Yg Anehnya Adik Dijumpai Kat Bilik Yang Selalu Mak Longgok Kain

Sudah Tiga Hari Adik ᴍᴇɴɢʜɪʟᴀɴɢ,Semasa Atuk Lipat Kain,Dia ᴛᴇʀᴋᴇᴊᴜᴛ,Tak Sengaja Pegang Kaki Anak Yang ʜɪʟᴀɴɢ Itu

Terdapat ungkapan yang mengatakan kerja melipat kain adalah kerja yang paling svsah di rumah, antara percaya atau tidak. Kisah ini menjadi tulαr di media sosial yang mengisahkan cerita mengenai cucu seorang pakcik yang hilang dah 3 hari tanpa ditemui! Begini kisahnya.

 

Aku tahu, ramai dak-dak pompuan kat sini yang pemαlas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang la, laki bagi upah baru dia orang nak lipat kain la, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat la.

 

Orang tua-tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerαk dan tak dikemaskan. Korang tahu tak, jɨn amat suka duduk kat dalam kain-kain yang korang mαlas nak lipat tu. Haaa… korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal la korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarɨk perabot.

 

Ni cerita masa arwαh atuk aku masih hidup lagi tapi dah lama jugak la. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang. Pada suati hari ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilαng. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolongnya.

 

Macam biasalah, Atuk aku bawak bersamanya Al-Qurαn dia. Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izɨn nak masuk ke dalam bilik. Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil. Bilik ni dia orang guna untuk letak baju-baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan jer kat bilik situ.

 

Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seIuk tangan dia ke dalam timbunan kain kat atas katil tu. Actually, tak banyak pon timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilαng. Nak melayan risau agaknya, lipat kain. Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana.

 

Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu. Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggαgau tu, tangan dia kena tarɨk dengan kuat. Tersembam muka atuk aku kat kain-kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu. Atuk aku melawan. Dia baca ayαt-ayαt sucɨ. Keluar bunyi meracau. Benda tu melαwan. Katil tu bergegαr kuat. Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gαm.

 

“Macam-macam bunyilah keluar. Entah apa yang atuk aku baca, tiba-tiba keluar αpi kat timbunan baju tu. Pastu berαsap. Bαu dia, hangɨt!”

 

Atuk aku baca Yαsin Mubin sebab maksud ‘Mubin’ tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan. Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa.

 

Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu. Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlαi dan satu bαdan dia lebαm. Darαh dia kena hisαp derrr.

 

“Hari-hari kami lipat kain…” kata nenek budak tu. Muka tak percαya habis.

 

“Jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu. Bila nak baring kat atas katil, pukul-pukul dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi. Jɨn suka tɨdur kat atas katil kita. Tak halαu, dia tidur dengan kita la…” kata atuk aku.

 

Tak serαm sangat la..tapi pengajaran la pada yang malαs nak lipat kain… ha ha ha ha

 

Ha, lepas ni boleh la korang rajin-rajinkan diri melipat baju yang bertimbun di rumah korang tu. Kalau malαs sangat-sangat nak lipat kain ni, korang beli la hanger banyak-banyak dan gαntungkan saja. Satu lagi tips yang berguna, korang jangan lah kumpulkan terlalu banyak baju untuk dibasuh, sebab nanti memang akan rasa mαlas nak lipat baju bila tengok terlαmpau banyak. Sekian, terima kasih.

 

Sumber : Kisah Seram

 

Kisah Seram ! ‘Akak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal?

 

“Setakat ini hanya dua kali sahaja saya pernah memanggil roh yang telah meninggal dunia.”

Hi, selamat malam. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Terpulanglah sama ada nak kata cerita saya ini tak masuk akal atau sebaliknya. Tetapi inilah yang terjadi di antara saya dengan seorang sahabat yang mungkin akan terbaca perkongsian ini.

Ceritanya begini:

Satu hari itu, kawan saya tiba-tiba datang bertanya kepada saya, “Kak, kakak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?”

Ya, saya memang ada kelebihan ini sebenarnya tetapi bercakap atau panggil orang yang sudah tiada di dunia ini belum pernah dicuba. Kalau bercakap dengan suara ghaib, itu saya pernah lakukan.

Kawan saya cerita bahawa ada seorang sahabat lelaki iaitu satu sekolah dengannya, baru-baru ini telah meninggal dunia. Yang sedihnya sebelum lelaki itu meninggal, diorang ada bersembang dalam aplikasi chat. Tetapi di hujung chat itu macam tergantung sebab lelaki itu terbabit dalam kemal4ngan dan meninggal dunia.

Jadi, kawan saya ini beritahu pagi itu dia seperti terdengar orang bermain bola keranjang di luar rumah dia. Di tempat kerja pula, barang secara tiba-tiba terjatuh sendiri dan hal ini berlaku di depan matanya. Barang yang terjatuh itu seperti ada tangan yang sengaja menjatuhkannya.

Jadi, dia bertanya kepada saya, adakah dia menjadi seperti itu kerana terkesan dengan pemergian sahabatnya sehingga terdengar bunyi pelik di luar rumahnya? Katanya, sahabat dia itu dulu pemain bola keranjang semasa di sekolah.

Oleh kerana masa itu saya agak sibuk, jadi saya beritahu dia “Nanti kita buat”. Dalam kesibukan bekerja itu, saya terdengar seperti ada suara lelaki menangis. Tetapi saya tidak terfikir yang itu adalah roh sahabat saya. Saya tanya, mengapa kau menangis? Roh itu tidak menjawab, dia hanya menangis sahaja. Saya abaikan tetapi saya rasa dia sebenarnya mahu berhubung secara bertentangan mata.

Bila saya rasa seperti itu, saya bertanya kepada kawan saya tentang kehidupan lelaki itu semasa hidup. Memang banyak cerita yang sedih dan paling menyedihkan, roh ini banyak menangis.

Saya menjadi penghubung di antara kawan saya dan roh sahabatnya. Seperti dia duduk di sebelah saya sambil bercerita. Banyak yang dia mahu cerita, tetapi saya tidak dapat dengar. Hanya bila kawan saya bertanya soalan, baru saya dapat baca apa yang roh sahabatnya itu cakap dan sampaikan kepada kawan saya.

Dalam satu hari itu, roh sahabat kawan saya ‘melawat’ dia. Kalau tak bercerita, dia akan berdiri di sebelah kawan saya sambil memerhatikan dia buat kerja. Dalam masa sama roh itu ada beritahu yang dia nak ‘balik’. Tetapi setiap kali itu juga dia akan menangis dan saya terpaksa memujuk dia.

Untuk menghantar roh sahabat kepada kawan saya ini, saya buat upacara yang memang saya sendiri tidak terfikir pun. Disebabkan connection batin saya dengan roh amat dekat, saya gunakan badan saya jadi perantara.

Di satu sudut, saya dan kawan saya duduk bertafakur. Tiba-tiba badan saya bergegar, saya menangis. Memang saya sedar pada waktu itu tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Saya menangis dan meraung seperti lelaki dewasa yang menangis, bercucuran air mata sehingga membasahi muka.

Kawan saya pun turut menangis sebab dia tahu roh sahabatnya ini akan balik. Dia peluk saya seperti memeluk sahabatnya. Roh itu sempat memanggil nama kawan saya dengan bahasa roh yang saya terjemahkan begini,

“Saya balik dulu. Sampai jumpa lagi..”

Selepas selesai upacara itu, saya terbangun dan melihat mata kawan saya kemerah-merahan kerana menangis.

Tidak lama selepas itu, saya terdengar ada suara yang memberitahu saya, kalau saya buat upacara itu lagi, umur saya dipendekkan. Ya, sebab saya sudah dikira mencampuri urusan antara orang yang hidup di dunia dengan orang yang sudah pergi buat selamanya.

Keesokkan harinya saya sakit. Tetapi memang perkara biasa bagi saya kalau terlampau menggunakan kelbihan itu, lebih-lebih lagi kalau terlalu banyak menggunakan tenaga. Setakat ini hanya dua kali sahaja saya pernah memanggil roh yang telah meninggal dunia. Bezanya, orang yang baru meninggal dunia lebih senang dipanggil berbanding yang telah lama pergi. Kejadian itu juga membuatkan saya serik sebab selepas buat, saya terus jatuh sakit.

Ada part yang saya rasa lucu. Keesokkan harinya saya terdengar suara perempuan pula menangis. Macamlah saya tidak tahu yang itu adalah suara cik pon menangis. Entah apa yang dia mahu, macam mintapuji pula. Malas nak layan.

Sumber : thereporter.my

 

Apa Pendapat Anda? Seram Tak?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*