
RAKAMAN memaparkan pacuan empat roda (4×4) jenis Ford Ranger yang melanggar sebuah Lamborghini tular di media sosial.
Dalam rakaman yang dikongsi, konvoi kumpulan kereta mewah itu sedang bergerak di lebuh raya sebelum diekori rapat Ford Ranger putih itu.
Ford Ranger berkenaan dilihat dipandu secara berbahaya dari laluan kanan ke kiri sebelum bergerak ke tengah semula, seolah-olah cuba menghimpit konvoi kereta mewah tersebut.
Tidak lama kemudian, Ford Ranger tersebut melanggar sebuah Lamborghini berwarna hijau dari bahagian sisi sehingga ia beralih ke tepi laluan.
Dakwa seorang netizen menerusi ruangan komen TikTok, kereta Ford Ranger itu dipandu dalam keadaan mabvk.
“Ford ni lepas l4nggar Lambo hijau, dia lari kemudian l4nggar beberapa kereta. Geng Lambo kej4r dan sekat dia. Driver mabvk,” tulis Azizulaziz di ruangan komen.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut, malah ber4ng dengan tindakan pemandu Ford Ranger tersebut yang ‘berani m4ti’ mel4nggar kereta mewah yang bernilai jutaan ringgit.
“Nombor (plat) Ranger sudah ada. Nanti dah kena t4ngkap, jual itu ranger pun belum tentu boleh repair Lamborghini tu. Adoi.
“Tak ada video pemandu Ford tu ke? Kalau ada lagi elok boleh buktikan betul pemandu Ford tu mabvk. Nak komen lebih-lebih tak tahu cerita betul.
“Fuh l4nggar Lambo. Makan modal nak repair.
Ford ni lepas l4nggar Lambo hijau, dia l4ri kemudian langgar beberapa kereta. Geng Lambo k3jar dan sekat dia. Driver mabvk.
“Naya Pak Karim lau l4nggar Lamborghini bos. Masaklah kau, jual tanah lah kau.
“Simple, Kalau dah ramai-ramai konvoi ni biasa menyvsahkan orang. Ada yang kepala gil4 dah panas hati jadi macam ni la.
“Ni bukan m4buk. Ford Ranger tu saja nak ajar sport car,” tulis beberapa netizen pula.
Ford Ranger putih yang dikepung sekumpulan konvoi kereta mewah.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi menjadi tanda-tanya.
Dalam satu rakaman berlainan, kelihatan Ford Ranger tersebut dikepung di tengah lebuh raya oleh konvoi kereta mewah berkenaan.
Malah, beberapa individu, dipercayai terlibat dalam konvoi itu turut berlegar-legar di lokasi tersebut.
Dua rakaman tular itu meraih lebih 100,000 dan 80,000 tontonan di TikTok.
Video 2
Lagi Video
View this post on Instagram
SUMBER: MSTAR
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply