Viral ! Ustaz lamar murid usia 14 tahun ditvduh ped0filia, Tapi Ini Kenyataan dari Isterinya…

ADAKAH perkahwinan bawah umur merupakan takdir ataupun ia sememangnya jodoh seorang kanak-kanak?

Bagaimanapun pada 22 Mac, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan tiada ketetapan dan perancangan untuk mengh4ramkan perkahwinan bawah umur pada masa ini, namun cuba membendungnya menerusi Pelan Strategik Nasional Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Susulan kenyataan bertulis di Dewan Rakyat itu, remaja perempuan berusia 19 tahun ‘dis3rang’ selepas videonya berkahwin dengan seorang guru bergelar ustaz dari sekolah yang sama tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video, remaja terbabit memaklumkan bahawa cikgunya itu pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan isteri ketika dia baru berusia 14 tahun.

 

Malah ketika itu, dia menjawab ‘saya bawah umur lagi, ustaz kena tunggu sampai saya 17 tahun dulu boleh? Ustaz jumpa ibu dan ayah saya dulu’.

 

Difahamkan, selepas menerima pelbagai komen neg4tif dan kritlkan daripada warganet, dia menjelaskan bahawa dia mengenali suaminya itu pada 2015.

 

Remaja perempuan mengakui suaminya berjumpa ibu ketika dia masih di tingkatan 2.

Remaja perempuan mengakui suaminya berjumpa ibu ketika dia masih di tingkatan 2.

“Saya minta maaf pada semua, saya kenal suami saya memang pada 2015 tapi masih sebagai seorang ustaz dan anak murid.

 

“Pada 2017 saya di tingkatan dua dan dia sendiri yang jumpa mak saya waktu mak hantar adik ke sekolah. Adik saya anak murid suami.

 

“Saya dulu seorang budak yang sangat nakal sampai mak saya pun tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah salah satu tujuan suami adalah untuk mengubah diri saya.

 

Remaja tersebut menjelaskan isu perkahwinannya selepas mendapat pelbagai reaksi netizen.

Remaja tersebut menjelaskan isu perkahwinannya selepas mendapat pelbagai reaksi netizen.

“Dia banyak ajar saya macam-macam. Memang saya tidak bertudung sebagai isteri seorang ustaz tetapi saya masih lagi dalam proses untuk perbaiki diri,” jelasnya di ruangan komen video tersebut.

 

Remaja perempuan itu juga mengakui sudah mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

 

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah dipadam malah ruangan komen akaun media sosialnya juga ditutup.

 

Pendedahan yang dilakukan itu menimbulkan pelbagai reaksi dan rata-rata netizen mend4kwa suami remaja tersebut adalah seorang ped0filia.

 

 

Andaian umur yang dibuat netizen.

Andaian umur yang dibuat netizen.

 

Ia berikutan seorang netizen mengandaikan bahawa perkenalan antara kedua pasangan itu berlaku seawal umur 12 tahun manakala cikgu berkenaan berjumpa ibunya untuk hasrat perkahwinan ketika dia berumur 14 tahun.

 

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan ibunya kerana tidak mengambil apa-apa tindakan ketika seorang guru menyatakan hasrat mahu melamar anak yang masih bersekolah dan di bawah umur.

 

 

Video yang dimuat naik remaja mengundang pelbagai reaksi.

Video yang dimuat naik remaja mengundang pelbagai reaksi.

 

“Kalau aku mak dia, ustaz datang rumah kata berkenan dekat anak makcik dan nak tunggu lagi lima tahun untuk kahwin… mahu aku parangkan.”

“Ibu bapa dia lepas tangan ke ni? ‘Grooming‘ dari umur 12 tahun.”

 

“Ustaz ni ternyata sc4mmer di dunia dan akhirat.”

 

“Kanak-kanak tidak berperilaku sepatutnya, awak ajar menerusi perkahwinan?”

 

“Memang contoh tak baik sebab orang dewasa manipvlasi kanak-kanak untuk dijadikan isteri. Sebab dia tunggu budak perempuan tu dewasa dan minta restu keluarga tak bermakna cara dia approach budak itu betul. ‘Child grooming’ nak normalisasikan, ustaz tu pun boleh pilih yang dewasa tapi dia pilih budak untuk buat isteri.”

NETIZEN

 

“Ni ‘child grooming‘ la.”

 

“Kiranya tak elok ke perkahwinan mereka? Sebab orang dah tahu ustaz ni ‘grooming‘ budak tu, tunggu cukup umur kahwin dengan pengetahuan keluarga. Sangat memberi contoh tidak baik kepada orang luar sana.”

 

“Memang contoh tak baik sebab orang dewasa manipulasi kana-kanak untuk dijadikan isteri. Sebab dia tunggu budak perempuan tu dewasa dan minta restu keluarga tak bermakna cara dia approach budak itu betul. ‘Child grooming‘ nak normalisasikan, ustaz tu pun boleh pilih yang dewasa tapi dia pilih budak untuk buat isteri.”

 

Mengambil petikan Rozanizam Zakarian dari akaun @DrRozanizam, s3xual grooming bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan seseorang (m4ngsa) contohnya kanak-kanak dengan membina hubungan emosi bagi tujuan mengurangkan penolakan sebarang perilaku s3ksual terhadap m4ngsa.

 

 

Komentar yang ditinggalkan berkenaan 'sexual grooming'.

Komentar yang ditinggalkan berkenaan ‘sexval grooming’.

 

Jelasnya lagi, isu mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pem4ngsa.

“Terdapat enam peringkat s3xval grooming iaitu mendapatkan sasaran (cari m4ngsa yang rapuh), kepercayaan (tunjuk reputasi pem4ngsa), mengisi keperluan m4ngsa (beri apa yang m4ngsa tidak ada), mengasingkan m4ngsa (ajar m4ngsa merahsiakan), perilaku s3ksual dan kekalkan penguasaan ke atas m4ngsa (ugvtan atau su4pan).

 

“Proses tersebut tidak berlaku dalam sehari dua dan ia adalah kesal4han di bawah Akta Kesal4han S3ksual Kanak-Kanak 2017,” jelasnya.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*