Ternampak makcik terbaring dalam ruang tepi motor roda tiga di tengah – tengah panas terik, netizen mula korek info nak hulur bantuan…

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

 

Begitulah gambarannya mengenai satu video meruntun perasaan yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih 1.9 juta tontonan dalam tempoh 15 jam.

 

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berusia sedang terbaring di dalam ruang tepi motosikal roda tiga yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Pada masa sama, pemandu motosikal tersebut sedang memegang beg kecil bagi menutup wajah wanita berkenaan daripada terkena cahaya matahari.

Video itu dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Shiha Nizam, dipercayai dirakam di sebuah jalan berdekatan Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ di Terengganu.

“Tiba-tiba kat traffic light duduk di belakang hamba Allah ni. Ya Allah waktu tengah hari yang kemarau matahari betul-betul atas kepala. Terlentang dalam besi.

“Kereta tak boleh ke tepi. Andai aku boleh tolong waktu itu. Sekarang aku rasa menyesal aku tak hulur bantuan.

makcik3

Antara komen netizen.

“Dalam hidup kita rasa kita dah susah. Tapi tanpa kita sedar ramai lagi susah bila kita tunduk ke bumi. Sebab kita tak bersyukur dengan nikmat Allah bagi.

“Tolong sesiapa yang kenal tolong maklumkan pada saya. Tolong guna kuasa viral. Saya nak bantu dia dengan cara tak seberapa saya,” ujar Shiha Nizam menerusi kapsyen.

Semakan mStar mendapati terdapat lebih 9,000 komen netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa sedih terhadap wanita berkenaan.

 

“Nak join sis, kalau kita ramai-ramai kumpul duit,boleh hadiahkan kereta untuk dia.”

NETIZEN

 

Selain sebak dengan rakaman tersebut, ramai netizen turut memberikan pujian terhadap pemandu motosikal yang dipercayai anak kepada wanita berkenaan.

“Hebat anaknya. Kuatlah wahai anak. Seperti mana kuat ibumu mengandungkan dan melahirkan kamu. Semoga syurga buatmu.

“Anak paling berjaya pernah aku tengok.

“Tangan tu akan jadi bukti di mahsyar nanti, syurga menanti.

“Tengok pun dah tahu anak dia orang hebat. Tudung dan aurat pun terjaga. Hebatnya anak disebabkan hebatnya ibu bapa yang mendidik.

“Air mata lelaki aku dah keluar tengok video ni ya Allah,” tulis beberapa netizen.

makcik2

Ramai yang bersimpati melihat video ini.

Dalam pada itu, beberapa individu di ruangan komen memohon agar sesiapa yang mengenali dua beranak tersebut untuk berkongsi maklumat mereka secepatnya.

Malah, ada netizen turut bercadang untuk melakukan kutipan derma bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

“Kalau ada yang kumpul dana untuk memudahkan famili ni, tolong beritahu, saya nak turut serta. Jika ada rezeki belikan kenderaan. Allahu sebak saya.

“87,000 likes. Kalau seorang derma RM1. Akak tu dah dapat RM87,000. Dapat beli kereta cash. Lebih duit untuk kegunaan dia.

“Nak join sis, kalau kita ramai-ramai kumpul duit,boleh hadiahkan kereta untuk dia.

“Kalau ada pomen yang dekat-dekat area tu boleh buatkan bumbung untuk kotak roda tiga tu. Panas tu,” tulis beberapa netizen lagi.

 

Sumber : MStar / tiktok @shihanizam

“Sedih, mar4h dan kecewa! Sudahlah anak kecil dir0gol, satu keluarga dipulau… dihalau dari rumah pusaka, konon mengada-adakan cerita”,

KERAP kali kita dihidangkan dengan kisah jen4yah s3ksval membabitkan m4ngsa yang terdiri daripada anak-anak kecil.

Apa yang lebih membimbangkan, pelaku jen4yah tersebut adalah dalam kalangan insan yang dikenali m4ngsa.

Bagi kebanyakan kes, pelaku jen4yah ini begitu licik kerana mensasarkan kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa, dan dalam masa yang sama ‘bijak’ menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka agar tidak dapat dihidu oleh ibu bapa m4ngsa.

Bagaimanapun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Perbuatan terkutuk seorang remaja yang baharu menginjak usia 14 tahun terbongkar selepas m4ngsanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia hampir tiga tahun, membuka mulut.

Kisah tragis yang menimpa kanak-kanak perempuan tersebut dikongsikan di Facebook oleh seorang aktivis kemasyarakatan, Natipah Abu, selepas diceritakan kembali oleh ibu m4ngsa yang dikenali sebagai Nor Syafiqah.

natipah 2

Kad temujanji untuk si kecil bertemu pakar psikiatri dan pakar obstetrik & ginekologi (O&G).

“Anak yang saya tatang bagai minyak yang penuh, dir0gol orang yang dikenali kami dalam sekelip mata. Sepantas kilat kejadiannya. Selama ini, tidak pernah sekali pun anak saya berpergian jauh dari rumah tanpa mengkhabari saya.

“Tertvduh bukanlah orang lain. Dia ada pertalian darah yang dekat dengan kami sekeluarga. Jadi bagaimanalah hendak mencurigai dia. Tambahan pula apa yang berlaku tidak pernah wujud dalam kotak fikiran saya,” tulis Natipah, sebagaimana perkongsian si ibu kanak-kanak malang berkenaan.

Menurut wanita berkenaan, selepas kejadian tersebut, keluarganya dijadikan seperti musvh oleh sanak saudara sendiri kerana menvduh mereka mengada-adakan cerita.

rogol

Kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu menjadi m4ngsa nafsu serakah darah daging sendiri. Gambar hiasan

Lebih malang, usahanya untuk bersemuka dengan ibu tertvduh bagi mencari penyelesaian, sentiasa berakhir dengan perbal4han.

“Saya hanya ingin menuntut keadilan buat anak saya yang masih kecil. Sedih, mar4h dan kecewa saya hanya Tuhan saja yang tahu. Menvduh kami membvrukkan tertvduh, saya dan keluarga dipul4ukan saudara mara.

“Kami diminta keluar dari rumah pusaka milik arwah ibu yang didirikan atas tanah warisan atas alasan tanah itu bukanlah hak milik ibu. Dosa apakah anak sekecil itu maka dia ditvduh m3nipu sedangkan anak saya disahkan ada kesan ‘kem4sukan’ di kem4luannya.

“Di saat kami sangat memerlukan sokongan saudara mara terdekat, kami terpaksa menerima hakikat dibuang saudara mara,” kongsi ibu berusia 29 tahun berkenaan.

 

“Saya hanya ingin menuntut keadilan buat anak saya yang masih kecil. Sedih, mar4h dan kecewa saya hanya Tuhan saja yang tahu.”

NOR SYAFIQAH

IBU M4NGSA

 

Selepas berfikir dan membuat pelbagai pertimbangan, menurut Natipah, wanita tersebut dan keluarganya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah pusaka milik arwah ibunya dan berhijrah dari kampung halaman.

“Kini saya dan suami yang hanya kerja kampung sudah habis semua wang dan terpaksa meminjam apabila kami terpaksa pindah dari rumah pusaka arwah ibu.

“Saya nekad hendak membantu suami menambah pendapatan dengan menjual aneka kek di gerai. Saya sangat berminat membuat kek dan saya pernah mengikuti kelas membuat kek.

“Saya ingin berniaga bagi membantu suami membina semula ekonomi keluarga kami yang merudum sejak peristiwa itu.

natipah 1

Natipah merupakan seorang aktivis yang aktif dalam lapangan kebajikan dan kemasyarakatan sejak lebih 10 tahun lalu.

“Semoga kisah saya ini menjadi teladan buat semua ibu-ibu yang ada anak perempuan. Tak kira berapa usia anak itu, jangan sekali-kali mempercayai siapa pun yang ada di sekelilingnya,” kongsi wanita itu lagi.

Sehubungan itu menurut Natipah, dia menggerakkan inisiatif Sedekah Jumaat bagi membantu Nor Syafiqah mengusahakan gerai makanan demi membina semula hidup baru mereka sekeluarga.

Sehingga kini perkongsian Natipah di laman Facebook meraih 140 share.

 

Sumber  : MStar/ FB Natipah

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*