
Kuala Terengganu: Seorang wanita yang video mengenainya tular selepas dilihat bersama warga emas orang kurang upaya (OKU) menaiki motosikal roda tiga dalam cuaca panas terik di sini, memohon supaya semua pihak menghentikan penyebaran maklumat peribadinya.
Wanita berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Hijrah Soleh itu berkata, dia berasa tidak selesa apabila terlalu ramai menghubunginya untuk menzahirkan simpati dan mahu memberi pelbagai bantuan selepas video serta butiran peribadinya tular di media sosial sejak Sabtu lepas.
“Alhamdulillah, rakyat Malaysia memang sangat prihatin dan ia terbukti apabila saya ‘dihujani’ terlalu banyak panggilan serta mesej yang mahu menyampaikan pelbagai bentuk bantuan.
“Namun, dengan rendah hati saya ingin tegaskan bahawa hasil jualan saya masih mampu menampung perbelanjaan dan keperluan hidup setakat ini. Saya lebih gembira jika bantuan tersebut diberikan kepada golongan lebih memerlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Video tersebut dirakam di Jambatan Angkat di sini, tanpa pengetahuannya dan tersebar di media sosial menyebabkan warganet tersentuh hati menyaksikan warga emas OKU tersebut yang terpaksa berbaring di bahagian tempat meletak barangan motosikal roda tiga tersebut.
Hijrah Soleh berkata pelbagai kenyataan tidak tepat dibuat oleh warganet di bahagian komen media sosial tersebut, seperti warga emas OKU itu adalah ibunya yang baru pulang mendapatkan rawatan di hospital, menyebabkan lebih ramai bersimpati dan mahu menghulur bantuan.
Wanita tersebut menjelaskan bahawa warga emas OKU itu bukanlah ibu kandungnya sebaliknya ibu saudara yang tinggal bersamanya untuk sementara waktu.
“Saya sangat hargai keprihatinan semua pihak, namun cukuplah sekadar itu, jangan kongsikan lagi maklumat saya seperti nombor telefon dan alamat. Jika mahu membantu, saya lebih suka ia dilakukan dengan cara menyokong perniagaan saya,” katanya yang menjual aiskrim potong dan produk kesihatan di sekitar bandar ini.
Sumber : HM
Artikel terdahulu
Ternampak makcik terbaring dalam ruang tepi motor roda tiga di tengah – tengah panas terik, netizen mula korek info nak hulur bantuan…
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.
Begitulah gambarannya mengenai satu video meruntun perasaan yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih 1.9 juta tontonan dalam tempoh 15 jam.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berusia sedang terbaring di dalam ruang tepi motosikal roda tiga yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
“Tiba-tiba kat traffic light duduk di belakang hamba Allah ni. Ya Allah waktu tengah hari yang kemarau matahari betul-betul atas kepala. Terlentang dalam besi.
“Kereta tak boleh ke tepi. Andai aku boleh tolong waktu itu. Sekarang aku rasa menyesal aku tak hulur bantuan.
Antara komen netizen.
“Dalam hidup kita rasa kita dah susah. Tapi tanpa kita sedar ramai lagi susah bila kita tunduk ke bumi. Sebab kita tak bersyukur dengan nikmat Allah bagi.
“Tolong sesiapa yang kenal tolong maklumkan pada saya. Tolong guna kuasa viral. Saya nak bantu dia dengan cara tak seberapa saya,” ujar Shiha Nizam menerusi kapsyen.
Semakan mStar mendapati terdapat lebih 9,000 komen netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa sedih terhadap wanita berkenaan.
“Nak join sis, kalau kita ramai-ramai kumpul duit,boleh hadiahkan kereta untuk dia.”
NETIZEN
Selain sebak dengan rakaman tersebut, ramai netizen turut memberikan pujian terhadap pemandu motosikal yang dipercayai anak kepada wanita berkenaan.
“Hebat anaknya. Kuatlah wahai anak. Seperti mana kuat ibumu mengandungkan dan melahirkan kamu. Semoga syurga buatmu.
“Anak paling berjaya pernah aku tengok.
“Tangan tu akan jadi bukti di mahsyar nanti, syurga menanti.
“Tengok pun dah tahu anak dia orang hebat. Tudung dan aurat pun terjaga. Hebatnya anak disebabkan hebatnya ibu bapa yang mendidik.
“Air mata lelaki aku dah keluar tengok video ni ya Allah,” tulis beberapa netizen.
Ramai yang bersimpati melihat video ini.
Dalam pada itu, beberapa individu di ruangan komen memohon agar sesiapa yang mengenali dua beranak tersebut untuk berkongsi maklumat mereka secepatnya.
Malah, ada netizen turut bercadang untuk melakukan kutipan derma bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.
“Kalau ada yang kumpul dana untuk memudahkan famili ni, tolong beritahu, saya nak turut serta. Jika ada rezeki belikan kenderaan. Allahu sebak saya.
“87,000 likes. Kalau seorang derma RM1. Akak tu dah dapat RM87,000. Dapat beli kereta cash. Lebih duit untuk kegunaan dia.
“Nak join sis, kalau kita ramai-ramai kumpul duit,boleh hadiahkan kereta untuk dia.
“Kalau ada pomen yang dekat-dekat area tu boleh buatkan bumbung untuk kotak roda tiga tu. Panas tu,” tulis beberapa netizen lagi.
Sumber : MStar / tiktok @shihanizam
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply