
Foto sekadar hiasan sahaja.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua. Nama aku Azman (bukan nama sebenar) dan aku memulis untuk meluah isi hati dan mungkin juga untuk mendaptkan sedikit pandangan dari pembaca pembaca yang budiman semua.
Walaupun aku dapat merasakan yang luahan aku ni bakal memberikan respon yang mungkin negatif. Sabar, boleh baca sehingga habis.
Aku cerita dulu berkaitan latarbelakang aku. Aku anak keempat dari 6 orang adik-beradik. Kedua ibubapa aku adalah cikgu pencen.
Alhamdulillah, aku dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal agama. Ibubapa aku menjadi contoh yang baik bagi kami semua adik-beradik.
Abang dan kakak aku ada yang lulusan dari Mesir dan Jordan dalam bidang pengajian Islam dan Syariah. Aku sendiri bersekolah agama sehingga Tingkatan 6.
Tahun 2015 kami selamat diijabkabulkan oleh ayahnya. Sebelum berkahwin, tidak pernah aku bercakap dengan bakal isteri hatta dalam telefon sekalipun. Bayangkan betapa gugupnya kami ketika hari pernikahan. MAsing-masing berasa janggal dan malu.
Pun begitu, majlis berlangsung meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan. Betapa indahnya aturan Allah SWT. Kami bercinta selepas bernikah. Alhamdulillah.
Isteri aku, Maria (bukan nama sebenar) adalah seorang yang baik serba serbi. Tutur kata dijaga rapi. Maruah seorang isteri terpelihara dengan baik. Pada mulanya dia bekerja sebagai pensyarah sebuah universiti awam di Selangor.
Aku sangat-sangat menghargainya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kami. Aku akan pastikan segala keperluan isteri, akan aku sediakan.
Dia banyak kali memberitahuku bahawa dia sangat bahagia dan bersyukur aku menerimanya sebagai isteri, walaupun aku tidak pernah mengenalinya sebelum kami berkahwin.
Aku akan pastikan sekurang-kurangnya kami akan bercuti di luar negara setahun sekali. Namun apabila Covid19 melanda, ia membataskan percutian kami sekeluarga.
Mujurlah pada tahun 2019, kami sekeluarga dapat menyahut seruan untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Hubungan aku dengan keluarga mertua adalah sangat baik, begitu juga hubungan isteriku dengan ibubapa dan adik-beradikku.
Alhamdulillah, isteri aku seorang mvslimah yang sangat baik dan aku juga merasakan aku adalah suami yang baik untuk dia.
Ogos tahun 2021, syarikat aku menerima seorang pekerja baharu. Seorang perempuan dan muda 2 tahun dari isteriku. Aku namakan dia sebagai Azlina (bukan nama sebenar).
Azlina adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Suaminya meningg4l dunia akibat Covid19 pada tahun 2020. Aku menemuramah Azlina ketika temuduga jawatan kosong di syarikat aku.
Dari segi pertuturan dan perilakunya, aku dapat menilai dia seorang yang baik dari segi akhlaknya. Dia tidak pernah menjaja ceritanya sebagai seorang ibu tunggal yang keseorangan membesarkan anaknya.
Dari pemerhatianku, Azlina seorang yang pendiam dan jarang bercakap dengan staf lain. Kalau bercakap sekalipun, hanya berkisar tentang kerja-kerja seharian di pejabat. Waktu lunch, dia hanya akan makan bekal yang dibawanya di pantry pejabat.
Dari situlah aku mula mengenalinya, namun masih menjaga batas sebagai seorang bos dan staf serta batas-batas pergaulan di dalam Islam.
Dan dari situ, terdetik hatiku untuk memperisterikannya.
Pada satu hari, aku menzahirkan hasrat hatiku kepada Azlina untuk mengahwininya. Dia agak terkejut namun meletakkan 2 syarat.
Pertama, aku perlu mendapatkan izin isteriku dan kedua, aku perlu mendapat izin kedua ibubapanya.
Aku merujuk kepada sahabatku seorang ustaz berkenaan perkara ini. Beliau bertanya padaku, adakah aku mampu untuk berpoligami dan berlaku adil dengan kedua-dua isteriku.
Aku menyatakan insha Allah, dengan izin Allah aku mampu untuk berpoligami. Beliau menyokongku.
Dengan bertemankan sahabatku ini, aku pergi ke rumah ibubapa Azlina dan menyatakan hasrat untuk menikahinya anak mereka. Aku ceritakan segalanya tentang keluarga aku.
Ibubapanya juga terkejut, namun memberikan keizinan. Pun begitu, aku perlu berbincang dengan isteriku dan mendapat keizinan darinya, tegas mereka.
Aku mendapatkan nasihat dari kedua ibubapaku. Mereka tidak menghalang tetapi menasihatiku untuk berbincang dengan isteri. Mereka juga mahu aku berlaku adil dengan keduanya jika diizinkan untuk berpoligami.
Tanpa pengetahuan isteriku, aku berjumpa kedua ibubapa mertuaku dan aku nyatakan hasratku untuk berpoligami. Pada mulanya aku menjangkakan yang aku bakal mendapat tentangan, namun berlaku sebaliknya.
Mereka juga tidak menghalang. Bapanya memberitahu bahawa poligami ini adalah sunnah Rasullah SWT. Dia juga percaya yang aku mampu untuk berlaku adil. Aku berasa sangat terharu.
Aku sekarang berbelah bagi untuk menyatakan hasrat berpoligami dengan isteriku. Aku pasti isteriku akan mengizinkan kerana poligami adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Tambahan pula, beliau adalah isteri yang taat pada suami.
Tidak pernah beliau membantah atau tidak bersetuju dengan apa yang aku cakapkan. Namun aku risau yang beliau menyimpan perasaan sedih di dalam hati. Aku sayang isteri aku sepenuh hati.
Namun dengan Azlina, aku merasakan yang aku mampu untuk membantunya dan perasaan kasihan dengan nasibnya, bertukar kepada perasaan kasih dan sayang.
Aku akan pastikan yang perjalanan poligami ini berlaku dalam landasan yang telah diaturkan oleh syariat Islam.
Istikharah aku lakukan dalam memohon petunjuk dari-Nya. Dan buat isteriku MAria, kini terpulanglah kepadamu untuk memberikan keizinan ataupun tidak.
Kita manusia hanya merancang, Allah SWT jua yang menentukan. Dan yang pastinya, perancangan Allah SWT itu adalah lebih baik.
Wallahu’alam.
Sumber iiucm
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply