Pensyarah Hin4 Student B40 Dan Ini Yang Terjadi Kepadanya Selepas Video Tersebut Tular Di Media Sosial Dan Ini Kata MPP UiTM…

Dalam perkembangan semasa, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia sesi 2021/2022, Rasydan Mohd Hassan turut menyelar tindakan pensyarah berkenaan.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah, Profesor Dr Ts Roshana Takim di dalam video tular malam tadi merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

 

Video yang tular

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

“Sejarah UiTM ini juga dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi. Kenyataan menghiina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis pagi.

 

Tambah Rasydan, dia mewakili keluarga MPP UiTM turut mendesak agar pengurusan tertinggi insitut pengajian itu mengambil tindakan segera ke atas ahli akademik berkenaan atas tindakan biadabnya.

 

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini.

 

“Pensyarah tersebut perlulah memahami keadaan negara yang sedang berdepan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi tidak stabil.

 

“Manifestasi yang sering disuarakan oleh pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini,” ujarnya lagi.

 

Untuk rekod, video memaparkan pensyarah tersebut memarahi pelajarnya ketika sesi pembelajaran maya tular di Twitter sejak Selasa malam.

 

Suka hati hiina B40

Dalam video itu juga, pensyarah tersebut ada menyebut supaya pelajar berkenaan meminta bantuan kakaknya untuk menggadai barang kemas bagi membelikannya komputer memandangkan bapanya tidak bekerja dan ibunya sudah tiada.

Kenyataan yang tiada rasa simpati itu telah membuatkan ramai geram dan rata-rata netizen mulai meluahkan rasa amarah mereka terhadap pensyarah terbabit.

Bukan viral tanpa sebab

Orang tua yang tak layak dihormati

Bukan semua orang senang macam kau

Memang maki hamun dah sebati dengan diri

Bukan hanya di Twitter sahaja, pensyarah wanita itu turut di kecam di media sosial lain seperti di Facebook dan mendapat perhatian beberapa ahli politik serta public figure kerana merasakan hiinaa terhadap pelajar dan golongan B40 itu agak keterlaluan.

 

Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal tular tersebut dan identiti pelajar yang dimarahi ketika kelas online berkenaan juga tidak dapat dikenal pasti.

 

Sumber: MStar / Twitter toraokun /Facebook Fazrina Muhamad Fahmi

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*