5 KISAH PELAJAR GENIUS MALAYSIA YANG BERAKHIR DENGAN KEKECEWAAN

Ingat tak masa Tun Mahathir lancarkan wawasan 2020, masa admin kecik-kecik dulu memang selalulah bayangkan yang tahun 2020 nanti kat Malaysia dah ada kereta terbang, rumah atas awan dan banyak lagilah benda-benda yang canggih. Tapi sekarang, macam mustahil je benda itu semua nak berlaku, apatah lagi 2020 tinggal beberapa bulan je kita nak capai.

 

Kalau nak maju, Malaysia sebenarnya kena ada ramai jurutera, ahli akademik dan golongan bijak pandai yang lain. Lagi bagus bila sesebuah negara ada penduduknya yang genius sebabnya mereka ni boleh dianggap sebagai pemangkin kepada evolusi dan inovasi manusia seperti apa yang dilakukan oleh Isaac Newton, Albert Einstein dan Stephen Hawking.

 

Kalau korang nak tahu, Malaysia pun ada je golongan genius ini, tapi entah di mana silapnya, ada dalam kalangan dorang yang sampai jadi pel4cvr, kena p3nj4ra dan men4gih d4dah. Ini adalah cerita tentang nasib pelajar-pelajar genius yang pernah menggemparkan Malaysia satu masa dahulu.

 

Ini yang terjadi kepada Para #Genius harapan #Negara. patut dijaga sebaiknya supaya berjasa pada #Malaysia. Tapi… apa jadi pada mereka?

 

1. Sufiah Yusof: Masuk Oxford ketika usia 13 tahun tapi terj3bak dlm k4ncah pel4cvran

 

Kisah Sufiah yusuf memang popular bukan dekat Malaysia je, tapi sampai satu dunia heboh dengan kepintaran budak ini. Mana tidaknya, dia telah berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia yang sangat muda, iaitu 13 tahun.

 

 

Kisah genius Sufiah mula popular apabila ibunya yang berasal dari Muar, Johor dan Bapanya dari Pakistan berusaha mendapatkan biasiswa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang terbaik dekat bumi.

 

Masa tu surat khabar dan berita pulak penuh dengan cerita kehebatannya, sampaikan semua orang nak tahu apa yang budak ini makan sampai jadi pandai, cara dia belajar, berapa jam dia tidur dan semua ini telah dijadikan contoh kepada para pelajar sekolah pada masa itu.

 

Namun kisah pelajar genius ini tidaklah seindah seperti yang kita semua sangkakan. Pada usia 15 tahun, Sufiah telah melarikan diri dari kampus kerana mend4kwa mendapat tekanan yang hebat daripada ahli keluarga sehinggakan pelajarannya tergendala. Dia akhirnya dijumpai di Bournemouth, United Kingdom dan kemudiannya diletakkan di bawah jagaan sebuah badan kebajikan di sana.

 

Sufiah pernah terjebak ke kancah pel4cvran selepas dua kali agal menamatkan pengajian. Sumber dari khirkhalid.com

 

Walaupun gagal pada kali pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila penc3raian berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.

 

Semenjak daripada peristiwa ini, kehidupan Sufiah mula terumbang ambing sehinggakan dia mula terlibat dengan aktiviti pelacvran akibat daripada kesempitan hidupnya.

 

Melalui temuramahnya dengan program NONA pada tahun 2015, Sufiah menceritakan bahawa kehidupanya kini agak bercelaru apabila dia sering melarikan diri dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain di Britain bagi mengelak dari dijejaki oleh keluarga dan pihak media.

 

 

2. Shukri Hadafi: Profesor Ungku Aziz sampai ambik budak ini jadi anak angkat

Kisah Shukri ini pernah menggemparkan negara pada tahun 1976 apabila kanak-kanak berusia tiga tahun ni dah pandai baca surat khabar. Kira hebat jugaklah budak ini sebab kebiasaanya kanak-kanak umur 3 tahun masa tu sibuk main “Polis entry one two jaga” belakang rumah.

 

Kepandaian Shukri ini telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sampaikan beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Mungkin sebab mahu melahirkan pelapis yang hebat sepertinya, Ungku Aziz telah menampung segala keperluan pembelajaran bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.

 

Disebabkan kepandaian Shukri, Profesor Ungku Azizi ambil dia jadi anak angkat. Sumber dari 4.bp.blogspot.com

 

Bukan setakat itu je, pengarah filem terkenal Malaya pada masa itu, Tan Sri Jins Shamsuddin juga telah mengambil dia berlakon dalam filemnya iaitu Menanti Hari Esok dengan gandingan mantap dari penghibur tanah air yang lain seperti Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.

 

Kegemilangan dan populariti yang Shukri kecapi telah membuatkan dia lupa dan hanyut ketika zaman remaja. Akibat masalah displin yang belarutan, akhirnya dia telah dibuang sekolah.

 

Pada tahun 90’an, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penebar roti canai dan ada jugak berita kami jumpa mend4kwa dia terjebak dengan n4jis dad4h sehingga gelaran genius yang pernah dimilikinya hilang begitu sahaja.

 

 

 

3. Chiang Ti Ming: Genius yang menghadapi tekanan hidup

 

Kalau korang suka layan cerita “Big Bang Theory” mesti korang kenal dengan Dr Sheldon Cooper, seorang genius dekat California Institute of Technology (CalTech). Tapi kalau korang nak tahu, Malaysia lagi hebat sebenarnya sebab Chiang Ti Ming, seorang pelajar dari Malaysia telah berjaya memasuki CalTech pada usia 15 tahun pada 1989.

Bukan setakat pelajar termuda yang pernah memasuki Intistut berprestij tersebut, Chiang Ti Ming juga berjaya menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech. Memang Mat Salleh kat sana pun tak boleh lawan dengan kepandaian budak Malaysia ini.

 

Tak macam admin yang pakai PTPTN untuk belajar, Chiang Ti Ming telah ditawarkan 13 jenis biasiswa dari organisasi yang berbeza untuk melanjutkan pelajaranya.

Kerana kepandaiannya yang luar biasa ini juga, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat PhD dalam bidang fizik zarah di Cornell Universiti, New York dan telah dilantik sebagai tetamu kehormat dalam Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan yang kedua tertua di dunia.

Tapi bukan senang jadi genius sebenarnya, walaupun Chiang Ti Ming berjaya menghabiskan pembelajaranya sampai peringkat PhD, dia juga telah mengalami masalah kemurungan dan tekanan jiwa yang teruk sampaikan dia dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

Akhirnya pada tanggal 6 Januari 2007, dia telah meninggal dunia di Seremban pada usia mencecah 33 tahun.

 

 

4. Nur Fitri Azmeer Nordin: Dip3nj4ra sebab simpan 30,000 gambar lvc4h kanak-kanak

 

Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan masalah budak genius. Kali ini melibatkan seorang pelajar genius Matematik tajaan MARA yang telah dijatvhkan hukvm4n p3njara selama 5 tahun di United Kingdom kerana kantoi memiliki 30,000 gambar lvcah kanak-kanak dan ada di antaranya beliau sendiri yang ambik.

 

Nur Fitri Azmeer Nordin merupakan pelajar tahun ketiga di Imperial College London ketika dia dit4ngkap. Akhirnya Fitri sendiri meng4ku bers4lah terhadap 17 pertudvhan di hadapan Makahmah Southwark Crown, termasuk dua tuduhan mengambil gambar lvcah kanak-kanak dan empat pertudvhan memiliki imej tersebut dengan niat untuk meng3darkanya.

 

 

SOSCILI pernah cover tentang bah4ya Pedo.phile dalam kalangan masyarakat Malaysia kat artikel sebelum ini. Tapi yang peliknya, menurut laporan daripada akbar huffingtonpost UK, pihak MARA sendiri tak ambik tindakan tegas terhadap pesalah ini.

 

Malahan dorang sanggup bagi biasiswa kat budak ini bagi meneruskan pengajianya di universiti tempatan bila dah habis tempoh hukvman p3njara dengan alasan beliau seorang pelajar contoh dan asset bernilai kepada negara.

 

Walaupun pada mulanya pelajar genius Nur Fitri Azmeer Nordin dijatvhkan hukvman p3njara 5 tahun, dengan surat sokongan pensyarah, laporan psychiatric dan kelakuan baik, dia akhirnya hanya perlu menghadapi 9 bulan p3njara sebelum dibebaskan. Bagaimana kesudahan kisah pelajar ini sama-samalah kita nantikan bila dia balik Malaysia nanti.

 

 

UPDATE 23/8/2019: kecoh apabila ada orang Tweet mengatakan bahawa dia sedang menyambung pelajaran di UKM sebagai calon PhD. Tweet tu juga menyarankan supaya semua orang berhati-hati. Namun, perkara ni mendapat perhatian seorang profesor yang merupakan penyelia tesis Nur Fitri. Dia menyatakan agar diberikan peluang kepadanya kerana mungkin dia dah berubah. Untuk pengetahuan korang, dia habiskan Master dalam masa setahun.

 

5. Adi Putra: Sampai sekarang tak ada apa-apa sijil walaupun SPM

Kira-kira sedekad yang lalu negara sekali lagi terkejut dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, statistic dan trigonometri yang biasanya Dekan dekat universiti je dapat selesaikan.

 

Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.

 

 

Adi juga telah menghasilkan 235 formula matematik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei, tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.

Tak pasti sama ada pihak kerajaan atau budak ini yang bermasalah, pembelajaranya tidak pernah sempurna apabila sehingga kini beliau masih gagal mendapatkan apa-apa sijil akreditasi dari mana-mana intistusi pengajian tinggi negara.

Dalam temuramahnya bersama The Malaysian Insider, Adi berkata di atas faktor umurnya yang terlalu muda iaitu 6 tahun ketika mengikuti pengajian, beliau telah dinafikan hak untuk mendapatkan sijil A-level dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun telah melengkapkan semua silibus yang dikehendaki oleh universiti tersebut.

 

 

Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau gagal untuk memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatan malahan turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matematik.

 

Memang beginikah nasib bila jadi genius dekat Malaysia?
Bukan semua pelajar genius dekat Malaysia ini menerima nasib yang malang. Ada juga dalam kalangan dorang yang berjaya di dalam kehidupan dan telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

 

Sumbangan Hafizah Noor Isa yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang gravity dan Nur Adlyka Ainul Annuar dalam kajianya tentang “active supermassive black holes” bersama National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah membuktikan yang Malaysia sebenarnya mampu menghasilkan pelajar berkualiti tinggi dan bertaraf global.

Ini membuatkan kami terfikir, apa beza antara Hafizah dan Adlyka dengan pelajar-pelajar genius di atas? Apa yang kami perasan adalah kebanyakan pelajar genius tadi jadi femes pada usia yang sangat muda. Mungkinkah disebabkan harapan yang terlalu tinggi daripada masyarakat membuatkan mereka tertekan? Mungkinkah mereka kehilangan zaman kanak-kanak yang dilalui oleh orang lain?

Apa pun, kami harapkan kes-kes seperti yang terkandung dalam artikel ini dapat dikurangkan. Kita sebagai masyarakat termasuklah ibu-bapa, guru, kerajaan, termasuklah orang sekeliling perlulah memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada mereka.

 

Sumber  : SOSCILI

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*