
Pengeluaran KWSP 10K secara one-off. Permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini boleh dibuat bermula pada 1 April 2022 secara online dan dah boleh buat permohonan sekarang.
Mengenai pengumuman daripada YAB Perdana Menteri Ismail Sabri baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran KWSP RM10,000 untuk ahli-ahli yang terkesan dengan pandemik.
Contoh Permohonan yang telah berjaya
Berikut adalah info ringkas mengenai Pengeluaran Khas KWSP 10k.
Pengeluaran Khas KWSP 10K
Terbuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah
Permohonan bermula pada 1 April – 30 April 2022
Permohonan online
Pembayaran dibuat bermula pada 20 April 2022
info pengeluaran khas
Tarikh Permohonan
Info rasmi daripada KWSP, permohonan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat pada :
Buka : 1 April 2022
Tutup : 30 April 2022
Tarikh Penting :
Permohonan : 1 April 2022
Semakan status : 9 April 2022
Bayaran : 20 April 2022
Bayaran adalah secara one-off / sekali bayaran. Harap maklum.
Cara Permohonan
Boleh klik di pautan di bawah ini dan ikut arahan.
Peringatan : Pastikan url seperti dibawah yea.
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Pastikan pemohon telah kemaskini nombor telefon untuk dapatkan kod TAC nanti.
Maklumat Penting
Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga RM10,000
Pengeluaran adalah tertakluk kepada baki simpanan di Akaun 2.
Jika tak cukup, simpanan Akaun 1 akan diakses
Selain daripada pengeluaran ini, KWSP juga ada perkenalkan i-Ceria dan i-Sayang.
Sumber : portalmalaysia.com
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply