
KENAPA susah sangat nak bersyukur?
Demikian komen netizen berhubung video tular memaparkan seorang lelaki yang sedang mandi menggunakan beberapa botol air mineral.
Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Amirul Asyari hanya memakai seluar pendek berwarna hitam sambil berendam di dalam tab mandi.
View this post on Instagram
Selain mencurahkan air mineral ke badan sendiri, beberapa botol kosong turut kelihatan bersepah di lantai bilik mandi tersebut.
“Oh Amirul, Mirul… kotak apa atas katil semua ni? Ya Allah bilik ni bersepah-sepah Mirul! Lailahailallah, eh orang panggil kau terjerit-jerit kau boleh mandi air mineral kat sini?
“Eh engkau ingat kau Michael Jackson? Mandi air biasa tak boleh ke? Dengar sini, dekat Zimbabwe tu, dengan Uganda, bukan main susah nak dapat air bersih. Kau buat mandi eh air mineral ni? Bapa kau pemenang PRN (pilihan raya negeri) Johor eh?” ujar seorang lelaki yang merakam video itu.
Video berkenaan sehingga kini meraih lebih 157,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Video ini turut ditularkan ke laman Twitter.
Malah, rakaman sama turut dikongsi ke laman Twitter sehingga mengundang kecaman segelintir netizen yang kurang senang dengan amalan pembaziran lelaki itu.
“Macam mana perasaan mandi dengan air mineral? Tak rasa berdosa ke?
“Apa benda ni, membazir air mineral banyak tu.
“Dekat Zimbabwe tu, dengan Uganda, bukan main susah nak dapat air bersih. Kau buat mandi eh air mineral?”
KENALAN LELAKI DALAM VIDEO TULAR
“Kalau betul-betul nak bazir, mandi dengan Evian macam Mariah Carey. Haa mampu?
“Cari perhatian la tu mandi guna air mineral,” tulis beberapa netizen.
Sementara itu, pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd, Mohamad Faruqi Mohamad Nazri pada Sabtu turut mengulas tentang video tular tersebut yang menggunakan air mineral keluaran syarikatnya.
Antara komen netizen di TikTok.
“Saya dikejutkan oleh seorang staff mengenai satu posting di Twitter yang dikaitkan dengan kami. Video TikTok seorang remaja bernama Amirul mandi dalam tab mandi menggunakan air mineral.
“Tindakannya itu dimarahi oleh seorang lelaki yang dipercayai kenalannya. Pelbagai tindak balas daripada netizen. Ramai yang mengecam, ada juga yang memuji. Saya sendiri agak terperanjat,” ujarnya menerusi video di Facebook.
Tambahnya, dia berterima kasih kepada jejaka itu atas tindakannya yang disifatkan membuka mata orang ramai mengenai manfaat air mineral.
Dalam penjelasannya, dia turut mengalu-alukan pakar dermatologi untuk membahaskan isu berkenaan.
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply