Kes basikal lajak: Petisyen bebas Sam raih lebih 300,000 tandatangan

PETALING JAYA: Satu petisyen mendesak agar Sam Ke Ting yang dijatuhi hukvman p3njara enam tahun atas kem4tian lapan remaja berbasikal lajak dibebaskan dilancarkan sejak semalam dan terus mendapat sambutan.

 

Petisyen yang dilancarkan oleh seorang individu dikenali sebagai Wan Junaida meletakkan sasaran awal untuk mendapatkan 300,000 tandatangan. Petisyen itu kini mendapat lebih 328,000 tandatangan.

 

“Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukvman baharu Sam, di mana fakta menyokong bahawa dia adalah pemandu yang bertanggungjawab, mangsa sebenar dalam kem4langan ini.

 

“Kegagalan keibubapaan ibu bapa bakal mat rempit yang membenarkan anak-anak mereka berkeliaran di jalan dengan basikal yang diubah suai atau ‘basikal lajak’ pada pukul 3 pagi,” menurut petisyen itu.

 

Setakat 1 tengah hari tadi, seramai 328,772 warganet yang menandatangani petisyen tersebut. Sepanjang pemantauan dijalankan FMT, jumlah itu sentiasa bertambah setiap 30 saat.

 

Mahkamah Tinggi semalam menjatuhkan hukvman p3njara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam, 27, selepas didapati bersalah atas pertvduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kem4tian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu.

 

Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun did4kwa melakukan kes4lahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

 

Artikel Berkaitan : Kes basikal lajak: Kerani mohon kebenaran rayu keputusan Mahkamah Tinggi

 

KERANI wanita, Sam Ke Ting memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada Rabu.

 

Rayuan itu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukvman p3njara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kem4tian lapan remaja menaiki basikal lajak.

 

Bercakap kepada The Star, peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, notis usul kebenaran merayu dan sijil perakuan segera difailkan menerusi sistem e-filing mahkamah, Khamis pagi.

 

Kedua-dua permohonan itu untuk kebenaran merayu dan menangguhkan pelaksanaan hukvman ke atas Ke Ting.

 

“Terima kasih atas semua sokongan kepada Sam,” kata Muhammad Faizal menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Ke Ting sebelum ini dibebaskan dua kali oleh Mahkamah Majistret.

 

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi di Johor Bahru memerintahkan Ke Ting dip3njara enam tahun dan didenda RM6,000 di atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kem4tian lapan remaja basikal lajak, kira-kira lima tahun lalu.

 

Ke Ting turut diperintah menjalani hukvman selama enam bulan p3njara lagi sekiranya tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun.

 

Lapan remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

 

SUMBER : MSTAR

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*