Terkini ! BAYARAN untuk pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuat esok….Ini sebabnya

BAYARAN bagi kemudahan pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak diawalkan dua hari.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pembayaran akan mula dibuat bermula esok (18 April), dua hari lebih awal berbanding tarikh diumumkan sebelum ini iaitu pada 20 April.

Tengku Zafrul berkongsi berita baik berkenaan menerusi satu hantaran di media sosialnya pada Ahad.

 

 

“Ramai yang message dan komen dalam media sosial saya, ‘YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?’

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Beliau turut berharap agar pengeluaran berkenaan akan menjadikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang lebih bermakna.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Teruja permohonan pengeluaran khas KWSP ‘lulus’ dikongsi di media sosial? Masih ramai berharap status bertukar ‘hijau’

 

Terbaru KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sekali lagi menjadi perhatian apabila ramai mula berkongsi status permohonan pengeluaran khas masing-masing, pada Sabtu.

Tular di media sosial mengenai paparan status permohonan pengeluaran one-off simpanan sehingga RM10,000 sebagai ‘diluluskan’.

Status permohonan tersebut menyatakan ‘telah diluluskan’ dan bayaran dijadual akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Malah ‘bukti’ tangkap layar status permohonan berwarna hijau itu turut dikongsi di laman sosial.

Ada yang menzahirkan rasa syukur kerana turut mendapat maklum balas yang sama selain menyifatkannya sebagai rezeki raya pada tahun ini.

 

Beberapa netizen menyatakan permohonan mereka telah diluluskan.

Beberapa netizen menyatakan permohonan mereka telah diluluskan.

 

“Adik saya mohon 13 April. Lulus dan akan dimasukkan pada 20 april.

“Sekarang ini dia bagi masuk untuk umur 50 tahun dulu.

“Tahniah kepada yang lulus dan dapat tarikh pembayaran, bagi yang masih diterima… insya-Allah akan lulus juga,” demikian beberapa komen netizen.

“Jangan cakap menipu, dah memang betul boleh semak status KWSP. Kalau tak lulus tu tunggu la, dia mungkin ikut berperingkat… sabar banyak-banyak sebab saya punya pun dah lulus. Apabila orang bagi maklumat betul, tak mahu percaya… bila main-main, marah pula.

 

Netizen berharap agar permohonan mereka diluluskan segera supaya dapat digunakan untuk perbelanjaan perayaan nanti.

Netizen berharap agar permohonan mereka diluluskan.

 

Namun, daripada ribuan komen yang ditinggalkan, sebahagian netizen menyatakan status permohonan mereka masih ‘diterima’.

Ternyata perbezaan ‘status’ tersebut mengundang kegelisahan dalam kalangan segelintir pemohon.

 

Ada yang mendakwa ia adalah palsu.

Ada yang mendakwa ia adalah palsu.

 

“Rasa-rasa betul tak yang cakap dah lulus tu… dalam komen ni rata-rata semua masih diterima hanya segelintir yang cakap lulus dengan bukti yang kurang nyata dan apabila ditanya diam sahaja.

“Permohonan masih diterima, lulus la cepat… nak pakai buat raya ni. Suri rumah ni tak bekerja tahu.

Pembayaran bagi pengeluaran khas itu akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April.

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

 

“Hari ni hari Sabtu… KWSP tutup, mana ada bekerja. Mungkin Isnin nanti baru keputusan yang betul,” luah sebahagian netizen dengan status permohonan ‘diterima’

Bagaimanapun, tidak dipastikan mengenai status permohonan ‘diluluskan’ yang dikongsi di media sosial.

Sementara itu, KWSP dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa pembayaran bagi pengeluaran khas itu akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April.

Sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan itu diterima oleh KWSP sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

 

Permohonan pengeluaran 5.3 juta orang.

Sebanyak 5.3 juta permohonan pengeluaran khas diterima KWSP.

 

“KWSP menerangkan bahawa jumlah permohonan yang diterima merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan ini.

“Ia membabitkan 55 peratus ahli B40 yang layak (berpendapatan kurang daripada RM1,700); 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900), dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4, 900) manakala sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif turut mengemukakan permohonan,” katanya dalam kenyataan.

 

SUMBER : MSTAR

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

 

 

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*